Cameron Highlands : Latarbelakang

Bercerita tentang Cameron Highlands ni tak sah sekiranya tak diceritakan tentang sejarah asal-usul Cameron Highlands.

Ia mendapat nama daripada seorang surveyor ataupun juru ukur berbangsa British yang bernama William Maxwell William Cameron. Beliau merupakan seorang pegawai Inggeris yang menjalankan kerja-kerja ukur dan membuat peta di kawasan tersebut pada tahun 1885.

Padang Majlis Daerah Cameron Highland

Padang Majlis Daerah Cameron Highland sekarang, di mana ia merupakan salah satu kawasan rata yang ditemui oleh William Cameron pada tahun 1885

Beliau mendapati  terdapat sebahagian besar tanah disitu  tidak begitu curam, sedikit rata, dan mempunyai cerun-cerun gunung  yang sesuai didirikan rumah-rumah dan stesyen. Suhunya pula adalah sejuk dan menyamai  suhu di Britain (United Kingdom) ketika musim panas  iaitu lebih kurang 17 darjah Celcius pada masa itu. Dalam laporan yang direkodkannya beliau menyatakan suhu di situ mengingatkannya kepada kampung halamannya di England.

Beliau telah merekodkan penemuannya ini ke dalam buku laporannya dan ia kemudiannya dibaca oleh seorang Residen Inggeris di Pahang yang bernama Sir Hugh Low yang berasa tertarik dengan suasana yang dilaporkan oleh William Cameron.

Beliau kemudian menyatakan ideanya untuk mendirikan rumah-rumah percutian untuk berehat, ladang-ladang dan stesyen atau pun markas tentera di situ. Beliau menamakan tempat tersebut Cameron dan ditambah dengan perkataan Highlands bagi menunjukkan ianya terletak di tanah tinggi.

Pekan Tanah Rata pusat pentadbiran Cameron Highland

Pekan Tanah Rata pusat pentadbiran Cameron Highland

Ideanya itu tidak menjadi kenyataan  pada masa itu sehingalah 20 tahun kemudian apabila Sir George Maxwell seorang pegawai Inggeris melawat kawasan tersebut dan membuat pelan perancangan untuk membangunkannya. Beliau mencadangkan tempat-tempat yang sekarang dikenali sebagai Tanah Rata dan Brinchang dijadikan tempat pentadbiran dan rumah-rumah rehat pegawai-pegawai Inggeris.

Lebih daripada 15 tempat menarik di Cameron Highlands, klik di sini untuk senarainya!

8 thoughts on “Cameron Highlands : Latarbelakang

  1. Hi, terima kasih atas informasinya. Kenapakah tempatnya di namakan Cameron Highlands kalau nama surveyornya William Maxwell ya?
    Adakah tempat ini masih dingin?

    • Hai Elia,

      Sebenarnya nama surveyor tu ialah William Cameron, ada typing error pada nama surveyor tu, beliau yang mula-mula jumpa tempat ni (saya dah betulkan pada pos saya tu, tq). I see that you are a keen reader, good point there, Elia.!
      Sebenarnya sekarang ni Cameron suasananya masih lagi nyaman dan menyegarkan, siang suhunya kalau tidak berawan dan ada matahari di bawah 27 darjah Celcius, kalau siang hujan boleh turun kurang daripada 25 darjah C.
      Malam pula kurang daripada 19 darjah C.
      Kalau kita bersiar-siar sekitar Cameron Highlands pada siangnya kurang penat sebabnya kita kurang atau hampir tak berpeluh, tak macam kat tanah biasa ni .

    • Jangan lupa isikan email anda semua, nanti ada apa-apa update kat blog ni boleh tahu melalui email. Isikan pada ruangan “Email update pada say” kat bahagian bawah blog ni

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s