Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya

Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya

tempat menarik di Johor Bahru-SUK

Tempat menarik di Johor Bahru ni atau lebih dikenali sebagai Nusajaya ni memang tak sah kalau korang tak masukkan dalam senarai destinasi pelancongan kalau dah alang-alang berada kat kota paling selatan dalam Malaysia ni ya!

Di Kota Iskandar ni juga menempatkan kompleks bangunan-bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor (macam Putrajaya juga). Dulunya kawasan ni dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit dan ada juga kawasan-kawasan paya bakau terutamanya di kawasan-kawasan pesisir pantai .

Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya :Puteri-harbour

Puteri Harbour kelihatan indah dan permai dan dapat dilihat dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor

Tempat menarik di Johor Bahru menjadi bertambah-tambahlah menariknya kerana korang akan dapati Pusat Pentadbiran Johor di Kota Iskandar ni juga terletak bersebelahan jer dengan Puteri Harbour, jadi pemandangan di sini memang cantik dan menarik, indah dan permai.

Tambahan lagi Kota Iskandar ini mempunyai pemandangan yang menghadap Selat Johor, iaitu selat yang memisahkan Malaysia dan negara Singapura. Dari sini juga anda akan dapat melihat Singapura di seberang selat sana.

Kenapa anda perlu ke sini ?

-Bangunan-bangunan Pentadbiran Kerajaan ini dibina dengan senibina Melayu dan bercampur senibina timur tengah.Datanglah ke sini dan nikmatilah keindahan senibina yang direkabentuk oleh anak-anak tempatan kita ya🙂

-Dah alang-alang datang ke Legoland atau Hello Kitty, Puteri Harbour.Lokasinya sebelah jer…

-Satu-satunya Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri selain daripada Putrajaya yang membina pusat pentadbirannya sendiri.Jadi di negeri-negeri lain memang anda tak akan ketemukan sebegini ya pakk..

-Masuk percuma, tak macam Legoland atau Hello Kitty masuk ke sini percuma ya🙂

Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, NusajayaGambar di atas ialah suasana di dalam perkarangan Bangunan SUK, iaitu Kompleks Bangunan Sultan Ibrahim,di sini banyak bangunan-bangunan yang diberi nama sempena pemimpin-pemimpin dan nama-nama sultan-sultan Johor yang lepas.

Yang di atas ni pula kompleks Bangunan Sultan Ismail, juga salah satu kompleks-kompleks bangunan di Kota Iskandar. Meriam yang korang dapat tengok kat depan tu , meriam original yang di bawa dari Bangunan SUK lama di Johor Bahru, iaitu Bangunan Sultan Ibrahim yang dibina pada tahun 1830-an

Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, NusajayaLandskap dihiasi dengan arah tanda jalan yang cantik dan berfungsi

Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, NusajayaBangunan SUK Kota Iskandar dari luar

Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, NusajayaDataran Kota Iskandar juga terletak di tengah-tengah antara Kompleks SUK dan Kompleks Sultan Ismail macam yang tergambar di hadapan anda ya🙂

Jadi setakat ni sahajalah  yang dapat kami Krew J2C2 bawakan untuk anda pada post kali ini ya. Jangan lupa mengunjungi Kota Iskandar ni dan jadikan tempat menarik di johor bahru ini destinasi anda ya!🙂

2 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru – Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, Nusajaya

  1. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Istana Runtuh Kuala Danga : Menarik dari Sejarah Malaya Johor Bahru | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s