Tempat menarik di Johor Bahru – Pantai Stulang Laut

Tempat menarik di Johor Bahru – Pantai Stulang Laut

tempat-menarik-johor bahru-pantai-stulangTempat menarik di JohorBahru ni bukannya susah nak dicari lokasinya, jika anda rajin bertanya penduduk tempatan pastinya anda akan tersua dengan Pantai Stulang ni walaupun keindahan pemandangan dan landskapnya kelihatan biasa-biasa sahaja, ia merupakan salah satu tempat bersiar-siar dan jalan-jalan yang mendapat perhatian dan kunjungan penduduk tempatan Johor Bahru. Mana lagi ada sebuah bandaraya yang mempunyai pantai berpasir seperti ni?

Pantai ini ramai dikunjungi terutamanya pada waktu sebelah petang dan di hujung-hujung minggu ataupun hari kelepasan am. Tempat yang menarik di Johor Bahru ini terletak berhampiran dengan kompleks imigresen dan kastam Johor Bahru yang lama setelah kompleks baru yang lebih canggih dan besar didirikan berhampiran Bukit Cagar.

Pantai Stulang ini juga terletak berhampiran dengan penginapan hotel-hotel seperti Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3star) dan juga Zone Regency Hotel(3 star). Yang menariknya tentang Zone ni ialah ia juga terletak di dalam satu kompleks bangunan Pusat Membeli-Belah Zone Bebas Cukai . Jadi bagi anda yang bercadang nak shopping kat sini dan berhajat membeli coklat-coklat bebas cukai ,jangan miss peluang ni, singgahlah ke Kompleks Bebas Cukai Zone ni! Ia juga mengandungi Kompleks Imigresen Kastam Dan Jeti Laut (CIQ) ke Singapura, Batam-Tanjung Pinang-Indonesia dan lain-lain destinasi luar negara mengikut jalan laut.

Selain itu Pantai Stulang ini juga menjadi tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi kerana kedekatannya dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Pada waktu malam anda boleh bersiar-siar di sepanjang Pantai Stulang yang terletak juga selari dengan Jalan Stulang Laut . Kalau nak menikmati pemandangan malam di Stulang datanglah ke sini, lagi best jika anda ambil peluang untuk makan-makan dulu di Medan Selera Stulang ni sebelum jalan-jalan di waktu malam, ruang pejalan kakinya juga disinari lampu-lampu . Dari sini anda juga boleh memerhatikan cahaya-cahaya lampu bandaraya kota Singapura di seberang selat sana.

Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini. kat sini pernah diadakan pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu lanjut lagi fasal event atau temasya air kat Stulang laut ni bolehlah ke website Majlis Bandaraya Johor Bahru atau ke Johor Tourism

Walaupun air di sini taklah berapa bersih untuk bermandi-manda, kita masih boleh lihat anak-anak kecil bermandi-manda di sini pada waktu petang dan dihujung-hujung minggu. Skala kerbersihan air yang Krew Jalan2cuti2 bagi ialah 2 daripada 5!! Jadi bagi anda yang ada anak berkulit agak sensitif , nasihat kami ialah jauhkanlah diri daripada bermandi-manda kat sini. Kalau setakat nak meranduk-randuk air tepian pantai tu mungkin boleh dan pasti tak akan menyebabkan apa-apa mudarat.

Tak lupa juga bagi anda yang mencari makan tengahari dengan harga yang berpatutan (harga biasa-biasa) jangan lupa singgah ke Warung Batu yang menyediakan masakan Nasi Padang (lauk kari memang best!),Asam Pedas dan sayur-sayur ulam-ulaman kampung segar yang diletakkan dalam penyejuk air batu agar kekal segar . Lokasinya berhampiran persimpangan 4 lampu isyarat bersebelahan Imigresen Kastam lama dan juga berhampiran Suria City Hotel.

Satu lagi yang menjadikan Stulang Laut tempat menarik di Johor Bahru ialah terdapatnya jeti persendirian milik keluarga DiRaja Sultan Johor. Di sini anda akan dapat melihat bot-bot layar milik kerabat DiRaja Johor dilabuhkan di siniā€¦ Lokasinya di tepi pantai berhadapan dengan Foon Yew High School.

Itulah dia serba sedikti tentang Stulang Laut yang dapat Krew Jalan2cuti2 bawakan setakat ni. Jika anda berkunjung ke Johor Bahru dan nak cari tempat untuk meluangkan masa atau menghilangkan kebosanan datanglah ke Pantai Stulang yang bersejarah ni..

Tips J2C2: kalau ke sini jangan miss Pusat Membeli -belah Zone Bebas Cukai

About these ads

7 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru – Pantai Stulang Laut

    • Tempat menarik di Johor Bahru ni memang banyak , jadi rajin-rajinlah baca lagi blog ini ya!

      Dan kalau nak menjelajah dan berkunjung ke sini ajaklah mak dan ayah skali ya!

    • Pantai Stulang ni x boleh mandi , tapi kalau datang kita akan dapati ramai gak yang mandi-manda kat sini

      Sebenarnya air kat sini agak tercemar gak, kalau nak mandi kena la tanggung risiko penyakit kulit.

      Mungkin yang kita tengok mandi-mada kat sini , daya tahan kulit diorang kuat agaknya , ahakksss :D

  1. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s