Cameron Highlands

Cameron Highlands

 

Cameron Highlands adalah merupakan tempat percutian yang popular di Malaysia  di samping menjadi antara tempat percutian yang menarik di dunia.

Rakyat Malaysia merupakan kumpulan pelancong yang paling ramai bercuti di Cameron Highland dan diikuti dengan pelancong-pelancong dari Singapura, kemudian pelancong dari negara-negara Asean dan seterusnya pelancong-pelancong daripada Eropah.

Cameron Highland juga merupakan destinasi pelancongan yang popular bagi rakyat Singapura. Ini dapat dilihat dengan jumlah kenderaan plat Singapura yang banyak terutamanya bila musim cuti sekolah ataupun di hujung minggu.

Lebih daripada 15 tempat menarik di Cameron Highlands, klik di sini untuk senarainya!

Rumah di Cameron Highland

Bercuti di Cameron Highlands adalah berbeza berbanding dengan bercuti di tempat-tempat lain di Malaysia. Ia merupakan tempat percutian yang terletak di banjaran gunung Titiwangsa. Udaranya sejuk dan nyaman di mana suhu pada malamnya adalah di bawah 18 darjah Celscius.

Bolehlah dikatakan ianya lebih sejuk daripada pendingin hawa di rumah. Kalau tak percaya cuba tengok foto di bawah ni. Jangkasuhu ni terletak di pintu masuk ke lobi  Equatorial Hotel tempat kami tinggal selama 2 malam di Cameron Highlands.

Suhu malam kat Cameron Highland

Suhu malam kat Cameron Highland

Suhu siang kat Cameron Highland

Suhu siang kat Cameron Highland

Tempat Menarik Di Cameron Highlands-Senarainya:

Tempat menarik di Cameron Highlands yang terdapat dengan banyaknya  ialah:-
-Perpustakaan Awam Tanah Rata
-Ladang teh Boh di Habu, Ringlet.
-Ladang teh Boh di Sg Palas, Brinchang
-Ladang teh Cameron Valley, Kuala Terla
-Ladang teh Cameron Valley di Tanah Rata
-Taman Rama-rama (Butterfly Garden) di Kea Farm, Brinchang
-Muzium Time Tunnel, Brinchang
-Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata
-Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), Brinchang
-Taman Agro Tourism, Brinchang
-Ladang Kea ( Kea Farm )
-Ladang Lebah ( Bee Farm )
-Pasar Malam/ Pasar Sayur di Brinchang
-Perkampungan Orang Asli
-Air terjun Parit ( Parit Falls )
-Air terjun Robinson ( Robinson Waterfalls )
-Central Market
-Cactus Valley (Lembah Kaktus)
-Hutan Lumut ( Mossy forest ), Gunung Brinchang
-Gunung Brinchang
-Air Terjun Lata Iskandar
-Hutan Rekreasi Kuala Woh
-Rose Center (Pusat Bunga Ros)
-Empangan Ringlet, Sultan Haji Ahmad Shah

Bandar Cameron Highlands

Bandar Cameron Highlands

About these ads

7 thoughts on “Cameron Highlands

    • Sebenarnya suhu di cameron Highland tak pernah pun sampai 1 C, itu cuma boleh tercapai di negara beriklim sederhana atau sejuk, kalau malamnya -9c dah semestinya banyak yang kereta yang tergelincir dan masuk ke dalam gaung bila mendaki atau menuruni bukit ke Genting pada waktu malam. Sebabnya air dan embun akan membeku bila capai takat beku pada 0c dan bawah kosong!Jalanraya yang basah pada siangnya akan menjadi tersangat licin pada waktu malam!

      Harap fakta saudara dikaji sebelum membuat komen ya! :-))

  1. wah ! dengar cerita saudara buat dah menarik, 20c sejuk an :] hahax , kalau pagi brapa eh ? mesti lagi sejuk ..

    • Kalau pagi: hari tu masa saya kat Cameron Highlands, pukul 6.45 lagi saya dah berjalan kat sekitar kawasan perkarangan Hotel Equatorial memang sejuk, bila saya tengok jangkasuhu pada pintu masuk lobi suhunya turun sampai ke 15C. Siangnya antara 21-25C jadi kalau kita berjalan-jalan, pergi ke tempat menarik sekitar Cameron memang tak berpeluh (kecuali kalau kita berlari) dan tak terasa penat sebab suhunya agak sejuk.

  2. Saya akan bercuti ke cameron highland selama 3 hari 2 malam bersama anak yang berumur 7 bulan. diantara senarai tempat menarik yg diatas dimana tempat yang paling utama harus saya singgah, tempoh 3 hari 2 mlm adalah sgt terhad.

    • Yang paling utama kami di J2c2 cadangkan anda ke Ladang Strawberry di Big Red(Brinchang-ladang terbesar) dan Ladang Strawberry di KHM (Tanah Rata) Kemudian baru pergi ke Ladang Boh Di Ringlet (Ada cafe hakmilik Boh dan kedai jualan pelbagai jenis produk Teh), kemudian ke Ladang Boh di Sg Palas, Brinchang

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s