Tempat Makan di Johor Bahru : Medini Mall, Nusajaya

Tempat Makan di Johor Bahru : Medini Mall, Nusajaya

Medini Mall  di Nusajaya dekat Johor Bahru

Musim cuti sekolah telah pun bermula pada minggu lepas dan kami di J2C2  dah dapat mengagak korang pastinya dah ada rancangan nak bawak keluarga jalan-jalan pada musim cuti sekolah ni kan?? kalau ke Johor pastinya korang nak ke Legoland atau pun sekurang-kurangnya ke Hello Kitty ataupun Bob The Builder di Indoor Theme Park di Puteri Harbour kan?

tempat menarik di jb-medini-mall-1200Walaupun tidak berpenghawa dingin suhu di dalam adalah nyaman dan tidak panas kerana sistem perudaraan yang direkabentuk dengan baik dan disediakan kipas bersaiz ‘monster’

MediniMall, Medini merupakan satu kompleks membeli belah yang mempunyai  ruang perniagaan yang dapat menempatkan berpuluh-puluh outlet retail seperti fast-food, cafe mewah, restoran berkonsepkan world cuisine dan lain-lain lagi konsep restoran.

Medini Mall di Medini yang kini menjadi satu kompleks membeli belah antarabangsa yang telah pun menarik ribuan pelancong, tambahan lagi kalau korang datang dan tengok, ianya terletak di pintu masuk ke Legoland. Jadi tak hairanlah jika pengunjung-pengunjung ke Legoland menjadikannnya destinasi untuk mencari makan di Nusajaya, tempat makan di Johor Bahru / Nusajaya.

tempat menarik-jb-puteri-harbour

Lifestyle Mall Berhampiran Puteri Harbour, Nusajaya dan Legoland Malaysia

Medini Mall : Apa yang menarik di sini?

Kalau korang tanya aku apa yang menarik kat sini, jawapannya ialah kipas monster yang terdapat kat siling-siling mall ni. Kipas di sini besar dan tujuan nya utk menyejukkan suasana di sini. Ni sebabnya mall ini tak menyediakan penghawa dingin dan berkonsepkan mall terbuka macam Johor Premium Outlet JPO di Kulai

tempat menarik di jb-medini-mall-1200
Yang menarik di sini terdapat pelukis kartun animasi karikatur : kelihatan seorang anak mat salleh sedang berposing untuk dilukis potretnya

Selain itu mall ini sebenarnya menyediakan ruang-ruang restoran  untuk pengunjung-pengunjung yang datang berhibur ke Legoland Malaysia di sebelah. Boleh dikatakan 90 peratus ialah ruang-ruang perniagaan F&B ( Food and Beverage )

Medini Mall Bersebelahan Legoland Malaysia

MediniMall ini terletak di dalam kawasan pembangunan Medini yang juga terletak hanya 7 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar yang terdekat iaitu Pusat Bandar Taman Bukit Indah dengan taman Tema Legoland Malaysia  yang sekarang ni telahpun menerima ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia.

Kawasan pembangunan Medini merupakan satu kawasan pembangunan hartanah bercampur yang mengandungi perumahan dan perdagangan antarabangsa.

Ia terletak di lebuhraya utama yang menghubungkan Kota Iskandar dengan Lebuhraya Pesisir Pantai(Coastal Highway) dengan bandaraya Johor Bahru.

Medini Mall Berhampiran Interchange Utama Ke Utara Malaysia (via PLUS)

Medini Mall ini juga terletak 2 minit sahaja dengan persimpangan (Interchange) Lebuhraya Pesisir Pantai(Coastal Highway) yang akan membawa anda terus ke bandar yang terhampir dan paling lengkap dengan Legoland Malaysia iaitu  Bandar Taman Bukit Indah ,  bandaraya Johor Bahru, Second-link dan Lebuhraya Utara Selatan. Jadi bagi anda yang datang dari utara (PLUS), masuk melalui exit Senai Utara (PLUS) dan selepas itu ikut sahaja arah Nusajaya dan seterusnya ia akan membawa anda ke Legoland.

Medini Mall Berhampiran Puteri Harbour, Nusajaya

Ia merupakan shopping complex yang akan dapat menarik ribuan pelancong dari Singapura kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Kota Iskandar yang juga berhampiran dengan Puteri Harbour, Nusajaya. Jaraknya dengan Singapura(via CIQ Tjg Pelepas dan Tuas CIQ, S’pore )

Medini Mall Berhampiran Pinewood Studio, Medini (Kini siap Fasa pertama)

Pine Wood Iskandar Malaysia-tempat meanrik di Johor Bahru

Klik untuk Zoom : Foto ehsan http://www.pinewoodgroup.com

Selain itu, kompleks mall ini juga mempunyai lokasi yang amat menarik kerana dikelilingi oleh pelbagai tempat-tempat menarik(terutamanya di Johor Bahru) dan tempat yang berstatus antarabangsa. Salah satunya ia juga terletak bersebelahan dengan Pinewood Studio iaitu Kompleks Studio Perfileman bertaraf antarabangsa yang berasal daripada United Kingdom yang kini telah pun siap pembinaan fasa pertamanya.

Pine Wood Iskandar Malaysia-tempat menarik di Johor Bahru

Walaupun begitu tempat yang menarik di Johor Bahru ni tidak dibuka untuk kunjungan awam dan terhad kepada para pekerja dan kakitangan ataupun mereka yang terlibat dengan industri perfileman di sini sahaja. Jadi kalau korang berkunjung ke Nusajaya ni macam-macam tempat menarik yang boleh dikunjungi kalau ke sini .

Sekarang ni ia dikenali sebagai Pinewood Iskandar Malaysia Studio

tempat menarik di johor bahru: johor premium outletJuga hanya 20 minit perjalanan ke sini iaitu  Johor Premium Outlet JPO

3 thoughts on “Tempat Makan di Johor Bahru : Medini Mall, Nusajaya

  1. OK Haeida, kalau nak bercuti ke sini jangan lupa singgah Medini Mall. Dah alang-alang datang terus pegi ke Puteri Harbour , ambik gambar kat sini berlatarbelakangkan bot-bot layar. Salah satu daripada tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi

  2. Nice article…
    berguna sekali. terimakasih..
    informasi tempat pelancongan di Indonesia ada disini http:…link dikenakan caj pengiklanan..
    Bali, Jogja, Bromo Mountain etc…

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s