Tempat menarik di Pulau Pinang: Naik Buggy Ride sekitar Bukit Bendera

Tempat menarik di Pulau Pinang: Naik Buggy Ride sekitar Bukit Bendera

Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideTempat menarik di Pulau Pinang sekarang ni bertambah menarik Tu dia buggy ride, macam-macam bentuk ada , tapi yang pentingnya anda ada pilihan sama ada nak naik Buggy Ride atau jalan-jalan jalan kaki.. ahakkss :) ..tak kurang ramai juga yang jalan-jalan kaki. Tapi di sini Krew Jalan2 Cuti2 memilih untuk naik Buggy Ride sebab udah tak larat nak jalan kaki..Lagi pun bila lagi nak naik Buggy  :)

Tempat menarik di Pulau pinang ni iaitu Bukit Bendera atau Penang Hill ni bukan sahaja merupakan tempat menarik sebagai tarikan pelancong malahan  juga merupakan antara tempat-tempat bersejarah di Pulau Pinang. Ianya memang dah banyak berubah semenjak kali last last aku ke sana iaitu pada tahun 1999 . Diam tak diam dah 14 tahun berlalu. Dulunya kat atas sana cuma ada sedikit gerai-gerai menjual makanan dan taman di mana korang  boleh menikmati pemandangan bandaraya Pulau Pinang dan Selat Melaka nun di bawah sana.

Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideBagi yang ‘fit’ dan gemar ‘brisk walk’  di sini juga amat sesuai kerana udaranya sejuk dan anda tak kan berpeluh bila berjalan-jalan di sini

Kini, salah satu lagi cara utk bersiar-siar  di atas puncak Bukit Bendera ni ialah dengan menaiki buggy .Di sini terdapat lebih dari 4 pengusaha yang berikan khidmat siar-siar dengan buggy. Buggy ni sama dengan buggy yang korang biasa nampak kat kelab-kelab golf. Dan khidmat ni juga mesra alam sekitar Bukit Bendera ya! Sebabnya buggy ni gunakan kuasa elektrik dan pastinya tiada pencemaran PulBayaran yang dikenakan pada kita orang masa tu ialah RM30.00 sekali round dengan buggy ya.

Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideKebanyakan buggy di sini berbentuk seperti buggy di kelab-kelab golf tapi yang di depan ni lain sikit kerana bentuknya lebih kepada jenis buggy Extreme Sport yang gunakan enjin petrol

Di sini  disediakan pilihan buggy 4 tempat duduk dan juga yang boleh memuatkan 6 tempat duduk (termasuk pemandu).  Dengan buggy ni anda akan dibawa siar-siar sekitar jalan merentasi hutan rekreasi yang juga menempatkan rumah-rumah jutawan dan ahli-ahli perniagaan besar.(termasuk rumah Tony Fernandes, Ananda Krishnan-pemilik Maxis dan lain-lain lagi).

Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideLaluan atau ‘path’ di sini juga menyediakan ‘Outlook Shelter’ atau wakaf pemandangan di mana para pelancong boleh menikmati pemandangan indah sekitar Pulau Pinang nun jauh di bawah sana dan juga di seberang laut iaitu Seberang Perai
Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideTempat menarik Di Pulau Pinang  , Bukit Bendera ini tak kurang nilai-nilai sejarah, dengan adanya Peti Pos bersejarah yang berusia lebih daripada 100 tahun, satu-satunya Peti Pos di atas puncak Bukit Bendera
Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideRamai juga yang berkeluarga berjalan-kaki bersiar-siar di sini

Tempat menarik di Pulau Pinang :Jalan-jalan sekitar Bukit Bendera dengan Buggy RideYang pastinya menaiki Buggy Ride kat sini memang menyeronokkan dan jangan lepaskan peluang naik Buggy ni  bila ke sini ya! :)

Tips jalan-jalan cuti-cuti: Antara ” What To Do List” di sini ialah menaiki Buggy Ride terutamanya bila bersiarsiar dengan keluarga dan beli tiket Pergi dan Balik

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s