Bukit Bendera:Perjalanan Naik dengan Keretapi Bukit

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-keretapi Bukit Bendera
Bukit Bendera di Pulau Pinang ni memang agak tinggi dan curam, walaupun namanya disebut-sebut sebagai Bukit Bendera, sebenarnya ia merupakan sebuah gunung, jadi tak heranlah cuaca di atasnya memang sejuk iaitu sekitar 25 darjah C dan pada malamnya boleh turun ke 21 darjah C ya. Lebih kurang macam suhu penghawa dingin rumah ya. Jadi kalau korang datang bawa keluarga terutamanya anak-anak kecil macam kita orang, pastikan bawa sekali baju panas dan seluar panjang yašŸ™‚

Cuba tengok di atas tu gambar menunjukkan rel keretapi dan kabelnya di tengah-tengah rel. Terdapat juga mereka yang memilih untuk jalan kaki ke sini ya.

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-keretapi Bukit BenderaKeretapi Bukit Bendera lagi, yang di depan kami pula ialah keretapi sedang dalam perjalanan turun..

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-keretapi Bukit BenderaKemudian, lebih kurang 10 minit perjalanan bersamaan hampir separuh perjalanan kita akan bertemu dengan stesyen pertengahan yang lama, iaitu stesyen ini dahulunya dibina kerana pada masa itu sekitar tahun 80-an , teknologi sedia ada tak membolehkan keretapi terus naik ke puncaknya.

Jadi, penumpang kena turun di stesyen pertengahan dan naik pula keretapi lain untuk sambung perjalanan ke puncak.Ā  Cuba tengok keretapi lama berwarna merah yang memang sengaja diletakkan di stesyen pertengahan , diabadikan untuk kenang-kenangan dan tatapan pengunjung ke Bukit Bendera.

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-keretapi Bukit Bendera

Tempat menarik Pulau Pinang-Bukit Bendera-keretapi Bukit BenderaSetelah beradaĀ  20 minit perjalanan di dalam keretapi,Ā  yang penuh dengan pelbagai pemandangan yang menarik dan memukau pandanganĀ  kami pun tiba ke puncak Bukit Bendera, destinasi yang ditujui pada petang itu. Berbaloi dengan penat lelah selama 3 jam memandu dari hotel, berjalan kakiĀ  dari parking kereta, beratur tunggu tiket, beratur tunggu keretapi bukit sampaiĀ  hinggalah masuk ke dalam keretapi bukit.Ā  Alhamdulillah.šŸ™‚

One thought on “Bukit Bendera:Perjalanan Naik dengan Keretapi Bukit

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s