Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Malay Village

Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Malay Village

malay village restoran,dillenia homestay, malay village restoran, legoland malaysia,near,taman bukit indah,Tempat makan best di Johor Bahru,jbMalay Village menampilkan hiasan bertemakan senibina Melayu digabungkan dengan perabot-perabot moden ala retro. Tempayan , ukiran papan pemanis, serambi dan wakaf juga disediakan untuk pelanggan-pelanggan yang inginkan susana menjamu hidangan ala tradisi Melayu iaitu dengan bersimpuh atau bersila

Tempat makan best di JB atau di Johor Bahru ni sebenarnya terletak di Jln Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari 1 yang hanya kira-kira 5 minit perjalanan memandu dari Tesco Bandar Tmn Bukit Indah (10 minit dari Dillenia Homestay). (tak termasuk 2 traffic light arr)

malay village restoran,dillenia homestay, malay village restoran, legoland malaysia,near,taman bukit indah,Tempat makan best di Johor Bahru,jbSelain daripada senibina bertemakan kebudayaan Melayu , ruang-ruang dalaman dan luar restoran ni juga dilandskapkan dengan tumbuhan-tumbuhan yang menambahkan lagi keceriaan dan susana yang teduh di sini

Restoran ini menghidangkan anda pelbagai jenis menu makanan Melayu, sedikit Thai, sedikit Cina dan juga makanan Western (Western food) .

malay village restoran,dillenia homestay, malay village restoran, legoland malaysia,near,taman bukit indah,Tempat makan best di Johor Bahru,jbMeja makan untuk dua orang atau ‘couple’ dengan kerusi berstailkan ”retro” memang sesuai untuk meraikan ulang tahun bersama orang yang tersayang

Suasana dalamannya yang berhawa dingin di samping seni hiasannya yang indah memberikan anda suasana ‘dining’ yang agak ‘cozy’, relax ataupun santai. Pada bulan Ramadahan restoran ini menyediakan hidangan buffet untuk para pelanggan berbuka puasa. Baik berbuka puasa bersama pasangan, rakan-rakan ataupun keluarga. Tidak kurang juga terdapat pelanggan-pelanggan yang meraikan ulangtahun ayah dan ibu  di restoran ini.

malay village restoran,dillenia homestay, malay village restoran, legoland malaysia,near,taman bukit indah,Tempat makan best di Johor Bahru,jbSebahagian daripada laluan ruang makan di kaki lima restoran  di naiktaraf kepada laluan kayu, menambahkan lagi suasana cozy dan eksklusif kepada para pelanggan yang datang menjamu selera

Bagi anda yang ingin  ‘hanging out’ bersama-sama rakan-taulan atau pun bersama pasangan suasana malam adalah lebih sesuai.

malay village restoran,dillenia homestay, malay village restoran, legoland malaysia,near,taman bukit indah,Tempat makan best di Johor Bahru,jbPepagar besi dekoratif  di sisi restoran dihiasi dengan pokok bunga spesis keladi Calathea zebrina dan palma renek  Licuala grandis dan di hujung sana  spesis Raphis excelsa (Lady’s finger)  dan pelbagai lg aneka pokok-pokok landskap mewujudkan suasana eksklusif, santai serta ceria restoran Malay Village ini

Restoran Malay Village di Nusa Bestari kini hanya tinggal sejarah dan kini telah berpindah ke Jalan Kolam Air, berhampiran Maktab Sultan Abu Bakar (English College seperti famous dikenali di kalangan orang JB)

One thought on “Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Malay Village

  1. Salam sejahtera Tuan / Puan mohon maaf mau numpang promotion…
    Tuan/puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat

    Call : +6282214441280
    +628221627077
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)

    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s