Istana Runtuh Kuala Danga Siri 2 : Mana Istana Runtuh Danga ni?

Istana Runtuh Kuala Danga Siri 2 : Mana sebenarnya Istana Runtuh Danga ni?

Istana Runtuh Kuala Danga ni kalau dilihat dengan mata kasar memang takkan nampak. Walaupun gitu jika dilihat dari kesan-kesan tinggalan tiang-tiang atau lantai-lantai asas istana mungkin masih boleh dijejaki.

Meh kita jejak susur-galur dan latar belakang kawasan yang membawa kepada penemuan istana runtuh ni, penting.

Menurut beliau lagi terdapat 3 buah sungai di kawasan timur Johor bahru iaitu i.Sungai Skudai ii.Sungai Danga dan iii)Sungai Melayu

Semua sungai-sungai di atas mempunyai punca asal, di mana malangnya punca sungai-sungai ini sedang hebat dilanda pembangunan dan sedang ditebusguna oleh golongan-golongan kapitalis yang tak pedulikan warisan khazanah semulajadi bangsa. Mari kita tengok pelan di bawah ya

Sungai danga-skudai-melayu-gmapsSumber :  Gmaps dan diedit sendiri

Pertama.Ok, now kita dapati Sungai Melayu ini mempunyai punca asal di sebuah bukit yang kini namanya Horizon Hills (mana nama Melayunya?). Juga ianya menyusur melalui kawasan Taman Bukit Indah dan akan datang akan ada sebuah lagi pembangunan mega yang dinamakan International Destination Resort. (kalau korang lalu dekat Coastal Highway a.k.a Lebuhraya Pesisir Pantai JB-Danga Bay-Legoland-Kota Iskandar , dan menghampiri exit Bukit Indah, sebelah kiri akan nampak paya bakau-itulah dia bahagian hulu Sungai Melayu )

Kedua, Lepas tu Sungai Danga pula, di mana kalau kita rujuk pelan di atas, punca asal sungai ni terletak di bahagian tempat yang sekarang dikenali sebagai Taman Perling, dan seperti punca Sungai Melayu Sungai Danga ini akan pupus  dilanda pembangunan oleh para golongan kapitalis yang tak pedulikan khazanah warisan bangsa kita, sekarang ni pun di sekitar Sungai Danga terutamanya di Jambatan Persisiran Perling – Shell -CIMB dan Caltex Taman Perling juga sedang ditebusguna dan penebangan serta pemusnahan paya bakau secara besar-besaran sedang berlaku -punca utamanya ialah Pembangunan Apartment mewah oleh pemaju – nak tau siapa pemajunya? tanyalah MPJBT (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah)

Kemudian, Sungai Skudai , sungai ni pun kawasan sekitarnya dah lama dipenuhi dengan pembangunan dan memang kualiti airnya sangat teruk hinggakan pernah emapangan PUB (yang proses air mentah eksport ke Singapura) berhampiran Taman Impian Emas ditutup. Sungai ini berpunca dari asal tempat jauh ke hulu melangkaui Tampoi , Skudai, Senai dan Kulai.

tapak-istana-runtuh DangaSumber :  Blogger Mo Razzi

Now , setelah kita susuri susur galur sejarah   kita  balik semula ke fokus utama kita. Dalam kajian beliau memang kalau dilihat pada map ada dua Kg Bakar Batu di JB ni , satu di sebelah timur JB iaitu berhampiran Permas (dekat dengan Jaya Jusco Permas) dan satu lagi yang disebelah barat JB iaitu di belakang Taman Perling atau lebih tepat lagi di belakang Taman Sutera (Sutera Taman Perling bukan Taman Sutera Utama di TUTA)

Kg Bakar BatuDi sinilah Kg Bakar Batu yang indah, tanahnya terletak di antara dua buah sungai warisan bangsa iaitu Sungai Danga dan Sungai Skudai (rujuk map Google di atas)
Kg Bakar BatuJambatan Lebuhraya Pesisir Pantai melalui Kg Bakar Batu

Foto bawah: Kg Bakar Batu , di mana sungai yang kita lihat ni, seberangnya ialah pembangunan mewah, kampung permai yang didiami oleh kaum Melayu dan juga kaum Orang Asli Laut hidup dalam aman dan damai, kini juga dilanda hebat pembangunan yang rakus..

Kg Bakar Batu , Perling JB

Kg Bakar Batu , Perling JB

Foto di atas, oleh kerana hebat dilanda pembangunan yang rakus, kini tanah perkuburan asli laut dihimpit tebusguna tanah paya bakau oleh golongan kapitalis. Gambar bawah pula , kini pasir-pasir yang ditambak oleh kerja-kerja tebusguna tanah paya bakau warisan bangsa Johor sedang menghimpit perkampungan Kg Bakar Batu, Perling, Johor Bahru

Kg Bakar Batu , Perling JB

tapak-istana-runtuh Danga

Sumber :  Blogger Mo Razzi

Yang sedihnya Sungai Danga ni dah hampir-hampir pupus ditelan dek pembangunan hinggakan paya-paya bakau di sini juga dah ditebus guna…tak percaya datanglah ke Taman Sutera bersebelahan Taman Perling dan tengok …kalau korang nak datang cari signboard memang tak jumpa..

Keadaan nama yang sama juga ditemui bagi “Sungai Melayu”, di sini korang jumpa satu.. dan ke timur 40km sana, di Sedeli – Tenggaroh (berhampiran degan Kota Tinggi, Johor).. ada lagi satu sungai nama “Sungai Melayu”.. kedua2 tempat ni terletak di Timur dan Barat Johor Bahru.. mungkin juga pelik dua nama tempat yang sama di lokasi yang berbeza?

Menurut beliau lagi, dan aku memang respect dengan kebijaksanaan beliau menyelongkar khazanah warisan bangsa.. salute!

Kita sambung lagi..

Next to Sungai Melayu, ada lagi satu Sungai yang namanya “Perepat”.. sebuah kawasan berpaya bakau yang pada pengamatan aku juga merupakan kawasan paya bakau yang juga menghadapi ancaman kepupusan kerana sekarang ni pun pembangunan mega mewah di Kota Iskandar juga sedang menghampiri kawasan ini.

ISTANA RUNTUH TERLETAK DI SINI DI BELAKANG PEJABAT KERAJAAN KOTA ISKANDAR!!

tapak-istana-runtuh Danga belakang Kota Iskandar Johor BahruPeta atas menunjukkan Pembangunan Kota Iskandar dan sedikit ke atas Tapak Runtuhan Istana
Kg Tebing Runtuh Warisan Bangsa Di Belakang Kota IskandarDari atas Kg Tebing Runtuh ni korang boleh nampat Selat Johor-Selat Tebrau, nun di seberang laut sana ialah Singapura
Kg Tebing Runtuh Warisan Bangsa Di Belakang Kota Iskandar -Istana Runtuh DangaGambar atas : Berdiri di tebing laut korang akan nampak jeti kayu menganjur ke laut Selat Johor yang dibina oleh penduduk Kg Tebing Runtuh. Kalau naik sampan atau bot ke kiri menghala ke arah Tambak Johor korang akan lalu di  depan Tapak Runtuhan Istana Danga

Istana Runtuh Danga ni sebenarnya terletak di Kampung Tebing Runtuh yang sekarang ni dah diambil milik dan kemudian dijualkan semula kepada para kapitalis-kapitalis yang akan bangunkan projek-projek mega di sini!

Kg Tebing Runtuh - belakang Kota IskandarKawasan perkuburan Islam di Kg Tebing Runtuh dan juga surau di sebelahnya

Foto bawah Sekolah Kebangsaan Sikijang di Kg Tebing Runtuh, nama Sikijang (asal Tanjung Sikijang dekat dengan Puteri Harbour/Kota Iskandar) disebut-sebut dalam Lagu Tanjung Puteri yang pernah aku post dalam post-post lepas

Sek Keb Sikijang, Kg Tebing Runtuh, Kota Iskandar

Salute lagi kepada blogger…

Nak dipendekkan sedikit cerita warisan bangsa ni, beliau datang berjumpa dengan Pak Zainal yg pernah duduk di Kg Tebing Runtuh ni. Pak Zainal ni menurut beliau lagi pernah tinggal 60 tahun di Kg Tebing Runtuh ni.. Kita akan bersambung lagi dalam final episod Istana Runtuh Danga.. pastikan anda FOLLOW kami bersama Krew J2C2..

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s