Tempat makan best kat Johor Bahru : Lebih 12 Tempat Kena Tahu!

Tempat makan best kat Johor Bahru : Lebih 12 Tempat Kena Tahu!Tempat makan best di Johor Bahru : Medan Selera Tepian Tebrau tak jauh dari Thistle Hotel JB

Tempat makan yang best, kat Johor Bahru banyak.. kalau korang bercuti ke sini, berlibur atau berhibur ke taman tema di sekitar macam Legoland Nusajaya dan Hello Kitty Park yg cuma 40 minit dari bandaray Johor Bahru, pastikan korang masukkan senarai tempat-tempat makan di bawah ke dalam destinasi makan-makan, jalan-jalan korang ye.. 🙂

Memang tak sah kalau makan angin atau jalan-jalan cuti-cuti tak disertakan dengan tempat makan best.  Nak-nak jika anda bercuti di Legoland Nusajaya pada siang harinya, di malamnya pula anda ingin bawa keluarga jalan-jalan cari makan kan? Ok di sini kami akan senaraikan tempat makan best yang terdapat di JB dan Nusajaya ya:

Restoran Damai Seafood  -BUNGKUS DAH… di Kampung Danga (bersebelahan Taman Perling 8km dari Tmn Bukit Indah (Dillenia Homestay) ), sebelah Lebuhraya Pesisir Pantai -diusahakan oleh Penghulu Danga ((8km dari   Pusat Bandar  Taman Bukit Indah))

Restoran Din BBQ, BUNGKUS DAH…aneka makanan laut yang di grill dan BBQ, di samping menu-menu lain spt mee dan nasi di Taman Nusa Bestari/Taman Bukit Indah Lokasinya di area Kedai/Pejabat Belakang Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah (5 min pandu dari Dillenia Homestay) – Tempat makan best ini, ketika ini penulis dapati dah ditutup…

Restoran Ayam Penyet House– ( AWAS : Janga Datang! pasal dah ditutup ,depan dengan Restoran Din BBQ, Tmn Nusa Bestari, Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah (5 min pandu dari Dillenia Homestay)

-Malay Village Restaurant (lokasi Bukit Indah ini ditutup sekarang)di Taman Nusa Bestari, menghala ke Sutera Mall, restoran dua tingkat berhawa dingin, dengan Interior ala cafe, cantik dan very comfortable dining experience (10 min pandu dari Dillenia Homestay, Pusat Bandar Taman Bukit Indah) —kini telah ditutup dan operasinya berpindah ke lokasi di bawah

-Malay Village Restaurant – Jalan Kolam Air, berhampiran English      College JB dan juga Masjid Kolam Air, bawah Taman Nong Chik, Johor Bahru. 500m jauhnya dari Medan Selera Tepian Tebrau.(lokasi baru)

Kerisek dan Koffie -sebuah kedai makan yang agak hips juga , dengan Interior yang agak menarik perhatian. Cool ambient. Telah berpindah ke alamat baru di No 4, Jalan Camar 1, Taman Perling, Johor  menghidangkan menu sarapan pagi, tengahari dan menu petang.

ZZ Sup Tulang – Sup Tulang Gearbox dan Mee Rebus Tulang Gear Box

Onn Kitchen Cafe/Warung, di Jalan Tarom, Johor Bahru – Interior hipster dan makanan yang sedap

Pondok Santapan – Menu warisan Johor , sarapan dan tengahari

Medan Selera Plaza Sentral,sebelah Terminal Bas Larkin, JB

Mat Corner Nasi Ambang, Medan Selera BBU ( Bandar Baru Uda), Johor Bahru.
Terletak di dalam Medan Selera di Taman Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Khusus otentik Nasi Ambang Johor sahaja. Alamat : Off Jalan Padi Mahsuri (setentang SMK Bandar Baru Uda), Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Lazat  Steak House ( AWAS : Jangan Datang! pasal dah ditutup ! ) Terletak di Bandar Baru Uda, bersebelahan Plaza Angsana , deretan kedai di belakang gedung kain Jakel  (bangunan kedai-kedai pejabat baru juga berdepankan lebuhraya Skudai hala ke bandar JB) – Aneka steak dan Western menu, specially on Western Steak house!! So, bagi korang yang nak cari kedai makan western di JB marilah ke sini( boleh meleleh air liur dibuatnya ahakks..  🙂

Kangkong Steambot, ( ( AWAS : Janga Datang! pasal dah bungkus sekarang ) Berlokasi di Taman Nusa Bestari (belakang Restoran Habib  mamak)-diusahakan oleh Cina Muslim (5 min pandu dari Dillenia Homestay, Pusat Bandar Taman Bukit Indah)

 

Restoran Nasi Padang Kintamani ( ( AWAS : Janga Datang! pasal da bangkrap sekarang ) Jalan Indah 15/3, Taman Bukit Indah – Kompleks Kedai/Pejabat di sekitar Jaya Jusco Aeon Taman Bukit Indah (belakang Public bank dan sebelahan denga Mc Donald Pusat Bandar Tmn Bukit Indah ) -harga boleh tahan -rasa..malas nak cakap. (Ditutup untuk Renovasi atau...)

Restoran Dapur Indah, Jalan Indah 15/3, Taman Bukit Indah – juga terletak bersebelahan kompleks Kedai/Pejabat di sekitar Jaya Jusco Aeon Bandar Bukit Indah (belakang Public Bank dan sederet dengan Mc Donald Pusat Bandar Tmn Bukit Indah ) Tempat makan ini pada paginya meyediakan menu sarapan dan pada petang-malamnya menyediakan makan ala tomyam [ berlainan pengusaha pagi dan petang/malam ]

Restoran Habib (India Muslim / Mamak GRED A ) , Taman Nusa Bestari, berdepan  Tesco Bandar Taman Bukit Indah (5 min pandu dari Dillenia Homestay , Pusat Bandar Taman Bukit Indah)

Restoran Osman, Bandar Taman Bukit Indah (India Muslim GRED C) – berhampiran Tangki Air Bukit Indah, menghala ke exit Legoland-Kota Iskandar, Lebuhraya Pesisir Pantai – 500m dari simpang 4  lampu isyarat depan Jusco Aeon Bandar Bukit Indah

Restoran Hamid, Bandar Taman Bukit Indah (India Muslim GRED C) – berhadapan simpang 4  lampu isyarat ke Hospital Asia Columbia, Bandar Taman Bukit Indah

Restoran Tomyam Zaiton Indah ( berdepan seberang Jalan dari Restoran Habib , Pusat Bandar Taman Bukit Indah) Tomyam terbaik, kalau tak antara terbaik di Nusajaya, tapi terbaik di Nusajaya/Iskandar Puteri

Seventees Cafe, TUTUP DA…Jalan Indah 16/12, Bandar Bukit Indah ( 10 minit pandu dari Legoland / sebelah Restoran Nabiha dan Zaiton Indah ), makanan Western dan goreng-goreng.

Medan Selera Tepian Tebrau di Jalan Tengku Puteri atau nama lama jalan ni Jalan Straits View. Terdapat lebih 40 gerai-gerai di dalam medan selera ini. Terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yg juga bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.

Medan Selera Stulang Laut di Jalan Stulang Laut (bersebelahan jer dengan Shopping COmplex Zon Bebas Cukai)

Medan Selera Jalan Sg Chat – MBJB ARAH  TUTUP- berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru (Murtabak Singapura RM8.00 sekeping tapi tebal dan banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya)

Senibong Sea Food – lokasinya sebenar jauh sedikit dari pusat bandar JB dan perlu melalui Lebuhraya EDL 6 lorong (Lebuhraya bertingkat spt MRR2 ) dan masuk melalui exit Permas/Permas Jaya. Seterusnya pandu hingga sampai ke Persimpangan Traffic Light di hadapan Jaya Jusco Permas , di sini ambil belokan ke kanan.Di sini terdapat 3-4 buah restoran makanan laut di atas pinggir laut antaranya ialah Restoran 6 Corner, Gerai Permata Senibong dan lain-lain lagi. Pemandangan cantik, terutama di waktu malam , sambil makan dapat menikmati lampu-lampu malam nun jauh di seberang laut , Pulau Singapura dan Sembawang.

Gerai Glamour Sea Food di Permas Jaya (Flat Perumahan selepas Jambatan Permas, Johor Bahru) – apa yang aku boleh katakan ialah – Harganya memang Fuyooh-terbaikkk, masakannya pun sedapppp!! 🙂

Food Court di Plaza Sentral, Larkin bersebelahan dengan Terminal Bas Larkin

Kapten Steamboat di Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6) berhampiran Jabatan Pelajaran Johor. Ada yang tulis sebagai Captain Steambot atau capten stimbot atau kapten stimbot atau kaptain stimbot tapi yang pentingnya ia merujuk pada tempat yang satu kat Johor Bahru ni.

Restoran Singgah Selalu ( AWAS : happening, tapi dah ditutup semenjak 2017) di Jalan Kolam Air (berdepan dengan Danga Bay / Danga Bay Fun Fair Park tetapi di seberang jalan-juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene, agak ‘happening’ dibuka 24jam, sesuai untuk lepak-lepak , juga terdapat ‘shisha’ di sini)

-Restoran Dayang di Jalan Kolam Air, iaitu juga di dalam kawasan Rekreasi Taman Tasik Merdeka (berdekatan RTM Johor Bahru) Agak santai makan-makan di sini sambil melihat-lihat para pengunjung Tasik Merdeka berjoging di sini..Ahaks.. 🙂

Kilang Bateri ( outlet-outlet jualan pelbagai dan medan selera di dalam kilang diubahsuai ), terletak di taman Damansara Aliff, Johor Bahru

Medan Selera The Galleria (The Food Court Galleria) , di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. berdepan dengan Kuil Hindu bandaraya Johor Bahru

Medan Selera Lotun Van ( Steamboat Cucuk )kini dipindah ke Tampoi ( berdekatan Plaza Angsana, belakang Bangunan Jabatan Hasil), (dulu di  Dataran Bandaraya) (Van-van lotun yang menyediakan meja dan kerusi untuk pelanggan di kawasan tempat letak kereta)

Medan Selera Plaza Angsana, Tampoi, Johor Bahru (Aras Ground)

Medan Selera Arena, Aeon Mall,di pusat Bandar Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Medan Selera Tesco, di pusat  Bandar Taman Bukit Indah

Restoran Najwa Wangsa, Bandar Taman Bukit Indah, Johor Bahru (Di Jalan Indah 5/3, sebelah Petronas Jalan Indah 5/3) -masakan Tomyam Thai spt Nasi Padprik  dll ( juga dikenalai sebagai restoran ‘gelap’ )

Restoran Mak Engku and Catering, Taman Bukit Indah, Nusajaya. ( Menu masakan Melayu tengahari yg terbaik di Nusajaya -Legoland )

Gerai Rasa-rasa Johor, terletak di Jalan Abdul Samad ( kawasan perumahan kampung  / lot di tengah bandar JB)

-Restoran Terapung Pendas, “Seafood” di muara Sungai Pendas : Restoran Tanjung Nelayan dan Restoran Terapung Pendas yang terletak di muara Sungai Pendas (di Kg Pendas). Pemandangan di sini juga menarik kerana berada di muara Sg Pendas, berserta latar belakang pokok-pokok bakau. Juga muara ni berhadapan dengan Selat Johor yang di seberangnya ialah negara Singapura. Jarak ialah 25km daripada Legoland Nusajaya. (28.5km dari Bandar Taman Bukit Indah)

Restoran LC Catering – menyediakan resipi ayam penyet dan lain-lain menu tempatan, betul-betul tepi Lebuhraya Tebrau menuju ke Johor Jaya. (12km dari Bandar Taman Bukit Indah)

Restoran Seri Bayu Perdana , Jalan Susur Larkin Perdana 2 , Larkin, Johor Bahru. -menyediakan lebih daripada 40 jenis aneka lauk-pauk masakan Melayu . Pernah ditemuramah oleh Jalan-jalan Cari Makan – hos Tengku Maria  dalam slot mereka dan juga dikunjungi artis-artis terkenal tanah air termasukalah Amy Search, Siti Nur Haliza, Alleycats, Jalil Hamid, dan lain-lain artis . Masakannya memang sedap dan kelas gituuu…

Medan Selera Sentosa di Taman Sentosa, Johor Bahru – sepanjang jalan sepanjang pasaraya The Store Taman Sentosa. Jarak 7km dari pusata bandaraya J.B.

 Chaiwala Cafe, Kontena Cafe,

Warung Saga, Jalan Mahmoodiah

RNZ Cafe, Bandar Baru Uda

Tempat makan Legoland Malaysia-Homestay Legoland MalaysiaRestoran Dapur Indah di Taman Bukit Indah berdekatan Dillenia Homestay

Tempat makan best di Johor Bahru Tempat makan best di Johor Bahru Tempat makan best di Johor Bahru

Tempat makan di Johor BahruAntara deretan Kedai makan di sepanjang Jalan Stulang Laut

Tempat makan di Johor Bahru

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Medan Selera Stulang Laut bersebelahan Kompleks Zon Bebas Cukai

tempat-makan-legoland

Restoran Din BBQ, Taman Nusa Bestari, Depan Tesco
Bandar Taman Bukit Indahtempat-makan-legoland

Restoran Ayam Penyet House, Taman Nusa Bestari, Depan Tesco
Bandar Taman Bukit Indah

tempat-makan-legoland

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Tanjung Nelayantempat-makan-legoland

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Tanjung Nelayan tempat-makan-legolandRestoran Seafood di muara Sg Pendas :Restoran Terapung Pendas

Foto bawah :Wadihana Islamic Steak House , Rib Steak Yg Lembut, Tender and Juicy..

Wadihana Islamic Steak House Johor Bahru

Gambar Bawah : Wadihana Islamic Steak House Johor Bahru

Wadihana Islamic Steak House Johor Bahru

Save

Save

Save

Save

Save

149 thoughts on “Tempat makan best kat Johor Bahru : Lebih 12 Tempat Kena Tahu!

    • cuba di Arash station café – bandar baru kangkar pulai, tulang merah nya berbagai mengikut selera pelanggan – ada gear box kambing, chuck bone, ekorpun diaorang boleh kasi merah……rasa macam kt singapura la…..western pun ada gak…cubala lamb chop rasa daging kambing memang soooon………….. gila. thai food style dia orang memang ada different ngan tomyam yang sedia ada. sup tulang ekor n gearbox yang terbaik beb………………..

      Like

      • Good info, dah lama tak makan sup tulang merah macam kat Singapura tu…nak cubalah kat Arash Station Cafe, selalu lalu depan kedai tu bila nak ke Pontian…one of these day mesti ke sana juga..tunggu…

        Like

        • Senang jer nak ke Arash Station ni, dari Skudai menghala ke Pontian, anda akan lalu trafic light Tmn Pulai Utama, trafic light Taman Sri Pulai Perdana, Traffic light Taman Pulai Jaya /Taman Pulai Utama, dan kemudian traffic light Bandar Baru Kangkar Pulai, kat traffic light tu ada kedai-kedai sebelah kanan jalan, kalau stop kat situ dah boleh nampak Arash..

          Like

  1. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru – Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Salam Tuan/Puan

    Mee Bandung Kuah Kacang ‘Odeon’ Batu Pahat (Famous Sejak 1960an)

    Kini di Taman Universiti, Skudai

    Stall Elias @ Restoran Lubuk Selera
    105 Jln Pulai 7
    (Sebelah Pintu Gerbang Nak Ke Giant UMall Taman Universiti, Skudai)

    Biasa RM5 makan/bungkus
    Special RM6 makan/bungkus – Letak Sotong Kembang

    Pilihan citarasa – Ori atau Pedas

    Waktu operasi – Khamis hingga Selasa. 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu

    Sebarang pertanyaan Talipon/sms 012 7474039 (Elias)

    P/s- Kalau nak datang dari luar Taman U, harap call/sms dulu coz takut saya cuti kecemasan atau mee bdg dah abis awal

    Like

  3. Cuba ke @booya cafe terletak di taman sri pulai perdana, jb pelbagai menu ada dari western, stimbot, masakan panas dan lain2 lg.

    Like

      • Yup danial1, untuk ke booya cafe jalan yang menghala ke pontian,slepas petronas belok ke kiri di belakang pekan francais lokasi booya cafe kedainya berwarna hijau putih, saya sertakan alamatya skali no 24, jalan pulai perdana12, skudai jb.buka pada jam 3ptg dan tutup pada setiap ahad…….cubalah, western food dier terbaik, semuanya homemade…

        Like

  4. Agak baru saya di JB nih. Tp melalui beberapa blog dan teman teman beberapa tpt mkn telah menjadi kewajipan ketika berkunjung Jb. Soto Mat Misai breakfast, asam pedas Desa Rahmat Lunch & Mee Rebus Wahid, Kacang Pool Haji or Murtabak Majidee sebagai tapau bawa balik ke N Sembilan.
    Then di Air Hitam singgah lagi tapau putu bambu dkt traffic light tu…..

    Like

  5. Pingback: Homestay di sekitar Legoland Malaysia ?Atau homestay dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • OK, bagus. Kalau korang semua ada tempat makan yg best-best boleh lag bg tau saya ya, nanti sy masukkan ke dalam blog ni.Tapi saya akan test dulu sedap atau tak ..ahakkss 🙂

      Like

    • klu kota tinggi..restoran anjung kota gemerlapan..jln bypass..dkt ngan sg..tp dia bkk ptg ke mlm..tmpt yg menarik..ade karok lg..

      Like

    • Salam selamat hari raya Aidil Adha , ada sesapa nak kongsi tempat makan sekitar Mutiara Hotel JB?

      Komen J2c2: dalam 500m menghala ke arah Jln Tebrau ada Restoran LC catering-nasi ayam penyet dan juga ada menu Western. Juga blh cari dalam Search wordpress blog J2c2 ni ye, juga berdekatan LC Restoran , iaitu depan Kompleks Sentosa ada Medan Makan Tmn Sentosa(buka malam)

      Like

  6. Salam semua. Saya boss Ayam penyet house. Saya ade tukang masak dari perak. Berpuluh tahun pengalaman. Menu seperti asam pedas claypot, tomyam. Juge ade bakar bakar. Ayam kampung bakar penyet pun ade. Dah banyak perubahan sejak saya ambil alih pada mei 2013

    Like

    • Assalamualikum En Zan,

      Kami bercadang untuk buat review berkaitan makanan dan menu yang dihidangkan di restoran Ayam Penyet House tuan, adakah En Zan menerima para blogger untuk mencuba menu2 dan memaparkan nya di laman atau FB kami? Jika setuju kami akan merancang masa unutk membawa Krew Jalan2cuti2 ke restoran tuan di Nusa Bestari ya?

      Like

  7. Sup tulang merah di Arash Station Café, Tomyam di sini pun kick jugak, mee goring mamak memang real, banyak lagi sup ala melayu yang pekat terasa beb………………cuba lah rasa selera aku memang kena

    Like

  8. Try restoran ayam penyet di Setia Tropika , Johor Bahru…sedap dan konsepnya agak menarik. Nama kedai Penyet World Express. Cheers

    Like

  9. Try test tengok Restoran Ayam Penyet di Setia Tropika Johor Bahru . Rasanya sedap and konsepnya agak menarik..something different! Nama Restoran Penyet World Express

    Like

  10. Malay Village kat Nuasa Bestari bukan dah tutup ke??? Sebab hari tu lalu… Mcm dah tak meniaga… Tapi tak pasti kalau hari saya lalu tu mmg tutup 1 hari…

    Like

  11. Pingback: Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  12. Alang2 dah di Johor, seberang je ke Singapura. Rojak India, mee goreng, tulang merah apa 2 lah, semua tak boleh angkat..

    Like

    • Ok, terima kasih pembaca blog Soerati, Restoran Bayu Perdana ni buat pengetahuan korang semua, terletak di Larkin Perdana, cuma 1km jer dari Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus) .Stadium kontroversi perlawanan bola antara JDT dengan T-Team hari tu..huuhuu. Bagi korang yang datang dari luar Johor nak tengok bola apa kata korang datang ke Seri Bayu Perdana jalan-jalan cari makan. Tengahari punya menu tak kurang dari 30 jenis lauk-pauk ada kat sini!! 🙂

      Rating Tempat Makan J2C2 : Best !

      Like

  13. tanpa nama : nasi beryani hyderabad kat kempas tu…dkt dlm dewan TNB kempas.. klu nk pergi..lokasinya mesti jumpa sek agama kempas…bdepan dgn sek agama kempas tu…kira2 dlm 200m akn nmpk dewan tnb…masuk jer…waktunya x silap dr pkl 10am hingga 4.00ptg shj.tq

    Like

  14. kampung melayu majidee : abc depan pejabat pos..murtabak depan masjid, nasi campur sebelah kedai taya falken
    taman molek berdekatan petronas : rojak keropok lekor
    zz : mee rebus tulang
    kantin hospital ultanah aminah : pelbagai juadah
    air kathira abu bakarrrrrrr

    Like

  15. Pisang goreng paling sedap dekat depan Chop Ah Lek, Jalan Simbang, Taman Perling. Ade satu brand kicap pedas ni memang sedap kalau makan ngan goreng pisang. Brand ENAQ.

    Like

  16. Jgn lupa murtabak di jln sungai chat, kacang pool di medan selera larkin bomba & mee bandung muar kt kg melayu blkng pam minak petron

    Like

  17. Boleh try makan nasi padang di restoran mesra nasi padang di uda business centre. Chef dari padang n gerenti best!:)

    Like

  18. 1. Bubur nasi no 1. dekat sentosa.dekat2 dengan The Store.
    2. ABC paling sedap dekat larkin bomba. dekat kg melayu pun ada.

    Like

    • Ya betul tu, memang famous depan Taman Sentosa JB, jalan uatama berdepan dengan The Store Shopping, Kg Melayu dengan Bomba pun dalam 5km jaraknya tuhh.

      Like

  19. saya nak cari restoran yang ada masakan sepat bukhari (sejenis masakan diraja sumba), semua bahan-bahannya dibakar(ikan, bawang, lada, terung,limau kemudian dimasukkan kedalam kuah khasnya..sekali rasa….sedapnay tak pernah lupa.., kat kl saya pernah jumpa…..kat johor ada tak?

    Like

  20. Kalau rasa nak makan mee rebus power gila g lah ker majidi berhampiran pam minyak petron kalau tak silap…kat situ ada sign board mee rebus muar…..semangkok rm10 tapi memang bebaloi baloi ,udang dia banak n besar2

    Like

  21. Kalau anda ingin makan satey paling sedap n besar datang lah ker pasir gudang berhadapan restoren rezz ….makcik n pakcik tu sampai tak cukup tangan betapa banyak org oder setiap malam…….secucuk 0.70 memang sedap….cuba lah

    Like

  22. kat restoran dapur indah ade pelbagai sarapan mkn tgh hr dn mkn ptg@mlm..soto merebus lontong pelbagai jenis mee goreng,,lbh dr 25 jenis lauk dan masakan panas..tk lp jg mee celup..

    Like

  23. cuba lah sarapan di area larkin, blkg dewan raya larkin(seberang perpustakaan larkin). restoran tu bersebelahan dengan tadika caliph. Macam2 ada sarapan disitu.. cuba lah sarapan juga nasi rawan di jalan tapah, kedai dia betul2 kat corner jalan tapah. area dekat dengan taman suria…

    Like

    • W’salam , msh ada lagi , baru direnovate oleh pemiliknya . Dari Taman Bukit Indah, Johor Bahru cari Kg Danga, iaitu juga jalan menuju ke Taman Laguna. Di sebelah kiri Lebuhraya Pesisir .Sebelum jamabatan Sungai Danga yang juga menghala ke Danga Bay (2km sebelum Danga Bay)

      Like

  24. Hi …kalau baca blog saya bolih tambah lagi list tu sbb blog saya ada review macam2 restoren di JB.
    saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse tapi branch Johor Bahru di http://www.blogmakanbest.blogspot.com
    Senang2 tu singgah le yer….blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak…

    Like

  25. Pingback: Makan Express Sg Website Food Menu | Masakan Indonesia

  26. Salam..

    Jika berkelapangan, sila singgah di Gerai 5, Ateh Corner Jalan Kebangsaan 29 di Medan selera Taman Universiti, Skudai Johor.

    Kami menyediakan pelbagai menu western, ala carte, dessert & minuman.

    T. Kasih

    Like

  27. Terdapat satu gerai Mee Bandung sangat lazat dan mempunyai citarasa Mee Bandung tradisional. (daging+seafood+bayam+dll) lokasi di kampun ulu pulai jalan gelang patah – pontian. jika melalui jalan ulu choh – gelang patah (jalan yang bengkang bengkok best drift) akan jumpa setia eco garden dan akan jumpa trafic light berhampiran sekolah memandu. belok kanan di persimpangan trafic light tersebut dan akan jumpa kedai menjual bahan binaan terpakai. jalan lurus dan akan naik jambatan kecil. dari jambatan sudah boleh nampak gerai menjual mee bandung dan belok masuk lorong di sebelah kiri untuk tiba di gerai tersebut. harga sangat berpatutan (harga dalam kampung). juga menyediakan masakan lain seperti mee goreng dan nasi goreng yang bercitarasa melayu dan tidak dipengaruhi unsur siam dan mamak. kuah “sedang elok” tak pekat tak cair. kepada yang tak boleh makan pedas boleh minta adjust tingkat kepedasannya dan ini tidak mengubah citarasa mee bandung tersebut. (yang biasa pun tak pedas sangat). waktu menunggu juga tidak lama. lada jeruk disediakan berkoyan-koyan dan suka hati la nak bubuh banyak manapun.

    Like

    • Makan best sedap Mee Bandung Kg Ulu Pulai Jalan Gelang Patah – Pontian. Fuhh!! dengar komen Makanayambiru pun dah meleleh air liur penulis dibuat. Next , dalam list Jalan2Cuti Meebandung , Krew J2C2 next on list!!Mari2 kita pergi

      Like

  28. Akan menginap di Renaissance JB minggu hadapan.. Boleh cadangkan tempat makan2 yang menarik dan sesuai utk family.. serta tempat yang terdekat utk dilawati.. terima kasih..

    Like

  29. Pingback: 11 Tempat Makan Paling Sedap Di Johor Bahru

  30. cuba la plak Mee Udang kat Kg. Tiram Duku, Gelang Patah…. atau nasi goreng udang ngan udang masak black pepper… perghhh….nampak bodoh je macam takde rencah ape ape… tapi bila dah start makan…hmm…mmg tak ingat orang seblah laa…cheap n excellent..!!!… chef recommended….

    Like

  31. Assalam.. Saya akan stay di hotel thistle mnggu depan.. Tempat2 yang diberitahu ni semua memang dekat2 ke dgn hotel thistle ni ek?

    Like

    • W’salam, yup dekat dalam 20-30 minit itu yang paling jauh macam Senibong seafood di Kg Senibong (dekat Permas), yang paling dekat dgn Thistle ialah Medan Selera Tepian Tebrau dan Lotun Van di Dataran Meredeka (ni boleh jalan kaki jer dari Thistle)

      Like

    • En Zul..

      If warung yg dimaksudkan ade di area Jalan Kebudayaan 29, Taman Universiti, Skudai. ATEH CORNER. Sederet tu mmg gerai under MBJBT. Siap ade toilet… salah satu gerai kosong digazetkan sementara menjadi surau. Untuk kemudahan crew/staf warung .. dan juga customers.

      Like

  32. assalam. nak minta tolong recommend tempat makan utk sarapan sebelum masuk ke Legoland. sy akan bertolak esok 4.30 pg dr selangor. sy akan exit di Gelang Patah. nak bagi anak2 makan berat sebelum masuk ke Legoland. harap ada yang boleh bantu. sy prefer tempat makan tu berada dlm perjalanan dr exit Gelang Patah ke Legoland & mudah dijumpai. terima kasih banyak2.

    Like

  33. minta tolong jasa baik kawan2 promote shisha kami . mari Cuba shisha ditempat kami . Antara shisha terbaik do kulai , lokasi kami di alamat 37 jln pinang taman kota kulai , kulai johor . restoran zamzam .

    Like

  34. tambahan tempat mkn sedap n best kat jb. hiihhihii..
    1) Restoran Rahmat – lokasi : kg pasir putih, pasir gudang – signature dish : ikan siakap goreng garing ngan sisik skali (mmg terangkat abis!) – waktu operasi : 10 pg – 3 ptg (tutup hari jumaat)
    2) Pisang Goreng Mawar – lokasi : sederet ngan English College n hotel thistle / berhadapan dengan bahagian belakang dataran JB – signature dish : opkos lor pisang grg. kdg ade nasi ambeng n kueh muih. tahu sumbat dia pon sedap. – waktu operasi : 11 pg – 7 mlm (x sure tutup hari ape)
    3) Gerai Makan Comel – lokasi : berdekatan ngan parit bunian, pontian. belah kiri jalan ke tanjung piai. lokasi kedai betul2 bersebelahan tempat org turunkan hasil laut. – signature dish : mi bandung udang extra special (kena selak udang bru jmpa mi. yang ni pon terangkat abis kalau mkn) – waktu operasi : (x sure tp slalu g mlm / ahad tutup kot)
    4) Soto Perdana – lokasi : skudai kiri (di lorong antara kedai motor honda n kedai motor kawasaki) – signature dish : pelbagai soto (ayam dia yg lembut n kuah sup sedap gila. tido mlm pasti termimpi2) – waktu operasi : 7 pg hingga 11 pg (tutup hari isnin)

    Like

  35. tertinggal 1. hihihi
    5) kedai makan Po-Po – Lokasi : stulang laut – signature dish : nasi goreng kuali leper n seafood (fresh)

    Like

  36. assalamualaikum…saya ingin menawarkan servise periklan….mulut ke mulut….periklan ini amat berkesan..dari iklan biasa…perbayaran die custamer dtg baru servise 2 bayar…anda tahu servise 2…anda fhm?..klw tidak fhm…sy boleh explainkan…contact sy 0134749086..dan juga saya mencari rakan niaga untuk menjalankan biniz ini

    Like

  37. Kalau orang jb nak makan yg sama standard PUTU BAMBU JURIAH AYER HITAM, boleh ke gerai PUTU BAMBU PA’DIN di depan maybank tmn universiti jb,…mmg oseeemmmmmmm….xperlu beratur panjang.
    Dialu2kan coba yer…..

    Like

    • Good info Syar..! thumbs up..ok kalau siapa nak cari makan sedap putu bamboo kat JB meh le kita datang ke Gerai PUTU BAMBU PA’DIN depan Maybank Taman Universiti, JB ye!

      Like

  38. Saya nak recommend Nasi Ayam SALAI adalah yang terbaik dan satu-satunya di JOHOR. Nasi Ayam Salai ala chinese style ini beroperasi di Restoran D’Harmoni, No 30, Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti. Bersebelahan dengan Kedai Ai-Ikhsan. Waktu dibuka dari jam 10:30 pagi hingga 4:00 petang. Kebiasaanya habis sekitar jam 2:00 petang. Jadi siapa cepat dia dapat laa…

    Like

    • Good Info! Nasi Ayam Salai Taman Universiti, nasi best dan pastinya bertambah best dengan service staff kedai yang ramah mesra . Meh kita cuba try rasa Nasi Ayam Salai!

      2015-05-16 2:25 GMT+08:00 Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti :

      >

      Like

  39. mase cuti sek minggu lepas saya bawa family saya makan kacang pool at larkin bomba kacang pool memang sedap tapi saya puas hati dengan layanannye sebab pembantu di gerai kacang pool kurang ajar sangat sebab saya minta tisu dia kata da abis saya cakap macam mane boleh abis dia cakap minta kat gerai lainn boleh ke macam tu sedangkan saya n famly cuma makan kacang pool saje x cukup dengan itu saya di marah lagi xde kesopanan

    Like

    • Admin tumpang sedih dengan peristiwa pembantu gerai kacang pool berdekatan Larkin Bomba tu. Diharap taukeh atau tuanpunya KEDAI KACANG POOL BOMBA LARKIN ambil perhatian. Kebanyakan insiden Pembantu Gerai kurang sopan ni berlaku kerana BOSS tiada di kedai.

      Like

  40. Assalamualaikum. Mana yg belum try kat Der’ Cabin Bistro. Ada 2 lokasi. Mehlah try. Kebanyakkan makanan yg ada kat sini, more to Western lah. Kalau yg kaki shisha, kat sini pun ada. Masatu aku makan 3 org dlm RM 70 something. Service dia baik. Bebudak remaja. Kadang staff dia bila ada event pape, akan buat perform. Ada yg dance and berbusking. Hihi. Then, hari Selasa, Ladies Night. Jangan fikir lain, Ladies Night tu, kiranya akan ada Free untuk menu yg dia bagi. Taksilap, Dessert. Only ladies. Hehehe. Masatu dessert habis, so aku takdapat ler nak merasa.
    Lokasi: Pptd 78617, Jln Kempas Baru, 81200 Johor Bahru. Operation hour during Ramadhan, 6:00pm-1:30am.
    (Berdekatan Hospital Permai Kempas)

    Lokasi: Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. Operation hour during Ramadhan, 6:00pm-1.30am.
    (Berdekatan Today Market)

    Like

    • Tu dia satu lagi tempat makan kat Johor Bahru : Der’ Cabin Bistro, so kalau nak rate tempat makan ni benar-benar best meh le kita ke Der’ Cabin Bistro berdekatan Hospital Permai Kempas, Johor Bahru . For ladies don’t miss Ladies Night. hari Selasa , ingat ye, jangan lupa, masukkan dalam Google Calendar Android anda!! Ada menu FREE! Kasi perabis Dessert tu !! 🙂 Ahaksss

      2015-06-21 2:46 GMT+08:00 Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti :

      >

      Like

  41. selera family saya
    1. makan malam di Foodcourt Giant Taman Suria
    harga memang murah. Rasa memang terbaik.. kerapu 3 rasa + 3 ekor puyuh goreng + kailan belacan + 2 mgkuk sup
    daging + telur bungkus + nasi 7 pinggan = RM64. Unbelievable.

    2. Restoran Sedap Gila kat Jalan Tampoi (dekat2 kg ubi). Must try asam pedas kepala ikan dan mi bandung. Laici Kang dan
    Kelapa Laut…fuyoo. Harga pun x mahal.

    Like

  42. Pingback: Menarik di Johor : Johor Air Carnival, Dataran Kota Iskandar | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  43. Pingback: Menarik di Johor : Meh kita HARI NI ke “Johor Air Carnival” , Nusajaya 9-11 October 2015 | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  44. Salam. Saya pn dh beberapa kali dinner di der cabin ni tapi baru jer upload gambar2 dlm blog saya. Senang2 tu singgah la yer di http://www.blogmakanbest.blogspot.com sebab ade banyak lagi entries pasal tempat2 makan menarik di seluruh malaysia terutama sekali JOHOR.
    Blog saya ni takde citer lain kecuali makan, makan dan makan hihihi…kalau sudi tu follow la yer TQ bebanyak

    Like

  45. Pingback: Guesthouse Homestay near Legoland Malaysia, NUsajaya-Johor Bahru

  46. Pingback: 11 Tempat Makan Paling Sedap Di Johor Bahru - Wanista.com

  47. Pingback: Salam Maal Hijrah, Tahun Baru Islam dan selamat datang ke tempat menarik di Johor | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe