Tempat Menarik di Johor Bahru – Mall of Medini, Nusajaya

Tempat Menarik di Johor Bahru – Mall of Medini

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tempat menarik kat Johor Baru ni iaitu Medini Mall ni sebenanya lebih merupakan mall yang menyediakan kemudahan food and beverage (F&B) untuk para pengunjung yang datang ke Legoland. Lokasinya cuma bersebelahan sajer dengan Legoland Malaysia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bagi anda yang akan memasuki taman tema Legoland, mall ini bersambungan terus dengan pintu masuk bertiket di taman tema Legoland jadi ambil peluang makan dan minuman sambil menikmati keindahan senirekabentuk mall ni sebelum masuk ke dalam “Tanah Lego” kat dalam sana ya!

ok, apa yang ada kat dalam mall ni? bagi korang yang masuk melalui foyer utama mall ni perkara pertama yang biasanya tak boleh korang terlepas pandang ialah kipas angin saiz monster yang melekat kat atas siling mall ni.

jadi korang akan dapati walaupun mall ni tidak disediakan dengan pendingin hawa dan berkonsepkan terbuka ( berbumbung tetapi mempunyai ruang-ruang peredaran angin di bahagian sisi bumbungnya) suasananya agak nyaman dengan hembusan angin sepi-sepoi bahasa  kipas saiz monster yang disediakan oleh pengurusan pihak Medini Mall

Tempat yang menarik ni bertambah menarik dengan kipas monster nyer yang mungkin korang tak pernah jumpa di mana-mana mall pun. Pastinya bila korang balik ke kampung halaman oops atau bandar halaman masing-masing akan teringatkan atau mengaitkan kipas monster kat medini mall ni dengan Legoland Malaysia!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

ok, sekarang kita tengok apa yang ada kat dalam ni. Firstly setelah masuk  korang akan perasaan yang mall ni agak berbeza dengan mall-mall lain kerana di dalamnya, maksudnya di bawah bumbung mall telah di tanam dengan pokok-pokok dedaunan hijau dan tumbuhan-tumbuhan renek yang pastinya akan menjadikan malll ni lebih nyaman lagi. Apa-apa pun menurut pengalaman krew J2c2 walaupun pokok-pokok ni bersaiz instant , impact positif nya telah pun sedia dirasai . Susunan pokok-pokok Bucida buceras ( nama pokok ni setelah krew j2c2 membuat  kajian via  Wikiscape ) dan tumbuhan-tumbuhan shrub renek menjadikan suasana sini lebi menarik dan ada ‘touch’ yang tersendiri.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Back to the core subject, selain daripada F&B yang disediakan oleh pihak pengurusan terdapat juga outlet-outlet barangan berjenama seperti Al-Ikhsan Store(Sports), BaniRabbit, Polo Haus, Carlo Rino, Royal Selangor Pewter, Fidani dan lain-lain lagi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tempat yang menarik di Johor Bahru ni atau lebih tepat lagi di Nusajaya menyediakan outlet-outlet restoran F&B seperti KFC, Tutti-frutti, Sedap Corner, Manhattan Fish Market ( bila la dpt krew j2c2 pergi lg ni.. :)), Delifrance, Chicken Rice Shop, Burger King, Old Town White Coffee, El Migos, Fidani dll.

Tak ketinggalan juga di bahagian tengah mall ni membuka ruang utk stall menjual produk mereka seperti Cool Blog, Nelson’s, dan paling yang menarik sekali anda akan dapati terdapat booth pelukis karikatur yang bersedia mengabadikan wajah anda atau keluarga dalam bentuk lukisan karikatur di sini .

Tips J2c2: beli makanan dan minuman kat sini atau kalau nak lg murah, cuba ke Maidin Hypermarket kat Anjung Square ( 3 minit pandu – berdepan dengan bulatan besar hadapan Legoland)harga makanan dan minuman kat dalam legoland mahal so once korang terlepas ke dalam: dan terlupa pulak nak beli makanandan minuman kat luar, ehemm pastinya korang terpaksa beli makanan dan minuman yang harganya mahal ala-ala harga hotel 4 bintang kat dalam sana tuu..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA   OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA  OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

6 thoughts on “Tempat Menarik di Johor Bahru – Mall of Medini, Nusajaya

    • Tempat menarik kat Medini Mall ni kalau malam-malam pun tak kurang cantiknya dengan lampu uplight yang berwarna-warni, entrance depan legoland pun colourfull, lagi best kalau shoot dengan DSLR..ahakss :)

  1. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s