Homestay, guesthouse,hotel, motel dan penginapan lain di Nusajaya – Johor Bahru di sekitar Legoland – Terperanjat dan kecewa

Homestay, guesthouse,hotel, motel dan penginapan lain di Nusajaya – Johor Bahru di sekitar Legoland – luahan pengunjung yang terperanjat dan kecewa

Homestay atau hotel di Nusajaya – kecewa? Kenapa? kali ni penulis nak bawakan kisah perbualan dengan seorang kenalan beberapa minggu yang lepas. Katanya lagi sekarang ini kalau tak booking awal-awal lagi, memang susah nak dapatkan homestay atau hotel, terutamanya di kawasan Nusajaya dan sekitar bandaraya Johor Bahru.

Katanya lagi, dulu-dulu kalau dia booking ‘last minute’ pun dengan senang hatinya masih boleh dapat hotel atau homestay berhampiran Legoland. Tanpa mengira musim ,cuti sekolah, cuti umum atau tidak, memang tak perlu risau pastinya akan dapat penginapan terutamanya homestay berdekatan Legoland, Johor Bahru atau pun Hello Kitty di Puteri Harbour.

Homestay dekat Legoland MalaysiaPusat Bandar Taman Bukit Indah di kala menjelang senja

Dengan yakin lagi dia menyatakan kadang-kadang dia dan keluarganya selalu ke Johor Bahru dengan keluarga tanpa perlu tempah penginapan awal-awal. Pandu kereta turun ke Johor Bahru dan cari hotel atau homestay bila sampai di sana, memang mudah dan memang dapat. Tapi beberapa bulan yang lepas dia ‘terkena’. Bukannya kena tertipu atau diperdaya oleh ulat-ulat atau sindiket tempahan hotel tetapi langsung tiada homestay atau lain-lain penginapan hotel yang kosong. Peristiwa ni terjadi pada cuti sekolah yang kebetulan selepas Hari Raya Aidilfitri 2013 lepas.

Jusco Aeon serta pusat bandar  Bukit Indah di waktu malam yang hidupJusco Aeon Pusat Bandar Bukit Indah di waktu malam hujung minggu agak hidup dan ceria

Getusnya lagi kalau dia dan keluarga sendiri mungkin tak mengapa, tetapi agak meresahkan dan malu juga dibuatnya. Sebabnya dia juga turun ke Johor bersama-sama 2 lagi adik-beradiknya yang masing-masing juga membawa keluarga.

Jadi, katanya lagi sepanjang petang tu, dia menjadi “lead” “menghangkut” 2 lagi kereta mengekori di belakang keretanya mencari-cari hotel atau homestay kalau-kalau masih lagi ‘available’ di sekitar bandaraya Johor Bahru , Nusajaya, Pusat Bandar Taman Bukit Indah (Bukit Indah Township – Nusajaya) dan juga sekitar Puteri Harbour.

leLegoland malaysiaLegoland Malaysia dan kawasan sekitarnya masih membangun, tak ubah seperti Putrajaya pada awal tahun 2000

Harapannya dia akan berjumpa dengan homestay atau hotel di sekitar Puteri Harbour tapi memang malang sebab masa tu langsung tidak wujud lagi hotel di Puteri Harbour, memang tak ada langsung.

Puteri Harbour pada masa tu ( pada masa ni juga – posting dibuat) memang baru membangun, tak ubah seperti Putrajaya pada awal-awal pembangunannya tiada penginapan hotel dan malam harinya memang suram, lengang dan langsung tak ‘happening’.

Sahabat penulis meluahkan lagi, bila baca surat khabar dan media, Legoland dan Puteri harbour ni nampak hebat dan gah, foto-foto pun menunjukkan tempat ni ‘happening’, penuh dengan pengunjung dan orang ramai tapi bila malam hari suram – nak cari restoran, kedai makan atau restoran mamak pun tak bersua di Puteri Harbour ni.

Harbour Cafe di  Puteri Harbour Harbour Cafe di Puteri Harbour Club House menawarkan anda menu makanan dengan harga hotel 5 bintang😮

Hari pun dah menjelang lewat petang, rasa malu pada awalnya dah hilang bertukar pula dengan rasa resah dan gelisah. Kemudian bercampur pula dengan rasa penat, penat memandu kereta mencari hotel atau homestay. Luahannya lagi, penat pun ya haus pun ya. Jadi diorang pun cari lah restoran atau kedai makan di Puteri Harbour. Yang ada cuma kafe yang berkelas iaitu Harbour Cafe. Katanya lagi memang kelas cafe tu, memang la kelas sebab harganya se kelas dengan hotel 5 star.

Secawan kopi atau ‘coffee’ atau ‘latte’ dalam bahasa ‘omputeh’ RM4!! 1set sandwich RM7.00!! Diner set paling murah pun RM30.00++ ke atas!! Katanya lagi, lari budget percutian kali ni-reject tempat ni. Mak aii, terperanjat beruk mak yeh dibuatnya. Lepas tu katanya langsung tak jadi nak minum di situ , cari pula 7-Eleven kat area Puteri Harbour dan Kota Iskandar ni, kecewa betul, langsung tak ada 7-Eleven kat sini….

Ceritanya lagi, selepas tu diorang ke Gelang Patah, sebuah pekan yang jaraknya 8km dari Puteri Harbour dan Kota Iskandar, cuba cari hotel murah, pun penuh juga. Pekan Gelang Patah ni lebih kurang macam pekan Alor Gajah, kedai-kedai lama campur dengan kedai-kedai baru yang senibinanya ala-ala kotak-kotak ala Chinese stail. Lebih kurang macam pekan koboi pun ya juga pekan Gelang Patah ni..Suasananya lebih kurang macam pekan Alor Gajah, di Perak.

Pekan Koboi Gelang PatahPekan Koboi Gelang Patah,  “night life” nya pun tak seperti Cowboy Town di Melaka A’Famosa..suram dan sepi..

Nasib agak baik terjumpa 7-Eleven . Beli air dan bertanya pada ”sale girl’ tu pasal hotel. Lantas dia cadangkan pergi ke Pusat Bandar Taman Bukit Indah, bandar yang paling lengkap dengan kemudahan dan yang terdekat dengan Kota Iskandar / Puteri Harbour ataupun Legoland . Jaraknya cuma 3.5km dari Legoland dan lebih kurang 5-7 minit memandu melalui Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway JB-Danga-Legoland-Kota Iskandar) . Lebuhraya ni dari Legoland akan melalui exit taman Horizon Hill, exit Bukit Indah, exit Taman Perling dan bertemu dengan persimpangan besar di Danga Bay yang menghubungkan bandaraya Johor Bahru.

Dillenia Homestay ke Legoland Malaysia, Bandaraya Johor Bahru, Hello Kitty, Puteri Harbour dan Kota Iskandar : MapsMap di atas: Coastal Highway (Lebuhraya Pesisir Pantai – J.B-Danga Bay-Bandar Bukit Indah-Legoland-Kota Iskandar)

Dia berhenti sekejap,  sambil menghirup teh C tariknya. Katanya lagi dengan letih dan lesu dia dan keluarganya cuba pula ke pusat bandar Taman Bukit Indah. Pusat bandar ni memang memang lengkap dengan bank-bank, restoran-restoran, mamak, cafe-cafe ala ‘barat’ mcm Starbuck, Marco Polo, Chatime dan segala macam jenis restoran. Ada Jaya Jusco Aeon, Tesco Hypermarket dan Giant Hypermarket. Klinik-klinik swasta, Pejabat Pos Malaysia (dalam Jusco Aeon)Hospital Swasta Columbia Asia dan segala macam kemudahan yang ada pada pusat bandar moden. Hotel-hotel kat pusat bandar Taman Bukit Indah ni pun tak kurang dari 7 buah, 2 yang tingginya 10 tingkat dan yang lain-lain hotel-hotel low dan medium budget di blok-blok kedai pejabat. Tanya punya tanya pada hotel-hotel tersebut, memang lah mengecewakan semua jawapan ‘full’. Reserve pun langsung tiada.

Pusat bandar Bukit Indah dengan deretan kedai dan pelbagai jenis perniagaanPusat bandar Bukit Indah dengan deretan kedai dan pelbagai jenis perniagaan

Semua boleh diperolehi di sini berbanding dengan Kota Iskandar dan Nusajaya, nak cari ATM machine pun susah, itupun kat dalam Legoland dan Medini Mall, itu pada masa waktu operasi buka, masa Medini Mall dan Legoland tutup?

Taman Bukit Indah Johor Bahru

Surf pula Google untuk homestay di Taman Bukit Indah ni, terjumpa pula di Google, ” Homestay Near Legoland Malaysia Theme Park Johor Bahru – Nusajaya -Dillenia Homestay” Dapat pula nombor telefon manager / owner. Call punya call tak berjawab pula owner homestay tersebut – mungkin tengah solat sebab dah masuk waktu maghrib. Jadi, sementara isterinya cuba call mereka pun cuba pergi ke homestay ni melalui alamat yang diperolehi pada website nya. Homestay ni dekat bersebelahan jer dengan Jusco Aeon Pusat Bandar Bukit Indah.

Homestay dekat Legoland Malaysia  - Tesco Tesco Pusat Bandar Taman Bukit Indah

Dalam tak sampai 2 minit (2 minit sebab ada traffic light depan Jusco Aeon berdekatan simpang masuk ke homestay di Jalan Indah 10/14) kami pun sampai di hadapan homestay tu – Dillenia Homestay namanya.

Ceritanya lagi homestay memang dekat sebelah jer dengan Jusco Aeon. Mereka pun sampai di depan homestay ni. Pada waktu tu homestay ni gelap , tiada lampu pun terpasang. Di depan adanya lampu jalan, jadi mereka pun dapat lihat yang homestay ni rekabentuknya moden agak ‘stylish’ , 2 tingkat, tengah (intermediate) dan tingkap-tingkapnya jenis dedaun. Tingkap-tingkapnya panjang dan tinggi dan berstail. Kejiranannya di sini pulak macam kelas pertengahan.

Homestay dekat Legoland Malaysia  Deretan Plebagai Aneka Kedai -kedai Pejabat di Bandar Taman Bukit Indah

Sambungnya lagi, oleh kerana homestay ni gelap sahaja jadi masing-masing pun dah menaruh harapan agar ianya masih kosong dan available. Tapi harapan tu tinggal harapan bila call mereka berjawab dan owner menyatakan dah ada guest malam tu, gelap mungkin kerana guest masih berada di luar homestay. Jadi dengan harapan yang bersepai bergeraklah mereka dari situ dalam kegelapan senja – waktu magrib pun dah tinggal suntuk.

Sambungnya lagi dan nak memendekkan cerita akhirnya mereka bermalam di rumah saudara – keluarga saudara jauh yang tinggal di Taman Tun Aminah, Johor Bahru. Taman yang terletak kira-kira 5km dari pusat bandar Taman Bukit Indah. Pada mulanya agak segan juga mereka nak nyatakan hasrat bermalam di situ. Maklumlah dah susah baru nak cari sedara, ya tak? Tapi mujurlah orang Johor ni baik-baik dan sanggup menawarkan tempat bermalam. Nak buat macam mana, tiket Legoland Malaysia dah dibeli untuk masuk pada keesokan harinya. Takkan nak balik Kuala Lumpur pulak malam tu kan?

Luahannya lagi pada masa itu dia memang agak rasa malu dan terasa sangat menyusahkan keluarganya dan adik-beradiknya kerana sebelum ke sana adiknya dah menasihatkan dan mencadangkan agar tempahan hotel atau homestay dibuat dahulu sebelum mereka turun ke Johor Bahru dan Nusajaya . Tetapi dia dengan ‘over confident’ menyatakan tak perlu cari homestay atau hotel, just ‘walk-in’ ke hotel yang dia dah ‘mark’ sebelum ni pada kunjungan yanhg lepas-lepas.

Katanya lagi sebelum mengakhirkan cerita dan lepak malam tu di Restoran Din BBQ Nusa Bestari yg cuma 700m dari Dillenia Homestay pusat bandar Taman Bukit Indah.  Itulah kali last dia buat kerja cari hotel ‘last-minute’ .He hehe..Waalupun gitu ada rahmatnya kerana peristiwa merapatkan hubungan dia dan keluarganya dengan saudara jauhnya di Taman Perling tu…

Ketika tu penulis teringatkan pula satu artikel dalam surat khabar New Straits Time yang menyatakan “Full Occupancy for Hotel at Johor Bahru and Nusajaya For The First Time” . Waktu tu penulis terbaca artikel ni beberapa bulan yang lepas. kalau tak silap masa tu cuti sekolah penggal kedua pada bulan Jun 2013.

Jadi buat kalian semua, nasihat penulis jangan la buat kerja cari hotel atau homestay ” last-minute” terutamanya di sekitar Legoland dan Nusajaya pada musim cuti sekolah ya!!

Booking first! Jangan book sahaja, bayar booking dengan deposit. Sebab penulis pun pernah dengar cerita ada yang book sahaja, tapi bila sampai , orang yang book dan bayar deposit dapat homestay tu dulu ya!!🙂

Wasalam

One thought on “Homestay, guesthouse,hotel, motel dan penginapan lain di Nusajaya – Johor Bahru di sekitar Legoland – Terperanjat dan kecewa

  1. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia Water Theme Park : Gambar-Map | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s