Tempat menarik di Johor Bahru – Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya ( nearby )

 Tempat menarik di Johor Bahru – Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya ( nearby )

Tempat menarik johor bahru Hell Kitty di Puteri HarbourIni lah antara permainan di dalam Hello Kitty

Tempat-menarik-Johor Bahru-Hello-Kitty-Nusajaya

Tempat menarik di Johor Bahru ni iaitu Hello Kitty merupakan satu lagi taman tema dalaman (Indoor theme park). kalau korang nak tau inilah Indoor Theme Park bertaraf antarabangsa yang pertama sekali di Johor, manakala Legoland pula ialah Outdoor and Indoor Theme bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia.

hello kitty-puteri-harbourHello Kitty ni memang bersebelahan jer dengan Puteri Harbour ya:)

Lokasi Hello Kitty

Lokasinya ialah di Puteri Harbour, Nusajaya iaitu bersebelahan sahaja dengan Kota Iskandar, Nusajaya. jaraknya dengan Legoland Malaysia pula hanyalah 5 minit memandu.
Jadi kalau korang menginap di Pusat bandar Taman Bukit Indah, Johor Bahru korang hanya perlu pandu 15 minit jer sebelum sampai ke Hello Kitty ni. Untuk ke Hello Kitty di Puteri Harbour ni anda juga akan melalui Legoland Malaysia. Jarak bandaraya Johor Bahru ke sini pula ialah 30 minit pandu.

tempat-menarik-johor-Bahru-Hello-Kitty

So  bagi korang yang bercadang nak berhibur di Legoland , mungkin juga Hello Kitty boleh dimasukkan ke dalam senarai ‘not to be missed’ tempat yang korang nak kunjungi.

tempat-menarik-Johor Bahru-Hello-Kitty-Nusajaya-3Red Bow Cafe-cafe pertama di Hello Kitty

Oleh kerana ianya terletak di Nusajaya, jaraknya dengan bandaraya Johor Bahru juga tidak jauh, lebih kurang 20 minit memandu kereta. Jadi bagi korang yang akan menginap di Johor Bahru, tak menjadi masalah untuk ke sini sebab Coastal Highway (Lebuhraya Pesisir Pantai – lebuhraya 6 lorong) dihubungkan terus dengan Bandaraya Johor Bahru.

Bangunan-Hello-Kitty-Nusajaya,Johor BahruBangunan ‘Little Red Cube’ Yang Menempatkan Hello Kitty

Tempat-menarik-Johor Bahru-Hello-Kitty-Nusajaya-kaunter tiketTempat-menarik di Johor Bahru-Hello-Kitty-Nusajaya-kaunter tiket

Kedai Cenderahati di dalam Hello Kitty Sanrio TownKedai cenderahati di dalam Hello Kitty Sanrio Town

Harga Tiket Masuk ke Hello Kitty dan The Big Club(Bob The Builder, Thomas the Train,Pingu dll)

Harga Ticket

Attraction Ticket Type Regular Price With MyKad Diskaun
Sanrio Hello Kitty Town Adults / Children RM 65.00 RM 50.00

-TIADA-

The Little Big Club Adults / Children RM 65.00 RM 50.00

-TIADA-

2 Park Pass Adults / Children RM 110.00 RM 85.00

OFF RM15

* MyKad dan Mykid diperlukan untuk harga tiket warganegara Malaysia

* Kanak-kanak di bawah 3 tahun percuma! 🙂 Lagi info di sini

Vacation Home – Nak cari homestay baik dan baru yang berhampiran dan bersebelahan dengan Aeon Jusco dan TGV CIneplex, Tesco dan Giant, Cafe-cafe, Restoran-restoran dan kedai-kedai serbanika ? Klik sini untuk homestay berhampiran Legoland

Tips Jalan2 Cuti2 : Kalau dah ke sini jangan lupa ke Tempat-tempat Menarik Di Johor Bahru

56 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru – Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya ( nearby )

  1. boleh tak usulkan nama hotel atau apartment yang boleh diduki dan dekat dgn kawasan ini, dan kalau boleh tolong bagi link skali 🙂

    Like

    • Di Nusajaya masih blum lg ada hotel yg betul2 decent, paling hampir di Tmn Bukit Indah, Pariss Hotel iaitu 5 min memandu melalui Costal Highway, iaitu Hotel 3 bintang 12 tingkat.Di Taman Bukit Indah juga terdapat lagi sebuah hotel 3 bintang iaitu Granada Hotel yg terletak berhadapan dengan Jaya Jusco Bukit Indah.

      Saya sarankan anda yg ingin menginap , cari hotel di Bandaraya Johor Bahru-20min pandu dari Nusajaya ke Bandaraya JB.
      Di sana suasana malam lebih hidup ‘lively’ dan meriah dan terdapat hotel 3 bintang ke atas.(Contohnya JB Bazaar disepanjang Jalan Tan Hiok Nee,JB, Klik sini untuk post JB Bazz )
      Di Nusajaya susana malamnya tidak happening kerana belum benar2 dibangunkan sepenuhnya. Pekan Gelang Patah iaitu 5 minit pandu dari Legoland pula hanya pekan koboi yang cuma ada gerai-gerai makan usang dan 3 buah kedai mamak. Tiada cafe yg standard seperti Old Town , Chamek Kopitiam dan lain-lain cafe konsep moden di sini.
      Kalau ada keraguan boleh bertanya ya 🙂
      Contoh hotel 4 bintang di Bandaraya JB ialah M-Suite Hotel, Bluewave Hotel, Suria Hotel.
      Budget Hotel terbaik ialah Tune Hotel di Danga Bay-saya syorkan hotel ni jika anda mahu cari hotel yang selesa dengan kos bajet.

      Like

  2. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • Ok, kalau naik bas cari bas ekspress yg terus berhenti di Terminal Bas Larkin, JB.Kemudian cari kaunter Customer Service bas sayarikat Handal Indah (bas Causeway Link). Tanya bas no berapa ke Puteri Harbour ya.Bas ni warnanya kuning.

      Naik bas Causeway Link ni ke Puteri Harbour.

      Like

    • Hello Kitty Puteri Harbour ni kenakan bayaran RM50.00 utk 1 Section, kalau 2 section mcm Hello Kitty Land dan Bob the Builder RM85.00 utk sekali masuk. (role play dan experience cam Kid- Zania)

      Like

    • Dewasa (tu termasuk mak RM50 ayah RM50), kanak-kanak pun RM50, umo bawah 3 tahun -free. Tapi kena tunjukkan MyKad atau MyKid baru dpt harga kat atas.

      Yang bukan warganegara mcm Bangla, Pakistan, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Siam, Philipine atau dari Eropah dan S’pore RM65 dewasa/kanak 🙂

      Like

        • Tempat menarik perhatian ialah di Kota Iskandar, Dataran kota Iskandar dan Puteri Harbour, selain dpd tu tiada, sebab Nusajaya ni masih dalam peringkat awal membangun, kebanyakan tanah-tanah masih lagi kosong. Jika ingin menginap, lebih elok menginap di Pusat Bandar Taman Bukit Indah atau di bandaraya Johor Bahru. Bandaraya Johor Bahru banyak tempat menarik untuk dikunjungi

          Like

    • Tempat menarik di Johor bahru ni iaitu Hello Kitty, Puteri Harbour tak de special rates unutk hari tertentu.

      Untuk 2 game iaitu Hello Kitty & Bob The Builder RM80

      –1 game mcm Bob The Builder and Friends sekali msk RM50.00

      Like

  3. Hallo. Saya dari Indonesia berencana berlibur di Johor Bahru. Berapa waktu yang ideal untuk mengunjungi Legoland, Hello Kitty Land, dan Bob The Builder? Apakah cukup 1 hari? Kalau untuk menginap, lebih menarik di dekat tempat-tempat tersebut atau di tempat lain?

    Like

    • Saya cadangkan waktu untuk mengunjungi dan berhibur di Legoland, Hello Kitty dan Bob The Builder termasuk di Johor Bahru ialah 3 malam 4 hari. Ini kerana :-
      1. Legoland -perlu luangkan masa 1 hari kerana terdapat 40 permainan di dalamnya, baru puas dan dpt bermain semua permainan di dalamnya(tiket adalah sekali masuk dan main semua; permainan-tiada caj tambahan untuk permainan)
      2.Hello Kitty dan Bob The Builder juga perlu masa 1 hari kerana tiket juga untuk main semua untuk sekali masuk ya
      3.Pastikan juga anda luang masa unutk 1 hari di bandaraya Johor Bahru mengunjungi tempat-tempat menarik sebagaimana penulis telah ceritakan di dalam post-post blog ya

      Selamat berlibur !!:)

      Penginapan
      Penginapan adalah lebih baik menginap di penginapan seperti hotel atau motel atau guesthouse/homestay berhampiran Legoland. Pastikan juga jarak antara penginapan dan juga bandaraya Johr Bahru adalah berdekatan kerana pastinya anda tidak mahu malam anda suram.

      Saya yakin anda lebih suasana malam yang hidup dan meriah. Juga pastinya anda suka menginap di penginapan yang kawasan sekitaenya (surrounding area )mempunyai kemudahan makan-minum seperti kafe-kafe dan restoran-restoran moden yang pelbagai.

      Saya cadangkan anda menginap di Pusat Bandar Taman Bukit Indah, sila lihat post-post kami mengenai kelebihan menginap di pusat bandar Taman Bukit Indah.

      Jika anda lebih menyukai guesthouse kami cadangkan anda homestay guesthouse di sini

      Like

  4. Salam…akak akan berangkat ke Johor minggu depan, kami dari Miri, Sarawak. Akak dah booking utk menginap di Kozi Hotel, apa komen adik ttg hotel nie?

    Like

    • Nampak cantik kat dari luar, Krew J2C2 selalu lalu-lalang kat depan dlm perjalanan shooting ke atau buat sketsa tapi suasana dalamnya tak tau la yer

      Like

  5. Hallo, saya Dari Indonesia. Rencana di awal Oktober saya akan Berlibur ke Singapore Dan menginap di daerah Choa Chu kang. Perlu brp waktu kah dari Choa Chu Kang ke Legoland Dan Hellokittyland? Naik kendaraan apa yg dapet anda sarankan untuk saya. Kalau saya lihat di peta tampak dekat sekali dari Choa chu Kang ke Johor baru. Apakah dapet kami tempuh dengan sekali jalan saja? Terima kasih.

    Like

    • Choa Chu kang terletak di S’pore dan Legoland dan Hello Kitty di Johor Bahru, Malaysia. Sebenarnya jaraknya dekat. Ada dua route ke Legoland dan Hello Kitty di Puteri Harbour. 1. Satu melalui CIQ Malaysia di bandaraya Johor Bahru/Woodlands-S’pore 2. Melalui CIQ Malaysia / Tuas – mengambil masa hanya 20-30 minit perjalanan. Melalui Tuas CIQ adalah lebih singkat masanya kerana melalui Lebuhraya 6 lorong terus sampai ke Legoland dan Hello Kitty_Puteri Harbour

      Dari Tuas CIQ di S’pore anda akan ke Legoland melalui Lebuhraya 6 lorong yang pantas.

      1.Ya dapat ditempuh dengan sekali jalan. Sebenarnya terdapat Stage Bus yang berulang-alik dari pkl 6 a.m hingga 12.00 am dari Johor Bahru ke Singapore dengan route Legoland-Hello Kitty – Singapore

      2.Saya sarankan naik kenderaan seperti charter MPV jika anda berkeluarga atau group tours.

      Sedikit Maklumat tetapi penting Untuk Pengunjung dan Pelancong

      Saya cadangkan waktu untuk mengunjungi dan berhibur di Legoland, Hello Kitty dan Bob The Builder termasuk di Johor Bahru ialah 3 malam 4 hari. Ini kerana :-
      1. Legoland -perlu luangkan masa 1 hari kerana terdapat 40 permainan di dalamnya, baru puas dan dpt bermain semua permainan di dalamnya(tiket adalah sekali masuk dan main semua; permainan-tiada caj tambahan untuk permainan)
      2.Hello Kitty dan Bob The Builder juga perlu masa 1 hari kerana tiket juga untuk main semua untuk sekali masuk ya
      3.Pastikan juga anda luang masa untukk 1 hari di bandaraya Johor Bahru mengunjungi tempat-tempat menarik sebagaimana penulis telah ceritakan di dalam post-post blog ya

      Penginapan
      Penginapan adalah lebih baik menginap di penginapan seperti hotel atau motel atau guesthouse/homestay berhampiran Legoland. Pastikan juga jarak antara penginapan dan juga bandaraya Johr Bahru adalah berdekatan kerana pastinya anda tidak mahu malam anda suram kerana kawasan sekitar Legoland dan Hello Kitty-Puteri Harbour merupakan kawasan pembangunan baru yang dibina khusus unutk perdagangan dan pelancongan.

      Saya yakin anda lebih sukakan suasana malam yang hidup dan meriah(happening) . Juga pastinya anda suka menginap di penginapan yang kawasan sekitarnya (surrounding area )mempunyai kemudahan makan-minum seperti kafe-kafe dan restoran-restoran moden yang pelbagai.

      Saya cadangkan anda menginap di Pusat Bandar Taman Bukit Indah, sila lihat post-post kami mengenai kelebihan menginap di pusat bandar Taman Bukit Indah.

      Jika anda lebih menyukai guesthouse kami cadangkan anda home stay guesthouse berhampiran Legoland di sini

      Selamat Berlibur! 🙂

      Like

  6. Nak minta pendapat. Elok masuk hello kitty atau ambil hello kitty and bob the builder punya pass sekali. Mana lagi berbaloi… Boleh whatsapp nombor tak, kalau kami nak tanya sesuatu ke?

    Like

    • Hello Kitty ni lebih pada kanak-kanak perempuan paling favoret skali, dua-dua sama saje, Hello Kitty pada tingkat 1 jer..Bob the Builder ni terletak di tingkat 2 dan tingkat 3, kalau nak jimat amik dua-dua skali sebab salah satu tu RM50

      Like

    • You can take a cab, normally it will be red cab (city taxi) or Blue Cab (Executive-higher fare than City Cab) Just inform them you are going to Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya. You can also check with Google Maps for route( Senai Johor bahru Airport:Destination , Hello Kitty, Puteri Harbour), shortest route that is using Expressway will take you only 20-30 minutes driving from Senai Airport to Hello Kitty

      Like

  7. Bagaimana sekiranya salah seorang daripada anak saya tiada Mykid kerana awal tahun 2003 Mykid masih belum diperkenalkan. Bolehkah kami bawa serta passport dia ?

    Like

    • Ya, boleh bawa passport, dan lps itu , terangkan pada mereka Mykid belum lagi diwujudkan masa tu. mereka biasa hadapai isu tiada Mykid pada awal 2003 dan sebelumnya

      Like

  8. Pingback: Tempat makan di Johor Bahru : Restoran Nabiha dan Zaiton Indah | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  9. Pingback: Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  10. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru – Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya ( nearby ) | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  11. saya tinggal d taman tasik pakai taxi pergi kitty land
    Lepas tu saya balik ada taxi tak d depan tempat kitty land atau nak saya sendri call taxi?

    Like

    • Sudah pastinya ada teksi.., di mana ada Taman Tema di situlah ada teksi menunggu…seperti DI mana ada gula disitulah ada Semut…Yaaa…Ahakkk 🙂

      On 16 December 2015 at 23:22, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

      Like

        • Heheh….Hello Kitty tak tutup utk Peak Season dan Cuti Sekolah…kalau nak tau close date check lah Website Hello Kitty ya….

          On 19 December 2015 at 13:18, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

          >

          Like

  12. helo. nak tanya. kalau nak pergi nusajaya naek bas mcam mane (dari larkin) and lagi satu, kalau pergi ada bas, balek ke larkin ade bas jugak tak ?

    Like

  13. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru : Little Big Club dan Hello Kitty Theme Park, Puteri Harbour | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe