Tempat makan best : 9 dari 10 kedai makan dah nak tutup menjelang pukul 9

Sebenarnya susah juga nak cari tempat makan best kat Kuala Kangsar pada waktu malam ni. Bandar ni cuma sebuah bandar kecil, tenang dan aman dan aktiviti penduduk di bandar amat berkurangan di waktu malam.Kebanyakan kedai dan gerai makan ditutup menjelang pukul 9 malam. Sebelum perjalanan ni aku pernah buat carian ngan Google dan menjumpai sebuah kedai makan terletak di Jalan Shahbandar yang dinamakan Kafe Bistro Rock Kapak yang dipunyai oleh Yop Nan.

Seterusnya ia membawa aku ke wall Facebook bawah pemilik yang bernama Conan Qursany. Selain itu terdapat juga sebuah restoran Melayu terletak berhampiran pawagam Odeon lama di Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar. Food court atau medan selera di Lembah iaitu di Jalan Laksamana sebuah kawasan pinggir sungai Bandar Kuala Kangsar pula banyak yang ditutup menjelang pukul 9 malam. Malam tu dalam jalan-jalan cari makan sekitar bandar juga menemui restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut di sekitar Pasaraya Sakan, iaitu di pertemuan Jalan Kangsar dan Jalan Sultan Iskandar Shah iaitu pawagam Lama Cathay.

Yang dua ni ditutup pada pukul 10 malam Tak puashati dengan penemuan tadi, aku pun bergerak ke arah pinggir bandar Kuala ,masuk ke Jalan Tun Razak lantas menuju stesyen keretapi Kuala Kangsar. Simpang tiga berhampiran pawagam Rex lama atau pun persimpangan Jalan Raja Chulan dan Jalan Tun Razak berdepankan stesyen minyak BHP menemukan aku dengan deretan gerai-gerai makan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Seperti mana kedai-kedai dan gerai-gerai makan yang tipikal bagi bandar ini, kebanyakannya dah ditutup dan cuma tinggal sebuah sahaja yang tinggal, itu pun mungkin kerana menunggu 2-3 pelanggan menghabiskan hidangan mereka.

Aku dapat mengagak yang aku mungkin tak akan dapat makanan yang aku cari lantas aku halakan kenderaan ke arah Stesyen Keretapi Kuala Kangsar. Di sana ada sebuah kedai kopi lama di dalam bangunan stesyen. Keadaan interior dalamannya boleh la dikatakan biasa dan tiada apa-apa yang boleh menarik perhatian. Di situ aku memesan secawan kopi sahaja. Nak makan tak ada selera, jadi cukuplah secawan kopi dan air suam buat menghilangkan penat jalan-jalan cari tempat makan best di Kuala Kangsar ni.

Dalam pada masa duduk di situ aku pun terfikir alangkah bagusnya kalau dibina atau di renovate kedai makan di sini macam ala ala kopitiam. Mungkin Kuala Kangsar Railway atau Kangsar Railway Cafe atau Kangsar Railway Kopitiam boleh dijadikan nama untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan. Dengan nama yang indah dan mudah diingati ni pastinya ia akan menjadi tumpuan pengunjung dan pelanggan.Kemudian letakkan iklan-iklan di tempat strategik. Jadi pengunjung luar pasti akan tertarik untuk datang ke sini.

Pengunjung-pengunjung luar biasanya akan tercari-cari tempat untuk menikmati hidangan makan dalam keadaan rehat dan santai di dalam suasana kedai atau restoran yang dihias indah. Ataupun ambil contoh interior kopitiam yang biasa ditemui di bandar bandar besar seperti Penang, KL dan Johor Bahru ataupun sebagaimana Kluang Railway Kopitiam di Kluang, Johor.

Tips Jalan-jalan cari makan di K.K : Terima kasih pada pembaca kroll_is katanya kat Kuala  ada 1 kedai atau tempat makan Thai ..namanya Benteng…di buka hingga12 mlm…ditengah-tengah bandar, belakang kedai2.

One thought on “Tempat makan best : 9 dari 10 kedai makan dah nak tutup menjelang pukul 9

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s