Cameron Highlands : Tempat Yang Menarik : Ladang Boh dan Cafe Tea shop, Ringlet

Cameron Highlands : Ringlet : Ladang Boh (Plantation)

Cameron Highlands : Ringlet : Ladang teh Boh (Plantation)

 

 

Cameron Highlands : Ringlet : Ladang teh Boh (Plantation)

Cameron Highlands : Ringlet : Ladang teh Boh (Plantation)

 

 

 

 

 

Ladang teh Boh (Plantation) dan cafe untuk mencuba kesegaran teh

Ladang teh Boh (Plantation) dan cafe untuk mencuba kesegaran teh

Nak tau daripada mana asalnya perkataan Boh? Sebenarnya Boh berasal dari perkataan Inggeris (Best Of Highland – B.O.H) . Maknanya Terbaik Dari Tempat Tinggi – memang teh yang terbaik dan rasanya lebih baik dari teh Lipton ya! Kalau anda tengok foto di atas itulah tempat kita orang minum teh – Tea shop.  Minum kat teh kat sini memang seronok, tehnya pulak sedap dan segar.

Antara teh yang kami minum ialah teh Sungei Palas dan teh Bukit Cheeding. Setiap satunya mempunyai rasa dan aroma yang berbeza. Harga 2 hidangan teh dan tart strawberry ialah RM13.50 .Nak sedap lagi tambah susu segar. Fuhh!! memang menyegarkan. Tambahan pulak udara di sini sejuk dengan  tiupan angin gunung yang agak kuat.

Cameron Highlands : Ladang Boh Teashop

Cameron Highlands : Ladang Boh Teashop

Kedai teh Boh bersebelahan Teashop

Kedai teh Boh bersebelahan Teashop

Cafe Teashop, kedai jual macam rasa teh, best!

Cafe Teashop, kedai jual bermacam perasa teh, best!

Cameron Highlands cafe Boh

Enaknya menikmati scone dan strawberry tart kat sini!

Pemandangan indah sekitar Teashop Boh

Pemandangan indah sekitar Teashop Boh

Cameron Highlands : Pemandangan di pinggir jalan di ladang teh Boh

Cameron Highlands : Pemandangan di pinggir jalan di ladang teh Boh

Kelihatan pekerja-pekerja ladang teh Boh Cameron Highlands sedang menimbang daun-daun teh untuk dibawa ke kilang pemprosesan teh yang terletak di belakang cafe Teashop, di mana kami menikmati hidangan teh, strawberry tart dan scone.

Jadual lawatan ke dalam kilang Boh di Sungei Palas, Ringlet

Jadual lawatan ke dalam kilang Boh di Habu, Ringlet

Jadual lawatan ke dalam kilang Boh yang terletak di belakang cafe Teashop.

Lebih daripada 15 tempat menarik di Cameron Highlands, klik di sini untuk senarainya!

Tips pandu sendiri jalan-jalan cuti-cuti : kalau anda cadang memandu ke Ladang Boh Habu yang menarik ni,  pastikan anda kunjung pada hari biasa (weekdays) , hari Sabtu dan Ahad agak sibuk dengan kereta yang pergi dan balik ke Ladang Boh Habu ini. Jalan yang sempit dan berliku-liku akan menyebabkan kereta bersesak-sesak dan pada belokan hanya satu kenderaan sahaja yang boleh melaluinya

25 thoughts on “Cameron Highlands : Tempat Yang Menarik : Ladang Boh dan Cafe Tea shop, Ringlet

  1. hai…saya ingin bertanyakan soal, seandainya saya hendak membuat lawatan ke kilang teh ini bagaimana ya? siapa yang harus saya hubungi…tq for the info..

    • sebenarnya boleh datang terus, kecuali Isnin tutup. Kedai dan cafe pun tutup Isnin.

      Pihak pengurusan lawatan akan kumpulkan 10 orang, dah cukup baru diaorang bawak masuk lawatan.

      Lawatan setiap hari dan jadual ada tertera pada foto blog post.
      Maaf saya tiada no contact.

  2. hi danial…
    just nk tanye, sy plan nk g ch weekend ni… but i’m only planning to go to cameron valley tea plantation… x plan pun nk g BOH sbb dr ape yg sy bc blog2 CH, jln utk smpai ke BOH sempit dan agak merbahaya…
    jd, nk tanye further comment dr awk ttg perkara tu boleh ke?
    thanx :)

  3. sekiranya saya ingin membuat lawatan di kilang boh??siapakah yang saya harus hubungi untuk mendapat kebenaran…reply as soon as possible sebab ni lawatan untuk sekolah..saya harap kerjasama dari anda..terima kasih

    • Sebenarnya kalau tak hubungi Pengurusan pun boleh, sebab lawatan ke kilang Boh diadakan setiap 15 minit sekali macam gambar yg ada kat atas.(waktu pagi mula jam 9.30)

      Waktu petang selepas 12.00 tengahari pula setiap 30minit sekali.

      Maaflah saya tak de alamat Pengurusan. Cuba cari dengan Google search, Boh Factory Sungei Palas.

      Selamat bercuti!

    • Nampak best, kalau dapat jalan-jalan bercuti ke sana lagi best, udaranya sejuk dan nyaman,paing best kalau dapat minum teh panas dalam suasana yang sejuk nyaman tu, yippie!

    • x de bayaran masuk ke Boh dan Cafe Tea Shop ni. Lawatan ke kilang pon free (dijadualkan oleh management Boh setiap stgh jam skali – Isnin Tutup)

  4. Pingback: Cameron Highlands Boh Tea Cafe Ringlet « Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  5. Kalau saya pergi CH, pada hari Khamis dan Jumaat..adakah saya dapat melawat tempat menarik kat sana? sbb ada yg bgtau Sabtu dan Ahad je buka..

    • Diwajibkan datang hari Sabtu dan Ahad (sangat-sangat digalakkan) sebab kalau hari biasa pengunjung ke cameron tersangat kurang ( perjalanan naik jauh dan meletihkan bagi yang drive sendirik) . Banyak tempat2 menarik hanya buka Sabtu dengan Ahad ajer..kalau nak dtg Jumaat Sabtu Ahad tu ok lah

  6. Sekiranya saya pergi CH pada hari Khamis dan Jumaat, dapat ke sy melawat tempat menarik kat sana? sbb ada maklumat mengatakan hari Sabtu dan Ahad je buka…

    • Kalau anda nak selamat (on safe side ) , maknanya baiklah datang hari Sabtu dan Ahad (sangat-sangat digalakkan) sebab kalau hari biasa pengunjung ke cameron tersangat kurang ( perjalanan naik jauh dan meletihkan bagi yang drive sendirik) . Banyak tempat2 menarik hanya buka Sabtu dengan Ahad jerk..

  7. Tq..saya dh pergi ke CH..memang best sgt2. sy pegi hari Jumaat hingga sabtu.. Rugi kalu sape x pegi ke sana..

  8. wow,kalau honeymoon d ch nie mesti ROMANTIK!!!!!!!!! pmandangan kat ch nie dh la cntk……sejuk pon ala-ala d uk gitu….mmg syok la kalau pgi d ch nie…

  9. memang seronok gi kat sana mcm2 tempat menarik ada di sana…..tp sblm nk panjat bkt nk naik kt atas tgk2 gaung dgn tanah runtuh mengerikan nk2 time hujan…. kalau ikutkan hati x mahu nk teruskan tp nk buat mcm mana dah janji dgn anak2 nk bwk mereka pg……tawakal ajelah….

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s