Tempat menarik di Johor Bahru – Zoo Johor

Tempat menarik di Johor Bahru – Zoo Johor

Tempat menarik di Johor Bahru yang ingin aku perkenalkan pada anda semua di sini ialah Zoo Johor. Lokasinya ialah di Jalan Gertak Merah, Johor bahru dan bangunan pedoman yang perlu anda dan seisi keluarga anda perhatikan untuk mencari tempat ni ialah bangunan Masjid Sultan Abu Bakar.

From December 3, 2012-Zoo johor

Masjid Sultan Abu Bakar ni juga yang juga terletak di jalan yang sama , jadi apabila anda temui masjid ni pencarian anda akan jadi mudah.Lokasinya juga tak berapa jauh dari pusat bandar iaitu lebih kurang 2km

Zoo Johor ni mungkin di antara sekian banyak tempat menarik di Johor Bahru mungkin merupakan satu tempat yang ramai orang luar terlepas pandang. Walaubagai mana pun Zoo Johor ni semakin mendapat perhatian pengunjung-pengunjung baik tempatan mahupun dari luar macam anda🙂

Sebenarnya Zoo Johor ni menurut sejarahnya adalah antara zoo yang tertua sekali di Malaysia! Kalau korang nak tau ia dibina pada tahun 1928 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar lagi. Di dalamnya terdapat lebih daripada seratus spesis binatang-binatang termasuklah haiwan-haiwan yang korang tahu dilindungi dan hampir-hampir pupus seperti tenuk, harimau malaya dan lain-lain lagi

From December 3, 2012-Zoo johor

Mula-mula apabila anda sampai jer ke sini anda akan dapati pintu masuknya memang cantik dan dihiasi dengan batu-batuan hiasan jenis ‘stone cladding’ dan juga tumbuhan-tumbuhan landskap di samping hiasan interior kaunter tiketnya yang menarik. Kemudian sebaik sahaja anda memasuki kawasan zoo ini anda akan dapati disebelah kanan anda ialah sangkar bagi pelbagai jenis burung kakatua dan di sebelah kiri anda pula ialah tasik kecil dengan kemudahan riadah bot air kayuh.

Tempat yang menarik di Johor Bahru ni boleh anda kunjungi bersama-sama dengan keluarga tersayang kerana ia dibuka hampir setiap hari. Tambahan pula tiket masuk ke sini amatlah murah iaitu RM2 bagi orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 12 tahun.

From December 3, 2012-Zoo johor

Selain daripada koleksi haiwan-haiwan yang anda boleh alami di sini, Zoo Johor ini juga menyediakan kemudahan untuk anda sekeluarga berrekreasi iaitu rekreasi air. Di sini para peminat-peminat sukan air boleh menaiki bot air yang boleh dikayuh dalam konfigurasi 2 tempat duduk atau 4 tempat duduk. Bayarannya ialah Rm7 bagi bot 4 tempat duduk serta masa yang diperunutkkan pula ialah 15 minit.

Selain itu terdapat juga Permainan Kanak-kanak bentuk Inflated Playground yang pastinya akan membuatkan anak-anak kecil anda gembira dapat melompat-lompat dalam sana. Dan ia juga dikenakan bayaran.

Naik ke bahagian atas zoo ni iaitu menghala ke kawasan haiwan unta, dan bagi anda yang sedikit adventure perkhidmatan Menunggang kuda padi (pony) juga disediakan pada kadar RM3 untuk selama 15 minit dan anda akan dibawa sekitar-sekitar kawasan dalaman zoo ini.

Nah tu dia, Zoo Johor tak kurang menariknya berbanding Zoo-zoo lain dan isikan masa anda yang terluang disamping dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga .

Bagi korang yang nak bercuti ke Johor Bahru atau ke Legoland Nusajaya, pastikan korang masukkan Zoo Johor dalam ‘not to be missed’ senarai penting tempat yang korang mesti kunjungi. Pastinya anak-anak anda dan sekeluarga bergembira.

 Tips Jalan-jalan Cuti-cuti: Pastikan anda rujuk website zoo ni untuk acara-acara menarik yang dah disusun oleh pihak Zoo Johor ya!

6 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru – Zoo Johor

  1. salam.

    saya tinggal di BBU je tapi Zoo Johor belum pernah masuk lagi. just lalu sebab nak ke masjid je.

    rasanya dalam waktu terdekat ni boleh lah saya menjengah ke sana pulak..🙂

    • W’salam, betul tu, ramai yg tinggal kt JB tapi masih ramai lagi yg belum masuk ke dalam Zoo Johor, mungkin kerana kurang daya tarikan, tapi semenjak Zoo ni dipimpini oleh Pengarah baru memang agak ramai yg dtg berkunjung kt Zoo Johor, pintu masuk pun dah diperindahkan.

      Krew J2c2 pun ambil masa semenjak bertahun-tahun yg lepas lalu-lalang depan Zoo , dan singgah di Masjid S.A.B tapi tak terlintas pun masuk ke Zoo, hinggalah ke hari yang bersejarah tu , menjejakkan kaki buat julung-julung kali ke Zoo Johor.

      Apa-apu pun kalau GB ke sana jangan lupa ceritakan dalam blog ya n jgn lupa trackback ke blog J2C2 so kita boleh kongsi sesama..🙂

  2. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s