Kuala Kangsar Bandar DiRaja Yang Mempesonakan

Kuala Kangsar Bandar DiRaja dengan Tempat Menarik Yang Mempesonakan

To translate please  click this Google translate link

Kuala Kangsar merupakan sebuah bandar DiRaja dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.  Jika anda ke sini memang tak sah ataupun tak lengkap jalan-jalan cuti-cuti ke sini kalau  tak merasa hidangan laksa gandum dan cendolnya.

Jambatan Iskandar, Kampung Jemuan, Kuala kangsar, PerakFoto atas : Jambatan Iskandar di Kampung Jemuan yang terletak 4km dari Bandar Diraja Kuala kangsar. Jambatan ini disiapkan pada tahun 1915 dan merupakan jambatan besi melengkung yang terpanjang di Malaysia.

Di antara tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar yang boleh dikunjungi ialah Masjid Ubudiah, Istana Kenangan atau Istana Kuning, Dataran Kuala Kangsar, Muzium Sultan Azlan Shah, Jambatan Keretapi Victoria zaman sebelum Perang Dunia Pertama di Karai, Enggor, perusahaan Labu Sayong di Sayong, Jambatan Besi Iskandar ( Iskandar Bridge, Kuala Kangsar) di Kampung Jemuan, Jam Besar Kuala Kangsar dan banyak lagi yang sedap mata memandang.

 Jam Besar Kuala Kangsar

Jam Besar Kuala Kangsar pada waktu malam

SkyHawk mendarat kat Koler, yop!

Dataran Kuala Kangsar

Dataran Kuala Kangsar : Ape ke he nyer Yop? Telepon Landan ader kat sini!

 Klik setiap gambar kalau nak zoom

Jambatan Keretapi Victoria " Victoria Bridge" Karai, Enggor

Jambatan Keretapi Victoria beserta papantanda memorial pembinaan rel keretapi yang terletak di bahagian Karai,  ” Victoria Bridge” Karai, Enggor, Menarik Kuala Kangsar.

Jambatan keretapi ini mula dibina pada 1897 dan siap pada tahun 1900 . Merentangi sungai Perak dan merupakan antara jambatan keretapi terpanjang pd abad ke 18 di Asia Tenggara. Dengan teknologi kejuruteraan British yang siap dengan masa singkat iaitu 3 tahun sahaja.

Jambatan Keretapi Victoria " Victoria Bridge" Karai, Enggor, Menarik Kuala KangsarFoto atas dan bawah : Bersebelahan jambatan Victoria lama ini sejajar, ialah jambatan keretapi konkrit yang baru dibina bagi laluan tren ETS KTMB berkembar yang menuju ke utara atau selatan

Jambatan Keretapi Victoria " Victoria Bridge" Karai, Enggor, Menarik Kuala Kangsar

Jambatan Keretapi Victoria " Victoria Bridge" Karai, Enggor, Menarik Kuala KangsarFoto atas: Victoria Bridge yang terletak di bahagian Kampung Jemuan, Kuala Kangsar manakala di seberang Sungai Perak sana pula ialah bahagian Karai, daerah Enggor, Perak

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Komen le ape-pe