Sri Ilham Resort Port Dickson

resort sri ilham port dickson

Sri Ilham Resort ni pada pandangan aku merupakan resort tepi pantai yang agak eksklusif juga lah di Negeri Sembilan ni. Pada hujung minggu ianya menjadi tumpuan kebanyakan warga kota KL dan Malaysia amnya untuk makan angin. Lokasinya walaupun terletak di tepi pantai tetapi ia tidak mempunyai pantai yang agak sesuai untuk bermandi-manda kerana pantainya agak curam dan sempit.

Jika anda mengidam untuk mandi laut anda terpaksalah menggunakan kederat kaki berjalan lebih kurang 5 minit untuk ke pantai yang berhampiran yang sesuai untuk bermandi-manda.

Kemudahan penginapan yang disediakan adalah berbentuk bilik-bilik apartment yang mengandungi antara 2 hingga 3 bilik, ruang tamu, kabinet dan peti sejuk. Ruang tamunya pula disediakan dengan kemudahan TV, sofa, meja makan, kabinet dapur dan juga radio hifi. Boleh dikatakan agak mewah juga kualiti perabot yang disediakan oleh pihak resort.

Resort ini juga menyediakan kolam renang yang agak besar juga dan agak best juga kerana terdapat stall yang menjual makanan dan minuman di bahagian tengahnya.

Resort ini menyediakan kemudahan untuk BBQ dan oleh ik tu begitu  bermanfaat  untuk mereka yang datang berkeluarga atau berkumpulan. Tempahan boleh dibuat pada kaunter front office dan sebelum waktu acara BBQ dijalankan petugas resort datang ke wakaf BBQ anda dan menyalakan api arang untuk BBQ
Berikut ialah alamat dan no contact number telefon  resort :

PNB Ilham Resort Batu 10, Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Tel : (606) 662 6800 Fax : (606) 662 5646 Email : sales@ilhamresort.com

About these ads

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s