Tempat menarik di Pulau Pinang (Penang) – Jambatan Pulau Pinang

Tempat menarik di Pulau Pinang (Penang) – Jambatan Pulau Pinang

jambatan pulau pinangJambatan Pulau Pinang waktu subuh di ufuk timur dari Grand Bayview, Penang

Tempat yang menarik di Pulau Pinang atau Penang memang tak sah kalau anda pergi atau balik tanpa lalu di atasnya. Sebabnya jambatan Pulau Pinang ni menjadi salah satu daripada mercu tanda atau tarikan pelancong ke Pulau Pinang dan kalau korang nak tau merupakan jambatan yang paling panjang di Asia Tenggara merentasi Selat Melaka.

jambatan pulau pinang

Ok, mari kita mulakan dengan perjalanan ke tempat menarik bersama-sama dengan krew Jalan2cuti2 bermula dari tol Sg Dua-Juru iaitu tol di mana korang bayar jumlah total misalnya kalau dari KL akan berhenti di tol ni dan bayar jumlah perjalanan yang dah ditempuh.

jambatan pulau pinangPemandangan Bandaraya Georgetown, Penang mula kelihatan

Kemudian selepas tu, anda akan melalui tol Pulau Pinang iaitu sebelum menaiki jambatan Pulau Pinang. Harga bagi tol Pulau Pinang ialah RM7.00 bagi pejalananan dua hala. Ini bermakna korang akan dikenakan bayaran RM7.00 sahaja, bila balik ke tanah besar tiada tol dikenakan.

Jambatan Pulau Pinang: Di atasnya Ok, sekarang korang akan berada di atas jambatan ni dengan had laju 90km sejam. Hati-hati ya sebab pengalaman kami ke sana ada pemandu yang agak kalut suka menekan brek kecemasan walaupun kereta yang kat depan dia agak jauh. Pelik, dan kadang-kadang nak marah pun ada.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lepas tu pulak , ramai pula yang bawa kereta slow ada yang sampai 60km sejam, dan ini juga amat mengganggu pejalanan kenderaan yang kat belakang, macam krew Jalan2cuti2 yang kebetulan ada kat belakang.

Jambatan Pulau Pinang ni panjangnya 13.5km bermakna dengan kelajuan 90km sejam atau kurang (nak-nak bila ada ‘road hogger’ kat depan) perjalanan anda dari tanah besar ke Pulau akan memakan masa 10 hingga 15 minit. Itupun kalau takde kemalangan atau kereta yang rosak kat tengah-tengah jambatan ya :)

jambatan pulau pinangBayan Lepas selepas turun dari Penang Bridge

Jambatan Pulau Pinang:penghujungnya , sampai ke Pulau :Sebaik sahaja anda sampai ke Pulau anda dah pun berada di Bayan Lepas iaitu pinggir bandaraya Georgetown yang masyhur satu masa dahulu dengan nama Francis Light ( ni le suku-sakat penjajah yang diagung-agung oleh kerajaan Britain satu masa dahulu ya) .

091020126709

Nanti pos-pos tempat menarik akan datang  ya , jangan lupa follow-up jangan terlepas ya!  :)

About these ads

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s