Tempat menarik di Pulau Pinang (Penang) – Places of Interest

 Tempat menarik di Pulau Pinang (Penang)


Tempat menarik di Pulau Pinang atau Penang memang cukup banyak memandangkan Pulau Pinang adalah tempat tumpuan pelancong, dahulunya dikenali sebagai Permata Timur ataupun Pearl of the Orient , kini ianya telah dimasukkan ke dalam senarai  Tapak Warisan Dunia atau World Heritage Sites oleh UNESCO. Tempat menarik Pulau Pinang

Tren atau keretapi bukit di Bukit Bendera yang baru, macam LRT ada air-con dan selesa

Pada musim cuti yang lepas krew J2C2 telah berkunjung Jalan-jalan Cuti-cuti ke Penang . Walaupun 3 hari bermalam di sana sebenarnya masih juga tak mencukupi dan kaki ni juga tak berdaya nak meredah ke tempat-tempat yang dah disenaraikan, so terpaksalah kami drop tempat-tempat tertentu yang pada awalnya dah dimasukkan ke dalam senarai perancangan berkunjung ke tempat-tempat menarik Penang .

Sebabnya Penang ni terlalu banyak tempat yang nak dikunjungi, bukan sahaja tempatnya menarik, tapi tempat-tempat makan best yang terdapat di sana memang banyak. Harganya juga amat berpatutan dan mudah dicari  bagi anda yang dah buat survey atau study dulu melalui Uncle Google dan lain-lain sumber.

Tempat menarik Pulau PinangPasar Chowrasta,Penang salah satu tempat yang tak boleh miss! bagi makcik, adik dan kakak-kakak!

Bagi yang memanadu kenderaan ke tempat menarik di Pulau Pinang ni pastikan korang rancangkan perjalanan, plan awal-awal ya. Bukannya apa, sebenarnya nak mengingatkan anda semua supaya jangan terperangkap dalam kesesakan jalanraya kat dalam negeri pulau ni ya. Macam kita orang terperangkap dalam jem kat Pulau Pinang ni ..Ahakkss.

Bagi korang yang drive sendiri cari tempat menarik kat Penang ni pastikan map atau peta ada di tangan, bukan pegang map sama pegang stereng arr, pastikan co-driver anda yang kat sebelah tu pegang dan baca map ya!

Bagi yang advance sesuai dengan teknologi semasa ,pastikan GPS bawa sekali ya! Tips J2C2: Jangan ikut saja GPS tu, study dulu ya, nanti tersesat atau terlajak. Sebabnya jalanraya di sini banyak jalan sehala.

Pastikan juga anda bertolak awal dari hotel, motel, homestay atau tempat penginapan supaya anda cepat sampai dan sampai ke destinasi tempat menarik di awal-awal pagi lagi. Contohnya pengunjung ke Bukit Bendera memang ramai dan untuk queu ambil tiket sahaja mengambil masa 45 minit. Queu tunggu untuk naik Keretapi Bukit dalam 1 jam lebih dan perjalanan dalam tren pula 25 minit unutk sampai ke Puncak Bukit Bendera ..lemah lutut dibuatnya..

Pulau Pinang ni adalah sebuah negeri dan bandaraya yang kaya dengan tempat-tempat menarik yang merangkumi bangunan-bangunan bersejarah, tempat peranginan, mercutanda, pusat membeli-belah, tempat makan dan lain-lain lagi tempat menarik. Ok moh (jom kata orang Perak) kita tengok secara ringkasnya senarai-senarai tempat menarik di Pulau Pinang ni dulu sebelum admin ceritakan tempat menarik ni satu -persatu ya. Di antaranya ialah seperti berikut:-

1. Jambatan Pulau Pinang

2. Bukit Bendera -

Keretapi Bukit Bendera, Muzium Burung Hantu (Owl Museum), Cafe Makanan Dua Tingkat , Kedai-kedai Souvenir ,Buggy Keliling Bukit dan lain-lain lagi.

3. Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang

4. Masjid Terapung di Tanjung Bunga

5. Fort Cornwallis di Lebuh Light – Padang Kota, Esplanade

6. Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam

7. Taman Botanikal Pulau Pinang

8. Pasar Chowrasta

9. Penang Bazaar

9. Tempat Makan Best -

Line Clear Nasi Kandar dan Nasi Kandar Kayu, Jalan Burmah, Medan Selera Padang Kota Lama Esplanade.

10.Jalan Burmah

- Jangan lupa menaiki beca berhias

11.Jeruk Madu Pak Ali,

Di Jalan Burmah -kedai khusus menjual jeruk dengan ramuan cuka epal dan madu.

Pastikan anda Follow-up

About these ads

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s