Tempat menarik di Pulau Pinang : Puncak Bukit Bendera

Tempat menarik di Pulau Pinang : Puncak Bukit Bendera

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-puncakBukit Bendera, akhirnya kami sampai juga ke puncaknya. Tu dia pemandangan dari atas ni memang memukau  dan begitu indah, kelihatan bandaraya Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang  nun jauh di bawah sana.  Juga kelihatan tanah besar iaitu kawasan Seberang Perai di seberang Selat sana ya🙂

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-puncakUdara dan cuaca kat atas ni juga amat nyaman dan menyegarkan, tambahan lagi dengan tiupan bayu dingin yang bertiup dari Selat Melaka nun jauh ke bawah sana ya🙂 ….

Tempat yang menarik di Pulau Pinang ni  atau nama omputehnya “Penang” [sebutan pi-neng] di sebut dengan pelbagai nama antaranya Penang Hill dan Flag Hill. Dari atas sini juga boleh menikmati pemandangan Pantai Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang . Iaitu ketiga-tiga pantai ataupun salah satu dari tempat yang famous di Penang  yang tak dapat kita orang jelajahi dek kerana kesuntukan masa. Mana taknya satu hari suntuk dihabiskan untuk ‘explore’ Bukit Bendera ni sahaja ya 🙂

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-puncak

Gambar di atas : Si angah ni masih lagi terpaku dan terpukau dengan pemandangan sekitar Bukit Bendera nun jauh di bawah sana, tak renti-renti dia bertanya🙂

Benda yang pertama sekali kami buat sewaktu sampai di sini ialah mendapatkan bilik air ya🙂 ‘call of nature’… mak oii punyalah sejuk air kat sini macam air batu! Mana taknya air gunung lah katakan..

Lepas tu mendapatkan makanan ringan-ringan yang agak panas buat mengisi perut anak-anak yang agak lapar dek kerana waktu perjalanan ke atas yang agak lama tadi tu. Mujurlah ada gerai-gerai yang menjual makanan di sekitar laluan menuju ke dataran Bukit Bendera selepas keluar dari stesyen puncak.

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s