Bajet hotel dan penginapan hotel di Cameron Highlands (accomodations).

Bajet hotel (budget hotel ) dan  penginapan hotel  di Cameron Highlands  (accomodations).

Bajet Hotel di Cameron Highlands

Bajet hotel juga merupakan salah satu jenis penginapan yang paling popular di Cameron Highlands. Bagi anda  yang dah plan nak bercuti-cuti di Cameron Highlands, terutama yang  nak menginap semalam – dua kat sana pastinya sekarang dah boleh menjenguk-jenguk cari tempat penginapan seperti hotel atau motel di Cameron Highlands ni. Jadi dah mulakan carik dari sekarang ni.

Bagi yang dah mengatur pakej lawatan ke tempat-tempat menarik kat Cameron ni pastinya korang nak menginap 2 –3 malam kat sini. Di sini terdapat pelbagai agensi-agensi pelancongan yang sedia mempromosi tempat-tempat menarik kat Cameron ni., siap pakej hotel penginapan dan ‘tour package’ ke lokasi-lokasi menarik di Cameron Highlands ni.

Ok, buat pengetahuan korang semua, terdapat banyak hotel-hotel penginapan, resort dan bajet hotel (budget hotel) kat sini.  Tempat yang paling banyak menyediakan penginapan hotel di Cameron Highlands ialah di Brinchang iaitu salah satu  pekan di antara ketiga-tiga pekan yang famous dengan tumpuan pelancong di sini iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang

Bajet hotel dan jenis-jenis penginapan hotel yang boleh korang perolehi kat sini ialah seperti hotel rumah/kedai, Homestay, Apartment  sewa, Rumah Pangsa sewa, Inn, hotel-hotel ternama dan resort-resort mewah ( free standing building ).

Brinchang merupakan pekan yang paling banyak menyediakan  kemudahan penginapan berbentuk hotel di Cameron Highlands. Ini kemungkinan besar kalau korang fikir dalam-dalam,  berhampiran Brinchang ini,  ialah lokasi  yang paling hampir dengan Gunung Brinchang  iaitu Mossy Forest ( Hutan Belumut) yang popular dengan pelancong-pelancong luar negeri. Mossy Forest ni kalau korang nak tau suasananya lebih kurang macam hutan dalam filem ‘Lord Of The Ring’ , Keseluruhan lantai atau permukaan tanah kat sini diselaputi dengan lumut-lumut yang kehijauan, dan hutannya pula sering diselubungi oleh kabus. Suasana ni menjadikan keadaan penuh dengan misteri dan ada unsur-unsur mistik hahaha…

Ok, kita balik semula kepada penginapan hotel kat Cameron Highlands ni ya. Tempat yang kedua banyak menyediakan hotel penginapan kat Cameron Highlands ni ialah Tanah Rata.  Di sini juga terdapat pelbagai bentuk kemudahan penginapan (accomodation) termasuklah bajet hotel ( budget hotel )

Hotel  bajet (budget hotel) buat pengetahuan korang semua yang dah berkira-kira nak bermalam di sini,  terdiri daripada taraf 3 bintang, 2 bintang dan langsung tiada bintang pun ada ya! ( lebih kurang penginapan rumah tumpangan atau hotel Ah Tong)

Bagi korang yang mempunyai bajet paling minima bolehlah menginap di hotel-hotel bajet (budget  hotel) yang tiada bintang langsung. Mungkin hotel ni lebih sesuai buat korang yang datang dengan group-group bujang anda dan tiada membawa keluarga atau anak-anak bersama. Tapi awas menginap kat hotel tiada bintang a.k.a hotel Ah Tong ni akan membuat anda terjaga di tengah-tengah malam kerana terdengar bunyi penguatkuasa dan Jabatan Agama Islam Cameron Highlands  membuat  rondaan dan serbuan atau ‘rush’. Ahaks..

Bagi korang yang gemarkan adventure dan suasana alam sekitar di dalam bilik penginapan hotel bajet tiada bintang , tidur malamn korang mungkin akan ditemani dengan pijat-pijat  Cameron Highlands, jadi tanggunglah risiko sendiri ya.

Ok , berbalik kepada topik  penginapan hotel bajet kita klik link ni untuk mendapat senarai hotel bajet (budget hotel) di Cameron Highlands ni ya

About these ads

2 thoughts on “Bajet hotel dan penginapan hotel di Cameron Highlands (accomodations).

  1. Kerap sangat ke hotel2 di cameron ni kena rush, Danial….?? -_-‘ kesian la kalau ade husband n wife yang datang berpasangan tu bila kena serbu tgh2 mlam… baru rancang nak honeymoon ngan encik husband di cameron sebb temptnya sejuk n romantik tapi macam x ada privacy sahaja bila tgh2 mlm kena serbu… member saya yang pergi honeymoon pon pena kena rush tgh2 malam..

    • Mungkin tak lah kerap sangat cuma selalu kena rush, sebabnya hotel-hotel murah sebegini biasanya jadi port pasangan kekasih memadu asmara kat Cameron Highland ni, terutamanya hotel-hotel murah yang terletak berdekatan dengan Tanah Rata di mana terdapatnya pejabat-pejabat kerajaan termasuk Pejabat Agama di sini. Apa nak buat bawalah ID CARD Nikah tu ye.. bagi pasangan yang baru nak kahwin jangan lupa senarai Kad Nikah yer..nanti tak pasal2 kena rush bila time tengah berseronok tu yer..ahaks..:)

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s