Tempat menarik di Johor Bahru: Ulu Choh Dirt Park,Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor Cross

Tempat menarik di Johor Bahru : Ulu Choh Dirt Park, Bukit Cendol, Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor Cross – Ulu Choh Dirt Park

Tempat yang menarik di Johor Bahru ini juga tidak kurang hebat dengan aktivitinya iaitu sering menjadi tumpuan bagi peminat-peminat sukan lasak basikal dan motorsikal. Aktiviti sukan lasak di Ulu Choh yang kini dikenalai sebagai Ulu Choh Dirt Park ini bertempat di Bukit Cendol .

Bukit Cendol ni kalau korang nak tau terletak berhadapan jer dengan jalan utama dari Pekan Nanas, Pontian menuju ke Skudai , Johor Bahru dan juga menjadi laluan Kangkar Pulai ke Nusajaya.

 	Tempat menarik di Johor Bahru:Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor CrossTasik Simpanan Air Dengan Pemandangan Indah Hutan SImpan Tadahan Air Gunung Pulai di Ulu Choh,berhampiran Bukit Cendol

Kalau korang nak tahu, lokasi sekitar Ulu Choh Dirt Park iaitu hutan-hutan di belakang dan di sekitar Bukit Cendol Ulu Choh ini adalah termasuk di dalam kawasan hutan simpan tadahan air milik kerajaaan negeri Johor

Ok , kalau korang nak ke Bukit Cendol Ulu Choh ni senang jer , kalau bawak kereta dari Johor Bahru lebih kurang 24 km, dari Skudai pula hanya 12km iaitu dalam 15-20 minit memandu. Dari Legoland Malaysia dan Kota Iskandar Nusajaya hanyalah lebih kurang 10 km iaitu 10 minit memandu

 	Tempat menarik di Johor Bahru:Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor CrossHutan-hutan di belakang sana menjadi tumpuan Peminat Sukan Lasak Basikal

Dari Skudai, Mula-mula korang cari signboard ke Pontian, korang akan melalui, Taman Sri Pulai, lepas tu Taman Sri Pulai Perdana, Kangkar Pulai, Bandar Baru Kangkar Pulai, Taman Pulai Indah.

 	Tempat menarik di Johor Bahru:Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor CrossSumber : Mohd Alfishahrin Abd Wahab

Last sekali sebelum menghampiri Bukit Cendol ,Ulu Choh Dirt Park ni korang akan dapat tengok tasik di sebelah kanan anda(hala ke Pontian). Pemandangan tasik ni memang cantik dan pinggir-pinggir tebing tasik ni dihiasai dengan pokok-pokok hutan yang dahan-dahannya melempai mencecah permukaan air di tasik tersebut. Tasik ni sebenarnya adalah dahulunya milik PUB Singapura. Sekarang  ni dah diserahkan kepada Johor Water atau Syarikat Air Johor.

 	Tempat menarik di Johor Bahru:Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor CrossSumber : Mohd Alfishahrin Abd Wahab

Di bawah kaki Bukit Cendol ini terdapat juga sebuah warung yang menjual cendol dengan pelbagai tambahan seperti, cendol tapai, cendol kacang merah, cendol jagung dan lain-lain lagi. Jadi bagi korang yang inginkan kesegaran bolehlah menghilangkan penat dan lelah berbasikal lasak ataupun ber motor cross di warung cendol yang dikenali sebagai Cendol Mak Siti. Jangan lupa menikmati sehirup dua cendol Mak Siti bila ke  sana ya🙂 ! ( Mak Siti buka janda yer…ahaksss🙂

 	Tempat menarik di Johor Bahru:Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor CrossSumber : Mohd Alfishahrin Abd Wahab

 	Tempat menarik di Johor Bahru:Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor Cross

guesthouse-lego-johor19Gambarfoto di atas diambil berhadapan dengan Gerai Cendol Mak Siti menjual Cendol Ulu Choh yang sering jadi tumpuan pemandu kereta menghilangkan dahaga menikmati semangkuk cendol yang lazat dengan pelbagai jenis add-on.

guesthouse-lego-johor-Ulu Choh Dirt Park for extreme mountain bike and motorcrossTu dia Sign Board  Ulu Choh Dirt Park dekat jer dengan Cendol Ulu Choh (  kalau dari JB-Skudai mungkin tak nampak-so jadikan Gerai Cendol sebagai panduan atau landmark untuk ke sini)

guesthouse-lego-johor-Ulu Choh Dirt Park for extreme mountain bike and motorcrossKawasan berbukit – bukit ini memang menjadi cabaran kepada peminat extreme sport di sini

 

Info tambahan dan penemuan Krew J2C2 : Kini kawasan sukan Ekstrim ini juga dikenali sebagai Ulu Choh Dirt Park. Dikunjungi oleh peminat sukan aksi lasak bermotor termasuk dari peminat negara jiran iaitu dari Singapore

Buat tatapan korang di bawah ni adalah galeri gambar-gambarfoto aktiviti lasak ni.

2 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru: Ulu Choh Dirt Park,Bukit Cendol Ulu Choh -Extreme Sport / Sukan Lasak Basikal dan Motor Cross

  1. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s