Air Papan Chalet dan Resort di Mersing

 Air Papan Chalet dan Resort di Mersing : Antara Tempat Menarik di Johor :

air papan chalet dan resortPemandangan indah sawah padi selepas musim menuai dalam perjalanan dari Bandar Mersing ke Pantai Air Papan

Air Papan chalet dan resort ni sebenarya memang agak famous di kalangan penduduk Johor mahupun pun bagi penduduk di pantai timur Malaysia. Popular sebagai salah satu tempat peranginan yang menarik di Johor dan  lokasinya pula terletak di bahagian pantai Timur negeri Johor. Pemandangan sekitarnya indah dengan kampung-kampung Melayu yang terletak hanya selangkah dua dari pantai Air papan yang indah ini. Pantai yang berpasir halus dan agak landai ni sering jadi tumpuan para pelancong tempatan terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

air papan chalet dan resortSebuah restoran yang terletak di dalam kawasan sawah, krew J2C2 makan tengahari di sini sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup merentasi kawasan sawah dan bendang yang indah permai ni

 

Air Papan chalet dan resort ni sebenarnya kat mana? Air Papan  ini sebenarnya terletak hanya 12km dari pekan Mersing. Manakala bandar Mersing pula terletak kira-kira 130km dari bandaraya Johor Bahru. So, kalau korang dari Johor Baru perjalanan memandu akan memakan 2 jam perjalanan.

Air papan chalet to Johor  Bahru mapJarak dan lokasi dari Johor Bahru ke Air Papan di Mersing

Bagi korang yang bercuti ke Legoland Malaysia dan nak bercuti lak ke Air Papan di Mersing perjalanan akan memakan masa 2 jam 15 minit kerana jarak Legoland ke bandaraya Johor Bahru ialah 15 minit dan Johor Bahru ke Mersing ialah 2 jam ya..

Air Papan chalet dan resort-resort yang terdapat di sini pula adalah pelbagai. Semasa krew J2c2 ke sini pada hujung tahun 2013 terdapat lebih daripada 5 buah pengusaha chalet dan resort di sini. Ada chalet yang dah berkeadaan usang, sederhana dan ada pula yang brand new , standard macam resort-resort .

air papan chaletPemandangan gerai yang terletak cuma selangkah dua dengan pantai Air Papan. Gerai jualan aneka dari t-shirt hinggalah alat-alat renang mandi manda pantai

air papan chaletSalah sebuah deretan resort di Air Papan

 

BERSAMBUNG….jangan lupa follow ye…

5 thoughts on “Air Papan Chalet dan Resort di Mersing

    • Air Papan Mersing ini mempunyai lebih 5 buah chalet yang top ialah Sri Mersing Beach Resort, Air Papan Beach Resort dan Sri Mersing Resort . Pastinya disana disediakan BBQ pit. Cuba tanya

      On 15 April 2015 at 19:45, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s