Puteri Harbour-Tempat menarik kat Johor Bahru

Tempat menarik kat Johor Bahru-Puteri Harbour

puteri-harbour-nusajaya-public-marina

Gambar Iksan Dazism  http://www.flickr.com/photos/dazism/4117939496/

tempat-menarik-Johor Bahru-Puteri-Harbour-3

Puteri Harbour Marina Untuk Orang Awam (Public Marina)

Tempat menarik kat Johor Bahru ni banyak, salah satunya ialah Puteri Harbour yg terletak dalam Pusat Pentadbiran Iskandar, Nusajaya

Ia terletak bersebelahan sahaja dengan Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

Tempat menarik yang dinamakan Puteri Harbour ini juga terletak  Berhadapan dengan Selat Johor di mana seberang lautan sananya ialah Pulau Singapura

tempat-menarik-Johor Bahru-Puteri-Harbour-Nusajaya

Puteri Harbour ini juga merupakan harbour yang pertama sekali dibina di pantai barat-selatan negeri Johor dan ianya juga satu-satunya yang bertaraf antarabangsa di sebelah selatan Semenanjung Malaysia

Sekiranya Tambak Johor dihapuskan pelayar-pelayar bot-bot layar akan boleh menjimatkan masa ,terus ke Laut China Selatan tanpa

Kota Iskandar

Kota Iskandar sebelah sahaja Puteri Harbour

melalui pesisir pantai Singapura.

Puteri Harbour akan mempunyai pelbagai kelebihan di masa akan datang kerana akan dibina pangsapuri-pangsapuri servis dan hotel-hotel kediaman di sebelah Club House harbour ini. Baru-baru ini Hello Kitty iaitu taman tema dalaman (Indoor Theme Park) telah pun dibuka kepada orang awam

Tempat Menarik di Johor Bahru ini menjadi lebih meriah dan lebih mengujakan kerana selain daripada Puteri Harbour yang cukup menarik tu di masa akan datang juga akan dibina pusat-pusat perdagangan dan kompleks membeli belah berhampiran dengan harbour ini.

Pada masa ini pembinaan Kompleks Imgresen dan Kastam (CIQP) sedang giat dibina bagi membolehkan urusan menerima kedatangan pelancong-pelancong yang datang melalui jalan laut ke Malaysia(melalui Nusajaya)

Puteri Harbour juga adalah sebuah marina awam iaitu orang-orang awam adalah bebas untuk datang ke sini untuk mengunjunginya. Jadi bila anda ke Legoland jangan lepaskan peluang untuk korang dapatkan kenang-kenangan dengan mengunjungi kawasan ini , ataupun makan angin bersantai di pinggir-pingir harbour ini.

Ini adalah kerana pihak Puteri Harbour telah menyediakan promenade yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bersantai seperti laluan promenade dan bangku-bangku taman yang cantik dan unik-unik

seperti bangku-bangku hiasan daripada batu granite, polish granite dan lain-lain lage selain landskap pokok palma dan pokok teduhan Hujan-hujan (Samnea saman) yang cantik.

Rumah Kelab Puteri Harbour ( Puteri Harbour Club House)

Tempat-menarik-Johor Bahru-Nusajaya Puteri-Harbour Club HouseSatu lagi tarikan ke Puteri Harbour yang menjadikan tempat ini juga salah satu tempat menarik di Johor Bahru unutk dikunjungi ialah korang akan dapati ianya mempunyai Rumah Kelab.

Rumah Kelab ini mengandungi Cafe ( awas sandwich kat sini mahal..jadi check harga dulu sebelum pesan..nanti korang terperanjat beruk plak  bila nak bayar..ahaksss. RM7.50 utk 1 set sandwich!) , kedai atau outlet menjual kelengkapan laut-marin seperti swimsuit, alat perkakas menyelam, baju-baju (Billabong, Bodygear dll)

Marina Persendirian

Temapt menarik di johor Bahru ini bukan sahaja mempunyai sebuah marina malahan kalau korang kaji pelan pembangunan masa akan datangnya akan mempunyai satu lagi marina ataupun harbour . Lokasinya juga terletak bersebelahan harbour awam ini juga telah disediakan marina persendirian di mana ianya akan dibuka kepada mereka yang mempunyai atau membeli lot-lot berlabuh (seperti parkir kereta yang dibayar bulanan kepada PBT)

tempat-menarik-Johor Bahru-Puteri-Harbour-2

Gambar diatas menunjukkan marina ini dilengkapi dengan CCTV dan lain-lain larangan salah satunya dilarang memancing so, bagi korang yang kaki memancing sori arr  tempat ni tak boleh memancing ok..ahakss..

About these ads

4 thoughts on “Puteri Harbour-Tempat menarik kat Johor Bahru

  1. Pingback: Cafe Awana Restoran Kopitiam, Gelang Patah, Nusajaya « Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  3. Pingback: Homestay di sekitar Legoland Malaysia ?Atau homestay dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  4. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru – Hello Kitty, Puteri Harbour, Nusajaya ( nearby ) | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s