Tempat Menarik di Johor Bahru – Pantai Lido, Kenangan Indah Zaman Silam

old-jb-town-of-yesteryear

Johor Bahru asalnya dulu ialah sebuah bandar kecil di hujung Tanah Melayu atau Malaya , keadaannya dan suasananya aman dan sentosa tidak sesibuk sekarang ini. ( Lagu Tanjung Puteri Puteri scrool di bawah)

Pantai Lido menjadi tempat percutian penduduk dan orang-orang dari luar untuk bermandi-manda .Airnya bersih berwarna biru dan tenang sekali. Ramai yang datang memancing ikan di pinggir-pinggir pantai di sini. Begitu mudah memancing ikan di sini hingga dikatakan ikan-ikan boleh dipancing dengan menggunakan seutas benang yang diletakkan doh tepung dihujung benang.Apabila ikan memagut doh tepung tali ditarik dan ikan akan terikut sekali.!

Bot-bot dan perahu-perahu kecil boleh memudiki Sungai Segget hingga ke hulu bandar Johor Bahru.

Harga barang-barang keperluan tak mahal , malah lebih murah daripada lain-lain bandar di Tanah Melayu. Oleh kerana Johor Bahru ni terletak berjiran dengan Singapura yang dah pun bermula sebagai bandar pelabuhan entreport yang semakin dikenali di dunia , barangan yang korang tak biasa temui di tempat-tempat lain di Malaya akan ditemui di sini.

danga-bay-pantai-lidoFoto di atas ialah Pantai Lido dan pemandangan indah nya menjelang senja.Kini tempat ini telah ditambak dan lenyaplah Pantai Lido untuk selama-lamanya kini

Apa yang terjadi hanya tinggal kenangan indah sahaja, Pantai Lido telah hilang ditambak, Tanjung Puteri hanya tinggal nama di dalam buku-buku dan makalah sejarah sahaja, Kuala Danga juga telah menjadi hakmilik Danga Bay, Teluk Danga juga telah hilang ditebusguna daripada paya-bakau indahnya.

Kini dan buat selama-lamanya sehingga akhir hayatku, Pantai Lido akan terus bersemadi dalam ingatanku sebagai tempat di mana aku dan adikku pernah bermandi – manda, bergurau senda menepuk-nepuk air pantai Lido yang bersih. Akan terus ke kenangi di mana aku berjalan-jalan di pantai yang pasirnya penuh dengan kulit kerang-kerangan tatkala air surut….

Untuk pembaca-pembaca dan follower blog yang kuhargai di bawah ini aku coretkan lagu Tanjung Puteri yang kini hanya menjadi simpanan di dalam lipatan sejarah sebagaimana lirik lagu ni, seolah-olah Tanjung Puteri juga akan turut bersemadi di dalam lipatan sejarah….hilang ditelan pembangunan…

pantai-lido-beachPantai Lido kini tinggal kenangan …

Sumber :Terima kasih pada Dengilo, forumer  http://www.skyscrapercity.com forum

Lirik Lagu Tanjung Puteri

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

k/w: Lirik Lagu, Tanjung Puteri, lirik, lagu johor, lagu tradisional

pantai-lido-beachSedihnya bila dengar lagu Tanjung Puteri..sayu…seolah-olah lagu tu membayangkan pantai itu yang akan luput lenyap dari pandangan akhirnya…

Sumber :Terima kasih pada Dengilo, forumer dari  http://www.skyscrapercity.com forum

Diadaptasikan daripada :What’s going on in Johor Bahru?
[Sumber gambarfoto: Peggy Loh, super325.wordpress.com

15 thoughts on “Tempat Menarik di Johor Bahru – Pantai Lido, Kenangan Indah Zaman Silam

  1. Betul la apa yg dikata,rindu sgt2 pd johor awal 70an dulu,susana pasar besarnya pd ketika itu,disitu la pusat ‘shopping yg popular,sblm wujudnya KOMTAR,laut lido membiru,nyaman tiupan angin segarnya hingga ke HSA.masa tu semua nyaman,kenderaan pun tak banyak,saya kerap brjln kaki dri jln storey ke pasar,kebukit serence,station KTM.kalau demam abah bawa kekelinik kerajaan flat lumba kuda’,naik ‘pa wanca’ ke bt 4,kini dah jadi angsana.kalau kesekolah dri jln storey ke bukit senyum kini tapak sek tu didirikan gajah putih ‘pacific mall’ .kalau lalu dpn bangunan dato jaafar seram sejuk rasanya tempat sunyi,trsergam atas bukit nampaknya,kini high way yg bz laluan s’pore ke jb.

    Banyak yg saya rindu,saya membesar disini,dan saya mengikuti prkembangan jb,tetapi ada juga terasa sedih,bila tempat2 kenangan ini telah tiada,yg tinggal saya dan memory sahaja..

    • Macam tu juga saya bila terkenangkan memori zaman silam. Pantai Lido dulu tempat saya mandi-manda , singgah kejap di Pantai Lido sempat kami adik beradik mandi kat situ, masa 80-an dulu airnya masih lagi bersih, pantai pasirnya jauh ke tengah bila air surut, boleh cari kulit-kulit siput dan macam-macam. Seronok memori masa tu…

      Sekarang ni nama Pantai Lido tu pun dah pupus, generasi zaman ni dah tak kenal apa tu Pantai Lido, yg diorang kenal cuma Danga Bay.

      Saya sedih sebab dah tiada tempat unutk orang-orang awam bersiar-siar di tepi pantai macam dulu tahun 80-an , Sekarang ni semua dah dicadangkan jadi perumahan mewah apartment meawh , kondominium dan entah apa-apa lagi .

      Kenapa kerajaan benarkan semua tu , kenapa Kerajaan Johor musnahkan hak milik rakyat Johor? Dulu Pantai Lido dapat dinikmati sepanjang-panjang 5km , boleh berhentikan kereta tepi pantai. Boleh ambil angin tepi pantai, boleh ambil angin malam bersama-sama dengan adik-beradik, emak bapak, anak isteri/ keluarga tersayang..

      Kenapa sekarang cuma orang yang berada, orang kaya, orang yang banyak duit jer yang boleh nikmati indahnya pinggir pantai Danga Bay yg dulunya dikenalai pantai Pantai Lido?

      Kenapa bila Johor makin maju rakyat diketepikan?? Kenapa yang kaya jer diutamakan??

      Kenapa Dato Ghani Othman biarkan semua ni berlaku?? Mana hak rakyat? Kenapa musnahkan hak Rakyat Johor????….

      Sayu sangat hati ni bila kenangkan semua tu akan jadi sejarah.. luka hati ni mengenangkan tempat yang dah hilang dari pandangan …kelak akan hilang pula dari hati…

      Hampir setiap hari saya lalu di jalan Danga Bay menuju ke tempat kerja saya di bandar JB semakin sayu hati…makin sayu bila tengok kapal pasir menambak pantai yang dulunya dekat kini dah jauh ke tengah..

      Sedih …bertambah sayu bila tengok tiang-tiang bangunan dinaikkan di atas tapak yang dulunya saya dan adik-beradik bermain-main atas pantai di Pasir Lido..

      Kenapa Kerajaan Johor benarkan pemaju-pemaju rakus tu rampas Hak Milik RAKYAT JOHOR???

      KENAPA biarkan nama TANJUNG PUTERI lenyap??KENAPA BIARKAN biarkan nama Pantai Lido terhapus??

  2. wow besnya baca memory semua ni. saya asal perak. menetap kat Jb lepas kahwin. baru 5thn. masa 2008 first time i pergi danga bay sempat lagi duduk tepi jalan. dapat rasa sedikit suasana duduk tepi pantai. sekarang dah x de da pantai. nak gi danga bay rasa boring. buang duit je kat situ. mungkin seronok kalo “TANJUNG PUTERI & PANTAI LIDO” masih kekal.

  3. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  4. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru : Pantai Lido | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  5. Saya setuju dgn apa yg dania1 & Tanpa Nama coretkan. Saya pernah menetap di JB dr thn 1979 – 1999 sblm kahwin dan berpindah ke KL. Dah jarang2 turun JB. Dalam setahun sekali dua sahaja saya turun JB. Minggu lepas saya dtg ke JB dgn anak2 .Ingat nak tunjuk Pantai Lido tempat masa kecil saya bermain pasir korek kerang, starfish dll. Rupanya dah takde Pantai Lido. Sgt sedih rasanya. Cuma ada Danga Project opened for sale. Wah banyak giler projek condo dia. Mmg target org seberang… rakyat JB takde pantai dah. JB dah banyak berubah. Tinggal kenangan saja…

    • Tempat Menarik di Johor Bahru..Pantai Lido..Danga Bay..Ya, masa mengubah segala-galanya tapi di bumi ini manusialah yang mengubah dan merosakkan keindahan alam yang telah Allah kurniakan , di Pantai Lido manusialah yang merosakkannya dengan ketamakan haloba untuk mengaut keuntungan , padahal boleh dielakkan, Pantai lido daripada kemusnahan, masih banyak lagi tanah di Johor Bahru untuk pembangunan..

  6. Pingback: Istana Runtuh Kuala Danga Siri 2 : Mana Istana Runtuh Danga ni? | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • Pantai Lido sekarang ni dah ditambak dan dah tiada lagi.Sekarang ni digantikan dgn Danga Bay yg akan dibangunkan kondominium mewah untuk orang yg mampu beli dgn harga 1 juta dan ke atas. Dah tiada lagi tempat untuk warga Johor letakkan kereta di tepi jalan pantai sambil bersiar- siar dengan keluarga, kawan dan handai taulan sambil menikmati sate cocok macam dulu…

      On 20 May 2014 11:32, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

  7. Pingback: makan di pantai indah kapuk | Info Wisata

  8. Pingback: lokasi pantai angsana | Info Wisata

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s