Penginapan : Equatorial Cameron Highlands Hotel

Equatorial Hotel di Cameron Highlands ini terletak di Brinchang. Berikut adalah kadar penginapan yang standard bagi hotel ini :

Hotel Menara—–Single/Twin (RM)

Superior————–400.00
Deluxe—————-500.00
Senator Suite——–600.00

Apartment———-Single/Twin (RM)

1- Bilik Apartment—-700.00
2-Bilik Apartment—-820.00
3-Bilik Apartment—- 1040.00

Nampak mahal ke harga di atas tu? Sebenarnya kalau kita pandai mencari hari dan masa yang sesuai , hotel ini juga ada menawarkan harga istimewa(special rates ). Iaitu kadar yang boleh dikatakan berpatutan jugalah.

Ok, sebagai contohnya , kita orang mendapat harga *Special Promotion Rate masa tu iaitu:
RM185.00 hari pertama + Breakfast  2 orang dan:
RM175.00 hari kedua (tanpa Breakfast)

Kira o.klah pada kami sebab hari kedua tu kami nak bersarapan kat luar, nak rasa gak sarapan kat Cameron Highlands (kita orang sarapan kat Restoran Sri Brinchang, tapi lokasinya kat Tanah Rata)

O.k, lagi maklumat berguna tentang Equatorial Hotel ni :

Katil tambahan —RM55
Masa check-in—3.00pm, masa chekc-out—12.00pm
Pelan Keluarga—tiada bayaran dikenakan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun apabila tinggal sebilik  dengan ibu bapa.
Harga bilik adalah tertakluk kepada musim puncak(peak season) dan promosi-promosi istimewa.

Alamat Hotel ni :

Kea Farm,
39100 Brinchang, Cameron Highlands,
Pahang, Malaysia.
No tel : +60 5 4961777    Faks : +60 5 4961333
E-mail : info@cam.equatorial.com

Website : http://www.equatorial.com/cam 

Lebih daripada 15 tempat menarik di Cameron Highlands, klik di sini untuk senarainya!

About these ads

8 thoughts on “Penginapan : Equatorial Cameron Highlands Hotel

  1. salam..

    Terima kasih atas ziarah…
    sebenarnya mmg ada tempat org melayu.. tp tempatnya ke dalam sikit.. dr luar mmg tak perasan.. kami jumpa pun sebab nak cari KHM.. supplier kat giant tu.. rupa2nya strawberry park yg kami pergi tu ahli keluarga dgn owner KHM… so berbelanja byk kat sana pun tak rasa rugi.. coz nak tolong org melayu..

    selain tu ada MARDI…kira ok lah..

    • Brand KHM, Pengeluar Strawberry bertaraf Bumiputera di Cameron Highland

      Sama-sama, kita saling ziarah-menziarah menambahkan persahabatan dan tali silaturrahim antara kita. Ok, nanti nak cari brand KHM, bila nak beli strawberry kat Giant.

      Sdr. sama-samalah kita war-warkan brand Strawberyy KHM di Giant, dan war-warkan brand KHM di Cameron Highland agar lebih ramai orang dapat tau dan berkunjung ke sana.

      Moga-moga berjayalah brand KHM ke peringkat antarabangsa dan moga-moga bermanfaatlah umat Islam dari segi zakat yang akan dibayar oleh mereka dan lain-lain lagi.

      P.S: Hari tu masa nak balik, hati macam sayu je sebab tak de orang kita yang buka ladang Strawberry kat sana, tapi hari ni gembira dan alhamdulilah syukur dengan maklumat sdr, moga-moga yang terbaca blog ni, kalau ke sana jangan lupa ke Ladang Strawberry KHM . Ada alamat Ladang KHM tak?

        • Tiada pasar malam berdpn dgn hotel ni, tapi lbh kurang 200 meter (jalan kaki 5 minit dr Equatorial Hotel) ada gerai-gerai menjual buah-buahan termasuk strwberi, sayur-sayuran Cameron, jagung rebus, keledek rebus dll.
          Yang bestnya, sayur-sayur dan buah-buahan yg asalnya dr Cameron Highlands ni semuanya segar-segar.
          Kalau nak dikira, lebih dpd 15 gerai ada kat sini. Boleh dikatakan semua sayur-sayuran di Brinchang ada dijual di sini.

  2. cik,saya nk cari apartment sekitar brinchang dan bajet dlm 1 malam rm 200 dengan 3 bilik..boleh bg tahu apartmen mne..??

    • Saya dapat sebuah apartment dengan 3 bilik di Golden wing apartment, Brinchang dgn harga RM189 semalam. Kira berbaloi utk sebuah apartment 3bilik. Ada lagi yg murah dari ini cuma keadaan apartment agak usang dan kurang cantik.

      • Good info bro Nas! makan-makan kat camaner lak? ader tempat yang best, ke pengalaman-pemngalaman yang tak bleh dilupakan? ahaks

Komen le ape-pe

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s