Sri Mersing Resort : Penginapan : Chalet 2 bilik (papan)

Air_Papan_53, originally uploaded by rhmn.

Chalet Sri Mersing Resort yang kita orang menginap-foto atas- merupakan chalet papan tetapi mempunyai kemudahan seperti berikut :-
– 1 bilik air, hot shower
– 2 bilik tidur, 1 King size, yang 1 bilik lagi katil King size dengan
katil bujang, pendingin hawa setiap bilik
– Ruang tamu dengan kemudahan TV, peti ais 4′ tinggi, flas elektrik-
simpan dan masak air, 2 kerusi sofa rotan, 1 aircon, karpet, meja
untuk letakkan barang-barang. Kami menginap seramai 2
keluarga, jadi keluarga aku kat chalet 2 bilik manakala akak ipar
aku lak menginap kat chalet berkembar (batu) 1 bilik dengan 1
katil King size dan 1 katil 2 tingkat -bawah King size, atas single .

Jadi kalau ada makanan atau bawa makanan untuk buat
BBQ memang cantekk. Nak buat minuman panas pun senang,
dan yang ada anak kecil pulak memudahkan buat susu.

Serambi atau verandah nya pula disediakan dengan 3 kerusi
rotan .

Tips jalan2cuti2: Lepas solat subuh jgn terus tidur arr, ambil peluang ni g jalan-jalan tepi pantai- cuma selangkah monyet jer dari sini, nikmatilah pemandangan  mentari pagi berwarna merah yang sedang terbit dr timur, satu pengalaman dan pemandangan tempat yang menarik di Air Papan ni yang anda tak akan lupakan.!

15 thoughts on “Sri Mersing Resort : Penginapan : Chalet 2 bilik (papan)

  1. nape x taruk no fon dia sume??
    senang skit nk contact….
    brape no fon dia??
    tolong jelaskan harga2 dia satu mlm brape,no fon brape..

    Like

  2. Kadar harga Sri Mersing Resort ChaletChalet Executive TV, A/Cond,
    Freezer & Heater
    Non peak-RM 180 Peak RM 200 Bil tetamu- 4-5

    Melati Putih (Dorm) TV, A/Cond,
    Freezer & Heater
    Non-peak-RM 180 Peak RM 200 Bil. Tetamu 8

    Deluxe A TV, A/Cond,
    Non Peak – RM 140 Peak RM 160 4-5

    Deluxe B TV,
    A/Cond,
    Non Peak – RM 120 peak RM140 Bil Tetamu: 3-4

    Deluxe C TV, A/Cond,
    Non Peak – RM 120 Peak RM 140 Bil Tetamu:6

    Sri Mersing Resort
    ( SH ABU BAKAR / SITI FARAH )
    Pusat Peranginan Air Papan Laut,
    86800 Mersing, Johor Darul Takzim.

    Tel: 07 – 7992384, 799 2085 (RES)
    Fax : 07 – 7992384
    H/P: 013 – 727 2772

    *Non-Peak-hari bekerja,tidak termasuk malam hari Sabtu dan malam hari Ahad,Cuti Umum
    *Peak- selain daripada hari-hari di atas

    Atau boleh ke http://www.myoutdoor.com/srimersing/accomodation.htm

    Like

  3. saya rasa harganya berpatutan ..kerana siap dengan ”swimming pool” dan ” Karaoke Service ” tempat nya menarik cuma jika lautnya tidak bergelora boleh mandi jika bergelora boleh terjun dalam swimming pool jerk. Berbeza dengan ” Tanjung Resang Beach Resort” tempat nya teruk dan tidak berpuas hati dengan kemudahan disana dan juga layanan.

    Like

    • Karaoke service ni kena contact ngan owner atau staff kat sana dulu yer, biasanya kena buat tempahan dulu.

      Tu la fasal, masa sy pergi sana , Sri Mersing yang menhampiri most comfortable berbanding dengan lain. Ader sesaper lagi nak mengomen nyer?

      Terima kasih pada mirsha atas komen yang Berguna tu !!Horeyy!!Hip-hip horey!!

      Like

Komen le ape-pe