Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog kami.
Pos-pos blog pada kali ini akan kami bawakan perjalanan kita ke Terengganu negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, yang bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan malah dikenali oleh pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai sebelah timur semenanjung Malaysia. Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur perjalanan Kuala Lumpur Terengganu akan memakan masa di antara 3 hingga 4 jam dengan menggunakan laluan Lebuhraya Karak dan LebuhRaya Pantai Timur hingga ke Jabor.
Bagi yang datang dari sebelah selatan ataupun Johor perjalanan akan memakan masa selama 6 hingga 8 jam dengan melalui laluan Johor Bahru – Segamat – Muadzam Shah – Lebuhraya MEC masuk ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Jabor.
Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Terengganu tetapi yang paling menarik sekali ialah pantai-pantai Terengganu yang bersih dan indah.
Bagi memulakan kisah perjalanan kami pada kali ini kita mulakan dengan pantai Kemasik yang terletak di Kerteh, Terengganu.
Inilah dia pantai Kemasik yang terkenal di kalangan pelancong tempatan. Pantai nya bersih dan indah tetapi awas musim tengkujuh terutamanya pada bulan 12, 1 dan 2 lautnya agak bergelora dan merbahaya untuk mandi – manda.
Kelihatan Ieman, Amir dan Arman mengutip karangan dan kulit-kulit cengkerang hidupan laut yang terdapat pada pasir di pantai.
Foto di atas menujukkan bot-bot nelayan yang diletakkan berhampiran dengan pantai Kemasik. Nelayan-nelayan ini tinggal di sekitar kampung-kampung berdekatan dengan pantai Kemasik.
Nampaknya budak-budak ni tak dapatlah mandi-manda dek kerana air laut yang agak bergelora serta ombak yang agak kuat. Mungkin juga arusnya di bawah agak kuat.
Foto di atas pula menunjukkan kompleks membeli-belah yang pertama di Kerteh iaitu Mesra Mall yang baru sahaja dibuka julung-julung kalinya pada bulan December 2009.
Pembukaan kompleks ini memberi peluang kepada penduduk tempatan terutamanya kepada mereka yang bekerja di Kerteh mengunjungi kompleks ini ketika cuti hujung minggu. Bagi mereka yang ingin bermain bowling maka tidak perlulah lagi mengunjungi Kuantan, Pahang.
Foto di atas pula menujukkan sepinggan nasi dagang yang menjadi hidangan sarapan pagi kami. Gerainya hanya terletak di seberang jalan berdepan dengan Mesra Mall , Kerteh. Memang sedap, kalau nak tau berkunjunglah ke gerai ini.
Satu lagi pemandangan yang cantik di Kuala Kerteh, iaitu tempat para nelayan menaikkan hasil tangkapan . Lokasi juga bersebelahan dengan Kampung Kuala Kerteh.
Medan Ikan Bakar Kuala Kerteh
Bagi yang menggemari masakan laut dan ikan bakar berdekatan lokasi ini juga terdapat medan gerai-gerai ikan bakar yang dibuka menjelang petang hingga lewat malam.
Lokasi juga tidak berapa jauh daripada Mesra Mall. Kalau nak tau jalan ke sana tanya saja dengan penduduk tempatan dan mereka dengan mesranya akan menunjukkan jalan ke sana.
Untuk semua pembaca nikmatilah gambar kampung nelayan Kuala Kerteh!
sy ni mmg tgh ada kat KERTEH tp sy tak tau ape yg menarik kat sini”nnti sy gi lah ape yg tergambar kt sini.
LikeLike
malam-malam boleh makan Ikan Bakar Kerteh dekat dengan gerai-gerai Kuala Kerteh
LikeLike
Senarai homestay di malaysia-Sila hubungi admin unutk bayaran iklan-Tk
LikeLike
Salam ,boleh bagi info chalet yang sesuai utk familyday sekitar tempat ni…. kalau boleh yang dibenarkan memasak ringkas
LikeLike
Chalet semua tiada yg boleh memasak tuan. Mohon buat pencarian homestay
LikeLike
Sy cadangkan D’Kerteh Homestay, boleh contact sy.
LikeLike