Tempat menarik di Cameron Highlands
Tempat menarik di Cameron Highland ini memang banyak, anda nak tempat yang “stylish” dan “exquisite” maka menginaplah di penginapan bertaraf 5 star spt Ye Old Smoke House dll. Nak merasai “jungle outdoor”? Datanglah ke Mossy Forest yang dipenuhi kabus dan lumut dll. Nak mandi air terjun yang sejuk macam air batu datanglah ke Lata Iskandar di kaki gunung Cameron dll.
1.Perpustakaan Awam Tanah Rata(Klik utk besar gambarfoto)
Inilah di antara tempat yang paling sesuai untuk mencari maklumat tempat-tempat menarik mengenai Cameron Highlands, latarbelakang dan sejarah Cameron Highlands. Bermacam makalah , buku, majalah, brosur brosur mengenai Cameron Highland terdapat di sini.
2.Ladang-ladang Teh Boh
Ladang teh Boh di Habu, Ringlet.
Ladang teh Boh di Sg Palas, Brinchang
Ladang teh Cameron Valley, Kuala Terla
Ladang teh Cameron Valley di Tanah Rata
3.Taman Rama-rama (Butterfly Garden) di Kea Farm, Brinchang
4.Muzium Time Tunnel, Brinchang
Unik dan menarik di samping membawa anda kembali ke nostalgia masa lampau terutamanya pada tahun-tahun 70-an dan 80-an. Terletak di tepi jalan berhampiran pekan Brinchang. Ianya merupakan mini muzeum yang mempamerkan beribu-ribu koleksi barangan keperluan harian semenjak berpuhan tahun yang lampau. Merangkumi koleksi jenama-jenama terkenal seperti Darkie, Lactogen, Dutch Baby, Dumex, Nespray, air botol Fanta, A&W dan ratusan lagi jenama.
5.Ladang Strawberry
Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata
Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), Brinchang
Taman Agro Tourism, Brinchang
6.Ladang Kea ( Kea Farm )
Menjual pelbagai sayur-sayuran hasil pertanian Cameron Highlands juga menjual pelbagai jenis-jenis buah-buahan yang tidak dijumpai di tempat lain seperti buah Cinta, Epal Cameron, jagung manis, jagung mutiara Cameron dan lain-lain lagi .Lokasinya di Brinchang berhampiran dengan Hotel Equatorial, Brinchang.
7.Ladang Lebah ( Bee Farm )
Produk lebah yang dihasilkan di ladang Brinchang,Cameron Highlands
8.Pasar Malam/ Pasar Sayur di Brinchang
Pasar di mana para petani menjual hasil sayur-sayuran ladang di sini (petang Jumaat dan petang Sabtu sahaja). Pelbagai buah-buahan hutan yang tidak pernah ditemui seperti buah cinta, buah sentul, epal cameron dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai jeruk seperti jeruk strawberry,jeruk tomato dan lain-lain
9.Perkampungan Orang Asli
Melihat rumah-rumah orang Asli di perkampungan orang asli
10.Air terjun Parit ( Parit Falls )
Boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki atau pun secara hiking. Terletak ke jalan menuju ke Boh Sungei Palas tetapi perlu belok ke kiri di mana anda akan melalui jalan tar dan jalan batu kerikil lebih kurang 7.7km ke dalam. Lebih sesuai untuk perjalanan berkumpulan dan menggunakan khidmat jurupandu arah atau pun tourist guide.
11.Air terjun Robinson ( Robinson Waterfalls )
Hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki. Terletak 2k m dari Pekan Tanah Rata. Perlu melalui Resort Century Pines dan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sini.
12.Central Market
Merupakan kedai persendirian yang menjual pelbagai jenis produk-produk Cameron Highlands yang popular seperti kerusi, air pancut,bunga-bungaan,teh,kraftangan, cenderahati dan lain-lain hiasan di dalam pasu. Lokasinya di tepi jalan dari Brinchang menuju ke Kea Farm.
13.Cactus Valley (Lembah Kaktus)
Lokasinya di Brinchang dan dikenakan bayaran RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Waktu operasi 8 pagi hingga 6 petang
14.Hutan Lumut ( Mossy forest ), Gunung Brinchang
Unik ,ganjil dan sentiasa berkabus, seolah-olah anda berada di alam lain yang hanya boleh dilihat di kaca televisyen atau filem-filem. Merupakan kawasan hutan yang kaya dengan lumut daripada lantai hutannnya hinggalah ke dahan-dahan pokok hutan yang diselaputi oleh lumut hijau.
15.Gunung Brinchang
Menjelajah kawasan pergunungan Cameron Highlands dan tumbuh-tumbuhan di kawasan Hutan Simpan Gunung Brinchang
16.Air Terjun Lata Iskandar
Tempat menarik berhampiran Cameron Highlands ni korang perlu pandu kereta melalui jalan lama iaitu Tapah-Cameron Highlands. Terletak betul-betul di tepi jalan besar. Sebelum sampai ke Ringlet jika melalui jalan lama Tapah.Terdapat juga gerai-gerai cenderamata dan kraftangan hasil seni budaya Orang Asli. Juga terdapat akar-akar herba hutan termasuk tongkat ali dalam bentuk asalnya.
17.Hutan Rekreasi Kuala Woh
Lokasinya lebih kurang 5km dari pekan Tapah dan 48km dari pekan Tanah Rata. Terdapat jeram dan air terjun di sini.
18.Rose Center (Pusat Bunga Ros)
Lokasi 3.5km dari pekan Brinchang, dan terletak di tepi jalan sahaja. Mempamerkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari spesis ros dan lain-lain produk bungaan yang tipikal bagi Cameron Highlands. Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak.
19.Empangan Ringlet,Empangan Sultan Haji Ahmad Shah
Empangan ini boleh dikatakan empangan yang antara tertua di Pahang dan menjadikannya salah satu tempat paling menarik di Cameron Highlands. Ia juga adalah empangan yang paling tinggi lokasinya di Malaysia, iaitu salah sebuah empangan yang terletak di atas Banjaran Titiwangsa.
Pingback: Tempat menarik di Cameron Highlands : Time tunnel Cameron Highlands | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: KHM Strawberry Cafe Farm | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Ladang Strawberry KHM di Tanah Rata | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Cameron Valley Outlet | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Cafe Boh Yang Klasik-Rahsia Kilang Boh Klasik Yang Perlu Korang Lawat | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Tempat menarik di Cameron Highlands : Boh Tea Cafe Ringlet | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Kilang Boh dan Lawatan | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Laluan Simpang Pulai | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
bagus2 1.6 saya k sane
LikeLike
Sume dah pergi…2 hari dh cukup cover semua….
LikeLike
agak2 bpe kos klo prg sume tmpt ni?kena ada jurupandu ke?
LikeLike
Thank you for sharing.. banyak tempat yg tak pernah pergi walaupun dah banyak kali ke Cameron.
LikeLike
Welcome, byk yang best lg kat Cameron Highlands ni dari Strawberry hingga ke puncak Gunung Belumut, -Mossy Forest–lantai hutan yang berlumut hijau…diselubungi kabus mcm Lord of the Ring 🙂 ahaks…
LikeLike
boleh laaaaa
LikeLike
Ok nanti g Cameron ya Nuru
LikeLike
CUTI2 MALAYSIA…
LikeLike
Pingback: Cameron Highlands : Tempat Yang Menarik : Big Red Strawberry Farm / Taman Agro Tourism | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
Pingback: Cameron Highlands : Tempat Yang Menarik : Ladang Boh dan Cafe Tea shop, Ringlet | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti
informasi yang bagus utk rakyat malaysia
LikeLike
Thank you Mr Sahrizal..next boleh la gi ke Cameron Highlands ya!
On 30 September 2015 at 15:54, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:
>
LikeLike
Thank you bro…ahaksss
LikeLike
Saya tk tau komen pa. Tpi nk buat kwsan knerang mcm cameron highland. Adalah bndar yg menarik. Tpi kwsan kt kedah..mcm2. Tpi bla orng yg luar msuk tgk tempat2 sngguh indah. Hti tenang tgk bndar2. Rasa nyaman. Kami rakyat mlaysia. Berdoa. Supaya tiada lgi fitnah mcm2 mksudnya kedai2 yg tiada permit..bertindak cra baik. Sblum rakyat mlaysia aman dan kselamatan di dunia nie. Tiada lagi tomahan yg bruk ke atAs beribu2 rakyat mlaysia. Saya nk sruh bertindak ke atas rmh sewA tu ok segalanya. Tpi dh ada yg tipu. Duit sewa rmh. Snggup hlau saya dri kwsan rmh sewa. Mksudnya. Ada orng mlaysia dh trkena dgn segalanya. Smua kwsan rmh tmn sri knangan tkut nk kluar rmh. Ada orng ikut ajaran sesat. Trikut segala mkanan. A
LikeLike
..sampahh…buat la karangan yang cerdikk sikit…
..
LikeLike
bod0 buat ayat pun xtau
LikeLike
Maafkanlah dia..dia budak baru belajar
LikeLike
Cantiknya
https://polldaddy.com/js/rating/rating.js
https://polldaddy.com/js/rating/rating.js
LikeLike