Homestay dan penginapan sekitar Legoland pada cuti sekolah Mei dan Jun ni!

Homestay dan penginapan sekitar Legoland pada cuti sekolah Mei dan Jun : Pusat Bandar Taman Bukit Indah

Homestay sekitar Legoland Nusajaya

Homestay dekat Legoland dan Johor Bahru memang tak putus-putus , sentiasa dicari oleh mereka yang ingin mendapatkan penginapan ketika bercuti di Legoland dan Johor Bahru.

Kini homestay menjadi pilihan nombor satu terutamanya kepada mereka yang berkeluarga ketika bercuti. salah satu sebab kenapa homestay dekat legoland terutama di bandar Taman Bukit Indah dan kawasan sekitarnya menjadi pilihan utama dan famous ialah kerana sebab-sebab di bawah:-

1. Homestay dibandingkan kadar sewa Hotel dekat Legoland dan kawasan sekitarnya yang agak mahal

Hotel dekat Legoland dan kawasan sekitarnya memang agak mahal, tambahan lagi selepas legoland dibuka , jumlah pelancong-pelancong asing dan tempatan meningkat dengan mendadak menyebabkan bilik-bilik hotel kekurangan, lantas mengakibatkan kadar penginapan hotel unutk semalam jer dah menjangkau RM200 untuk hotel 3 bintang.

2.Homestay berbanding dengan Kekurangan hotel dekat Legoland dan kawasan sekitarnya

Hotel dan penginapan dekat Legoland memang agak kurang. Bagi sesiapa yang dah pernah datang ke area Legoland dan Puteri Harbour , kawasan ni memang agak kosong dan suasana malamnya agak suram. Sebabnya kawasan ni kawasan yang baru dibangunkan , jadi belum banyak banyak kedai-kedai dan outlet perniagaan dibuka. Senang cakap, tempat ni tak ‘happening’ pada waktu malamnya.

Jika anda mencari kedai-kedai makan di Kota Iskandar dan Puteri Harbour memang tidak akan anda jumpa restoran-restoran yang menjadi faveret ramai. Contohnya restoran atau kedai makan tomyam, nasi padang, hidangan makan tengahari resipi Melayu dan lain-lain lagi.

Kedai mamak pun korang takkan jumpa kat Kota Iskandar dan Puteri Harbour . Kalau poket korang agak kembung dan’loaded’ mungkin anda tak kisah makan ‘sandwich’ yang harganya RM7.00 kat Cafe Puteri Harbour. Itu baru jer sandwich! belum lagi masakan yang lain-lain. Senang cerita buat kita-kita ni boleh bocor poket dibuatnya. kalu korang nak tahu, ini sahajalah cafe sebijik kat area Puteri Harbour ni. Sebijik lagi kat dalam bangunan Hello Kitty Indoor Theme Park.

3. Homestay serta jaraknya berbanding bandaraya Johor Bahru terdekat yang terletak 25km dari Legoland

Bandaraya Johor Bahru mungkin banyak sediakan hotel-hotel bertaraf 2 hingga ke 5 bintang ke atas, tetapi jaraknya mungkin agak jauh sedikit. Memandu dari hotel atau tempat penginapan di bandaraya Johor Bahru ke Legoland memakan masa antara 25-3o minit. Kalau korang fikirkan, pergi balik sahaja dah ambil masa 1 jam lebih.

Tips jarak: Oleh itu anda perlu cari homestay yang terletak di tengah-tengah perjalanan iaitu tak terlalu jauh dari Legoland dan tak juga jauh dari bandaraya Johor Bahru. Jawapannya ialah di pusat Bandar Taman Bukit Indah.

4.Homestay dari segi perbandingannya dengan bilik hotel yang terhad keluasannya.

Homestay jika dibandingkan dengan bilik hotel adalah agak selesa dari segi luasnya ruang. Bilik hotel memang agak sempit kecuali bilik hotel jenis suite , tambahan pula yang keluarganya ramai. JIka korang sewa 2 bilik hotel jer katakan yg kadar semalam RM200 dah jadi RM400, 2 malam dah jadi RM800 banyak tuu kena belanja untuk hotel jerr.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Homestay berhampiran Shopping Complex seperti
pusat bandar Taman Bukit Indah kini menjadi pilihan utamaOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Restoran-restoran dan Fast food memudahkan menjamu selera ketika bercuti
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Cafe-cafe 260420138519

5. Homestay yang dikelilingi prasarana seperti hypermarket dan restoran-restoran serta cafe

Trend masa kini ialah percutian yang dikelilingi kemudahan seperti restoran-restoran, cafe dan tempat-tempat makan di samping kemudahan mendapatkan barangan keperluan harian .Tambahan lagi jika keluarga yang mempunyai ramai anak-anak kecil

One thought on “Homestay dan penginapan sekitar Legoland pada cuti sekolah Mei dan Jun ni!

  1. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru – Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya ( nearby ) | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s