Cameron Highlands : Tempat Yang Menarik : Cameron Valley Cafe

Ladang teh Cameron Valley

Ladang teh Cameron Valley

Foto di sebelah diambil dari Cafe yang dipunyai oleh ladang teh Cameron. Jarak yang  jauh ke lembah di bawah menyebabkan kami membatalkan niat untuk turun ke sana. Cafe teh Cameron ini terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Tanah Rata.
Di dalam cafe Cameron

Di dalam cafe Cameron

Walaupun lokasinya terletak di tepi jalan sahaja, ia juga menyediakan kedai untuk para pengunjung membeli produk teh yang dihasilkan oleh ladang tersebut. Berbanding dengan Teashop cafe Boh di Ringlet, ia agak kurang menarik untuk dikunjungi. Pada pendapat aku Teashop cafe Boh adalah lebih menarik kerana :-
i.   pemandangannya yang indah,
ii. cafenya mempunyai pekerja-pekerja yang ramah
iii. para pengunjung dapat menonton dokumentari video mengenai latarbelakang dan aktiviti  Boh  melalui bilik audio video yang disediakan di sebelah cafe Teashop
iv. lawatan sambil belajar beserta jurupandu bersedia membawa pengunjung-pengunjung ke dalam kilang memproses teh.

Cafe Cameron ini mungkin mempunyai lebih ramai pelawat berbanding dengan cafe Teashop Boh di Ringlet tadi. Ini dapat dilihat dengan kehadiran 2 bas pelancong di situ  sewaktu kami berada di sana.

Walaubagaimana pun , pekerja-pekerja cafe di sini adalah kurang ramah berbanding dengan cafe Teashop Boh. Tak hairanlah Boh menjadi pengeluar teh yang paling terkemuka di dunia kerana cara mereka yang lebih professional dari segi promosi, pendidikan kepada masyarakat dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung.

Ok, waktu pada masa itu dah menunjukkan 5.30 petang jadi kami pun bertolak meninggalkan cafe Cameron  untuk ke Brinchang bagi check-in di tempat penginapan.

 

 

 

2 thoughts on “Cameron Highlands : Tempat Yang Menarik : Cameron Valley Cafe

    • Nadzifah,

      Cameron Valley Cafe, Cameron Highlands ni masuk percuma, lokasinya kat tepi jalan besar sahaja.

      Kalau nak tempat yang best, cuba anda pergi ke Boh Tea Shop kat Ringlet, Cameron Highlands , jarak dari jalan besar ialah 8km ke dalam.

      Pemandangannya memang cantik, jalan-jalan berliku -liku dihiasi dengan pokok-pokok Pain dan Konifer, dengan pemandangan pokok-pokok Teh di kaki gunung, rasanya macam bercuti kat country negara Eropah beriklim sejuk.

      Jangan lupa ambil gambar sebiji dua kat ladang teh tu.Kemudian bila sampai kat Boh Tea Shop boleh beli Teh, macam2 bentuk kotak dengan tin yang tak pernah kita jumpa kat bawah sini.

      Habis beli teh, boleh menjamu dahaga dengan meminum teh yang dihidangkan dalam teko serta cawan. Udaranya sejuk, minum teh memang sedap! Tapi hidangan teh tu kena minum cepat-cepat. Sebabnya dalam masa 5 minum saja, air teh yang mendidih tu akan jadi sejuk macam dalam peti ais.

      Masuk ke Boh Tea Shop dan kafe kat Ringlet ni PERCUMA, cuma minum je kena bayar. Sambil minum teh tu jangan lupa rasa Scone (ala-ala pie, biskut Inggeris yang sedap!)

      Selepas tu boleh buat lawatan Dalam kilang Boh yang kat belakang Tea Shop. ni pun PERCUMA juga!😀

      Satu lagi Boh Tea Shop kat Brinchang pun best juga! Tapi personally, Boh Tea Shop kat Ringlet favourite saya!

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s