Tempat makan kat Legoland Malaysia

Tempat makan kat Legoland Malaysia

Pusat bandar Bukit Indah dengan deretan kedai dan pelbagai jenis perniagaanPerkedaian yang pelbagai aneka di Pusat Bandar Bukit Indah, perbandaran paling hampir dengan Legoland

Tempat makan kat Legoland Malaysia. Hehe . Kenapa ? Memang tak complete percutian kalau tak disertakan dengan tempat makan ya.  Sebabnya kalau korang cari tempat makan kat Legoland Malaysia memang  ada tapi kat dalam Legoland sahaja yang tutupnya pukul 6.30 petang. Lepas tu nak ke mana?

Medini Mall pula yang terdiri dari restoran-restoran yang ada ‘brand’ juga tutup pada pukul 10.00 malam.  Jadi kalau pukul 9.00 malam korang nak makan-makan kat Medini Mall, bersedialah tunggu pelayan-pelayan kedai/restoran menyapu sampah sambil mengangkat kerusi-kerusi, bersiap-sedia nak tutup kedai ya😦

Ok, di sini aku nak bagi tau yang Legoland dan Kota Iskandar ni adalah 2 tempat yang baru membangun, macam Putrajaya pada awal pembangunannya. Di sini korang takkan jumpa shopping complex atau kedai makan, restoran yang ‘happening’   Restoran paling happening ialah Restoran Singgah Selalu yang terletak di Danga Bay.

Ianya terletak kira-kira 10 minit berkereta dari Pusat Bandar Taman Bukit Indah , iaitu pusat bandar yang lengkap dan paling hampir dengan Legoland Malaysia dan Kota Iskandar (Kota Iskandar dan Legoland Malaysia ‘mati’ pada malam harinya).

Pusat Bandar Bukit Indah pula lengkap dengan kedai-kedai dari dobi, farmasi, kedai elektrik, klinik swasta, Hospital Swasta Asia Columbia, pejabat pos, hotel-hotel, homestay, bank dan perbankan penuh hinggalah ke restoran-restoran. Termasuklah Jusco Aeon, Tesco dan Giant.

Apa-apa pun jika anda nak mencari tempat makan berhampiran Legoland Malaysia, marilah ke bandaraya Johor Bahru, sila klik sini untuk tempat makan di Johor Bahru

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s