Tempat Menarik untuk Shopping di Johor Bahru-Aeon Jusco Bukit Indah

Tempat Menarik untuk Shopping di Johor Bahru-Nusajaya-Aeon Jusco Bukit Indah

homestay-lego-johor-aeon002Jusco Aeon Bukit Indah – 5 min dari Legoland yang panjang dan luas dengan ketinggian 3 tingkat

Tempat menarik untuk shopping atau membeli belah di Johor Bahru ni iaitu Jusco Aeon Taman Bukit Indah ini hanya terletak 5 min perjalanan dari Legoland Malaysia dan merupakan antara shopping kompleks terbesar  di Johor Bahru serta yang paling hampir dengan Legoland Malaysia . Selain itu kelebihan Jusco Aeon ialah di hadapan Jusco Aeon iaitu hanya di seberang jalan ialah hotel penginapan dan  homestay bersebelahan Jusco Aeon Bukit Indah ini.

homestay-lego-johor-aeon022Jusco Aeon dilihat dari Jalan Persiaran Indah tetapi memanjang ke hadapan 300m , penat berjalan dalam Jusco ni, nak habiskan dari hujung  ke hujung bangunan Aeon nihh..

Tempat shopping di Johor Bahru ni iaitu Jusco Aeon Bukit Indah ini sering dikunjungi penduduk sekitar Johor Bahru dan juga popular di kalangan pengunjung dari Singapura kerana jaraknya yang cuma 25 minit dari Tuas di Singapura. Jadi memang tak hairan, jika di waktu hujung minggu banyak kereta-kereta yang mempunyai plat pendafataran Singapura kelihatan di sini. Bukan sahaja kereta-kereta berplat Singapore, bas-bas pelancong dari Singapore juga dilihat banyak menurunkan pelancong-pelancong di sini.

homestay-lego-johor-aeon007Tempat shopping di Johor Bahru ni menyediakan macam-macam outlet dengan jenama terkenal di dalamnya, Baskin-robin, Hush-puppy, Nike, Levis, JCO, Toys R Us, dll letih nak taip outlet-outlet branded kat sini …

 

Jika 5 tahun lepas memang jarang dapat dilihat Mat-mat Saleh berkunjung ke tempat shopping di sini, sekarang ni memang dah tak asing lagi, dan bukan sahaja setakat hujung minggu, pada hari bekerja juga boleh dilihat Mat-mat salleh berkunjung sambil membeli – belah di sini .

homestay-lego-johor-aeon007

Kalau difikirkan salah satu sebab utamanya ialah jarak yang dekat dengan Legoland Malaysia dan juga Hello Kitty yang terletak hanya15 minit dari Bandar Bukit Indah . Di samping itu Nusajaya dan kawasan sekitar Legoland juga merupakan tempat yag baru membangun dan masih belum banyak kemudahan di sana, hinggakan anda tidak akan jumpa walau satu kedai 7-Eleven pun di sana. Jadi kekurangan kemudahan di kawasan Nusajaya dan Legoland Malaysia menjadikan Jusco Aeon satu kelebihan muncul sebagai tempat shopping yang paling utama di Nusajaya dan antara yang menarik di Johor Bahru

homestay-lego-johor-aeon007Toys R Us pun ada juga…kalau dah terlepas keluar dari Legoland dan terlupa pulak nak beli Lego toys, cari kat sini mesti jumpa..

Selain tu Bandar Bukit Indah juga merupakan bandar yang paling lengkap dengan segala kemudahan di Nusajaya dan di antara penarik utamanya ialah kompleks beli belah dan hypermarket seperti Jusco Aeon Bukit Indah. Tesco dan Giant Hypermarket.

Tarikan Warga Singapura dan Pengunjung Legoland Malaysia Berbelanja -Shopping
Ok, sekarang mari kita tengok apa yang ada pada Jusco Aeon Bukit Indah ini dan apa yang menyebabkan ia menjadi tarikan kepada warga Singapura dan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Legoland Malaysia dan Hello Kitty di Puteri Harbour Kota Iskandar ya.

Kedua terpanjang selepas  Jusco Aeon Tebrau – Jusco terpanjang di Asia selepas Jepun
Tempat shopping di Johor Bahru ini  ni merupakan salah satu kompleks membeli belah yang kedua besar di Johor Bahru selepas Jusco Aeon Tebrau (Jusco terpanjang di Asia selepas Jepun) .Kompleks ini mempunyai ruang beli-belah setinggi 3 tingkat dan mengandungi pelbagai jenis ruang jualan.

Unik Di Antara Jusco Aeon Malaysia Kerana Ada 30 Restoran Dalam Jusco Aeon Bukit Indah

Tempat shopping di Johor Bahru ni merupakan satu-satunya Jusco Aeon di Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri berbanding lain-lain tempat shopping kepunyaan Aeon di Malaysia.  Keunikan Jusco Aeon Bukit Indah ialah mempunyai lebih 30 buah restoran yang mana kebanyakan restoran ini terletak di satu lorong di dalam jusco yang dinamakan “Restaurant Street”

Tempat  Shopping di Johor Bahru-Aeon Jusco Bukit Indah Tempat shopping di Johor Bahru – Restaurant Street di Aeon Jusco Bukit Indah, Johor Bahru, satu lorong yang menempatkan puluhan restoran-restoran

Walaupun begitu ,  restoran-restoran lain tidak terhad di Restaurant Street sahaja dan anda boleh jumpai lokasinya  di mana-mana bahagian ruang utama dan layer 1 dan 2  yang terletak berhampiran out-outlet jualan produk berjenama.

Opss, sebelum terlupa Cineplex TGV juga ada kat sini – ada 7  theater ya

homestay-lego-johor-aeon019Restaurant Street – restoran-restoran yang lebih 30 buah kat sini, nak makan pun penat berjalan..tapi pilih jer nak makan kat mana dalam ni..penat jalan dari hujung ke hujung Aeon ni..

Ni, tak habis cerita lagi..jadi kesimpulannya jika anda nak bercuti ke Legoland Malaysia dan Hello Kitty dan mencari lokasi penginapan yang  indah selesa dan penuh pelbagai kemudahan , carilah hotel atau homestay di sini ..Selamat bercuti dan bershopping walaupun cuti sekolah dah tamat..Adios..

3 thoughts on “Tempat Menarik untuk Shopping di Johor Bahru-Aeon Jusco Bukit Indah

  1. Pingback: Traders Hotel, Puteri Harbour dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • Tak ade Karaoke di sini di dalam AEON. Kalau di luar di kedai-kedai pejabat mungkin ada .

      On 22 May 2016 at 14:14, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s